wah! best!

Followers

Jom klik

Sunday, January 06, 2013

Halia pun boleh jadi barang curi

Pagi tadi jam 10.30 pagi saya dan keluarga pergi ke pasar Sungai Besar untuk membeli barang basah ( ikan, udang, sotong dan lain lain) untuk menu minggu ini. Sebelum itu saya sempat membersihkan kereta dari membasuh sehingga polish. Bukan senang , hampir 2 jam jugak. Maklumlah seorang sahaja yang buat.

Saya memang tak ikut sekali masuk ke dalam pasar. Sekadar tunggu di kereta bersama sama adib dan amni. Hari ini banyak kereta. Tanggapan saya kerana hari Ahad baru orang membeli di pasar. Semasa menunggu dalam kereta saya dengar orang menjerit kuat. Tapi saya tak jelas apa yang disebutnya.


Saya dapat lihat, seorang lelaki Cina terus ke seseorang yang sedang naik motor dan merampas satu kotak darinya. Kemudian saya lihat dia bercakap dengan penunggang motor dan terus masuk ke dalam pasar.

Selepas Chiq Dina selesai membeli, dia menceritakan yang tadi ada orang mencuri Halia! Rupa rupanya penunggang motor itu mengambil sekotak halia! Masa itu saya lihat 2 orang diatas motor. Selepas lelaki Cina itu masuk ke dalam pasar, mereka berlalu begitu sahaja. Orang ramai cuma sekadar melihat begitu sahaja.

Hairan pun ada. Sepatutnya orang ramai tangkap pengambil halia tersebut. Buat laporan. Agar akan datang tidak berlaku lagi. Ia kelihatan seperti membenarkan perkara itu berlaku sebab barang yang diambil telah dapat kembali.

Harap orang ramai prihatin dan bekerjasama bersama sama jika kejadian jenayah berlaku. Jika seorang sahaja yang ingin mengambil berat pun susah juga. Satu masyarakat sepatutnya bantu membantu dalam menangani masalah jenayah. Jangan sampai ada yang mati baru nak ambil tindakan. Sekian...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...