wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, November 29, 2016

Adib dah sunat

Pada jam 9.00 malam , 28 November 2016, Adib selamat bersunat di Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan. Alhamdulillah..Semua dah selesai.
Saya sendiri pun ada didalam bilik Adib bersunat. Nasib baik yang sunatkan Adib ni pun saudara. Pakcik Mohamad atau orang panggil dia Che Mad. Ingatkan Adib seorang je yang sunat rupa-rupanya ada juga 4-5 orang yang sunat.
Pengalaman saya, baru faham apa yang dimaksudkan dengan 'mata buta'. Hahaha apabila tanya Adib dah boleh buka, katanya boleh. Rupa-rupanya baru buka sikit.
Betul kata pelajar praktikal, tengok darah orang boleh tapi apabila tengok darah anak sendiri rasa nak pitam. Akhirnya dapat juga bersama Adib dari awal sampai habis.
Hari ini Adib dah beransur pulih. Semua dah selamat. Semoga cepat sembuh, boleh kita pergi Perlis.

Sunday, November 27, 2016

Kayuhan Perpaduan Masjid Cina

Hari ini dapat test Ira untuk 30km. Terima kasih kepada penganjur Kayuhan Perpaduan yang buat event ini secara percuma. Terbaik !

G Cycle salah satu pengajur, Persatuan Cina Muslim, Jabatan Agama Islam Perak dan yang lain-lain.

Start kayuh jam 8.00 pagi dan route dari Masjid Cina- Bercham - Bandar Baru Putra - Tanjung Rambutan - Chemor - Klebang - Masjid Cina. Alhamdulillah... Dah dapat kepuasan mengayuh. Tapi yang tak best... Peha kebas sebab lama tak kayuh.
Makan dan minuman pun disediakan.
1st time dapat makan nasi ayam garam. Selalu orang Cina yang buat. Tapi ini Cina Muslim yang buat. Kedainya di Bercham sahaja. ok itu je nak cerita tentang hari ini.




Sunday, November 20, 2016

Selamat datang Ira

Selamat datang Ira . Ira dah jadi sebahagian keluarga dah. Hahahaha dulu XDS.. skrg dah Ira. Itulah nama bagi basikal baru saya. Java Ira.
Alhamdulillah akhirnya dapat juga spec yang diidamkan ni. Pergi beli Ngan kawan yang lama dah menceburi bidang basikal. So memang confirm yang terbaik dan mampu milik.


Sunday, November 06, 2016

Cuci Mesin Basuh

Assalamualaikum... Dah lama tak tulis entri. Hari ini saya nak cerita projek semalam.. cuci mesin basuh. Alhamdulillah dapat juga buat walaupun dah lama plan. Sebab apa lambat? Sebab tak beli sabun bio zip. Hahaha
Macam mana nak buat? Ala search je kat internet... Confirm ada. Tapi saya tunjukkan yang saya buat.
Langkah pertama adalah cucikan sarung kain dalam mesin basuh. Yang bekas untuk memerangkap sisa-sisa 'sampah sarap' yang kotor.
Yang kedua, set kan mesin basuh kepada 'soak' (model LG) atau tube cleaning. Yang lain seperti wash, spin dan rinse mesti digunakan.
Lepas tu biarkan dia buat kerjanya. Dan akhir sekali pasti nampak sisa hitam didalam tube mesin basuh. Saya dah 8 tahun guna . Tak pernah cuci langsung. Jenuh nak buang daki tu.



Wednesday, September 28, 2016

Printer wireless tak boleh dikesan oleh komputer

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni dan semalam memang mengganggu emosi. Perkara penting nak buat tetapi tak dapat dilaksanakan dengan segera. Puncanya apabila bahan untuk dicetak gagal mengesan printer.
Printer yang saya guna adalah jenama Brother MFC J430W. Mungkin saya tak perasan sebelum ini . Apabila saya nak print akan ada masalah (error).
Godek punya godek akhirnya saya dpt jawapan. Masalah berpunca dari password wifi. Walaupun saya masukkan password yang tidak betul pada printer namun wifi masih dapat mengesan printer. Namun  tidak dapat menggunakan bersama-sama komputer dan smart phone.
Nak jadi cerita saya pergi reset wifi, dan apabila nak sambung semula wifi, password saya salah. Saya gunakan password yang digunakan pada printer.  Hairan kenapa di printer boleh tetapi di komputer tak boleh. Nak call centre dah lebih kul 9 malam. Jadi saya nk reset password dalam admin TM. Nasib baik smart phone tak direset sekali.
Akhirnya baru saya ingat password dan memang betul baru saya boleh connect dengan wifi.
Baru dapat kesan printer melalui wifi

Pastikan ada perkataan shared key

Tuesday, September 13, 2016

ETS Dari Ipoh ke Rawang

Semalam dah start cuti sekolah. Kenduri plak ada kat Rawang. Jadi plan nak bawa anak-anak naik ETS.
Yang beli tiket adik... Jadi beli tiket untuk dewasa sahaja dan anak-anak duduk atas riba. Sampai di pintu masuk nak ke keretapi kami kena tunjukkan tiket. Jadi kami bagi tahu yang anak akan duduk atas riba.

Pegawai tu tak bagi. Suruh beli tiket dan masa tu tiket memang dah tak ada. Huhuhuhu nasib baik dia bagi naik tapi akan kena bayar di dalam berserta dengan denda. Kami naik sahaja dan dah bersedia untuk bayar.
Sampai masa untuk serah tiket, pemeriksa cuma tengok dan blah macam tu je. Anak masa itu memang duduk atas riba. Alhamdulillah.... Hehehehe ala perjalanan sejam 40 minit sahaja. Takpe kan KTMB...
Tapi pengalaman naik ETS memang mudah,cepat dan seronok!!!



Sunday, September 11, 2016

World #QuranHour

Alhamdulillah... Dapat juga join program World #QuranHour dirumah. Semoga tiap2 hari dapat baca 😁

Tuesday, September 06, 2016

Kayuhan Patriotik

Alhamdulillah pada Sabtu yang lepas (3.9.2016) dapat join kayuhan patriotik di Ipoh. Kayuhan bermula di kompleks Belia dan Sukan jam 7.30 pagi.
Ini kayuhan pertama saya dalam group dan sejauh 37km. Habis pusing satu Ipoh . Disini juga dah tahu serba sedikit mengenai basikal. (Upgrade). Hehehehe
Kenangan kayuhan kali ini...baru tahu tayar pam tak betul2 keras. Selama ini kayuh dengan tayar pancit.. lagi satu tips jangan kayuh ikut orang. Kayuh ikut kemampuan sendiri.
Memang nampak semua nak laju tapi kali pertama ini kayuh last pun xpe. Hehehehe.



Thursday, September 01, 2016

Virus Zika

Bersama-sama ini saya sertakan link untuk poster Virus Zika

https://drive.google.com/folderview?id=0B3MKo75w85BeRjNGNnJlUmRzS28

Earn extra interest of up to 1.5% when you save, shop, or spend!

Get higher returns on your savings with Maybank Premier 1 Account. Enjoy additional interest on top of board rates :

+0.5% when you Save with Maybank*

+0.5% when you receive Inward Fund Transfer*

+0.5% when you spend with your Maybank Credit Card*

You can do any or all three to earn up to  +1.5% p.a. on your savings. Terms & conditions apply.

This offer is available from 1 August till 31 January 2017 and is open to all new and existing Maybank Premier 1 individual account holders under conventional scheme.

*Upon fulfilling the prequalifying criteria for additional interest

Sumber: 2016-08-25 Maybank Malaysia WeChat

Sunday, August 21, 2016

Kayuhan basikal lipat

Hari ke 6 eddy just finished a Runtastic race cycling activity of 11.18 km in 39m 17s https://www.runtastic.com/sport-sessions/1358852374

Friday, August 19, 2016

Kayuhan Hari ke 5

Hari ke 5 eddy just finished a Runtastic race cycling activity of 11.14 km in 41m 16s https://www.runtastic.com/sport-sessions/1350348251

Kayuh basikal lipat

Kali ke 3 eddy just finished a Runtastic race cycling activity of 0.4 km in 27m 45s https://www.runtastic.com/sport-sessions/1348535856

Sunday, August 14, 2016

Kayuhan Hari ke 5

Hari ke 5 eddy just finished a Runtastic race cycling activity of 11.14 km in 41m 16s https://www.runtastic.com/sport-sessions/1350348251

Friday, August 12, 2016

Kayuh basikal lipat

Kali ke 3 eddy just finished a Runtastic race cycling activity of 0.4 km in 27m 45s https://www.runtastic.com/sport-sessions/1348535856

Monday, August 08, 2016

Basikal lipat

Akhirnya berjaya juga keraskan hati membeli basikal. Dah lama aim.... Tp bila fikir balik macam membazir.
Namun sebabkan beli basikal Adib, terus bertanyakan basikal lipat atau folding bike. Mula2 was-was gak... Kena rujuk sifu peje aka faizal. Dia kata kalau dpt rege murah ok la.. walaupun dia minta survey dulu. Bagi saya kalau survey memang tak beli.
Terus angkat dan percuma botol air. Hahahaha. Jenama XDS AFB650. masa mula2 kayuh dalam kawasan taman dengan Adib. Takde rasa lenguh. Cuma nak set bagi selesa basikal tu je. Kadang2 rasa macam senget je handel... Pastu Jumaat ptg yang lepas dah try kayuh.
1st time kayuh guna gear tinggi sekali . Aduh jenuh nak kayuh. Tak laju. Hahahaha Ahad plak baru turun satu gear..memang terasa seronok. Dah mula laju. Hehehehe akan datang nak turun lagi 1 gear.
Kesan yang dapat... Peha sakit. Tapi tak sakit seperti berlari. Memang sesuai bagi orang yang bermasalah lutut. Kaki dah rasa seperti kuat dan tiada masalah sakit kaki. (Lepas ni boleh cari utk perut).
Kepada yang pertama kali nak kayuh... Saranan saya pilih la basikal road bike atau folding bike sebab senang dan selesa. Mountain bike pun ok juga tapi kena survey kawasan ... Kat jalan raya kena guna kedrat kuat lagi la ek. Sekian citer saya kali ni.

Sunday, July 17, 2016

Salam Aidilfitri 1437H

Selamat Hari Raya 2016M /1437H. Andai ada post yang terguris atau terasa, saya mohon ampun dan maaf. Sesungguhnya saya manusia yang lemah . Hehehehe
Apa tema tahun ini? Kami warna oren (jingga). Paling senang nak cam dari jauh. Warna ini pilihan anak sulung.... Adib. Aje layan je la..
Raya pun mcm biasa.. jem sikit-sikit. Ipoh - Kuala Kangsar. Dekat je.. pagi raya kat Ipoh dan tempat yang dituju rumah Opah. Semua sedara mara ada kat situ. Tu senang raya pertama kt Ipoh. Pasti petang baru Raya kat Kuala Kangsar. Sampai Raya ke 3...

Saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua dengan ucapan Maaf Zahir Batin.... Berhati-hati ketika memandu ek

Wednesday, June 22, 2016

Wednesday, June 08, 2016

Selamat Hari Lahir yang ke 6

Selamat Hari Lahir yang ke 6 Nur Amni Aqilah. Semoga menjadi anak yang solehah , cemerlang dunia dan akhirat . Aameeennn.

Sunday, June 05, 2016

Cuti2 JJCM

Alhamdulillah dapat juga bawa famili jalan2...walaupun tak jauh. Yang penting anak suka. Minggu lepas memang tak bangun sebab demam.
Jadi dah sihat ni boleh terus ambil baju di Taiping dan bawa anak2 ke Taman Tasik dan makan2. At last... dapat juga makan kt tempat fames di Taiping. 
Saya dapat makan popiah, cendol dan Keaw teow goreng Doli!

Thursday, May 26, 2016

Belanja kawan-kawan SKKM

Alhamdulillah..tertunai juga hajat kawan2 untuk lepak dan makan bersama-sama. Terima kasih kepada kawan2yang hadir. Semoga kita dapat berkumpul lagi selepas ini.

Friday, May 20, 2016

Softball

Ini kali pertama pegang jawatan dalam sukan selepas ramai cikgu2 dah keluar. Kali ini pegang untuk Permainan softball.
Permainan lebih kurang macam rounders. Tapi ada undang2nya dan taktikal. Nampak mudah tapi kena juga latihan.
Klinik tadi diadakan di SMK RKT Lasah. Dan tak pasal-pasal nama dipilih untuk bawa budak ke Teluk Intan masa cuti sekolah.
Bagi perlawanan sekolah akan diadakan pada minggu hadapan Rabu dan Khamis. 25 & 26hb. Semoga kome dapat poin untuk sekolah ek.

Monday, May 16, 2016

Dapat Hadiah |Hari Guru 2016

Alhamdulillah. Dapat hadiah sempena Hari Guru .

Hari Guru : Guru Pembina Negara Bangsa

Alhamdulillah selesai program Hari Guru di sekolah. Terima kasih kepada semua yang menjayakannya.  Saya mendoakan semoga anak2 Malaysia  mendapat ilmu bermanfaat dan minda kelas 1. Cabaran dan dugaan sering mendatang.. Kuatkan semangat dan pandang ke hadapan. Sentiasa berusaha dan bertawakal kerananya.

Sunday, May 15, 2016

Ucpan Hari Guru

https://padlet.com/vleadmin_aba405/zf3awovydv3r

Pembaca blog saya..sudi2kan lah memberi ucapan khas kepada guru2/SKKM

Tuesday, March 22, 2016

Gerhana Bulan Penumbra boleh dilihat malam esok

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang akan berlaku pada esok iaitu 23 Mac.
Ketua Unit Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Wan Hakimah Abd Rahim dalam satu kenyataan di sini berkata fenomena gerhana tersebut hanya mula dapat disaksikan apabila bulan mulai terbit pada jam 7.21 malam sehingga 9.55 malam ketika bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra bumi.
"Ini merupakan gerhana bulan pertama tahun ini dan diameter bulan yang dilihat adalah lebih kecil daripada diameter purata bulan memandangkan gerhana berlaku 2.1 hari sebelum bulan berada pada kedudukan paling jauh dengan bumi atau kedudukan "Apogi" 77.5 peratus.
"Bulan akan melintasi bayang penumbra Bumi semasa fasa maksimum," katanya.
Beliau berkata, pihak Angkasa; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Starfield Instruments Supply akan menganjurkan program Gerhana Bulan Penumbra mulai pukul 7.30 malam hingga pukul 9.30 malam di Planetarium Negara.
Menurutnya, Angkasa akan menyediakan beberapa teleskop untuk tujuan mencerap Gerhana Bulan Penumbra dan planet Musytari selain orang awam dialu-alukan untuk membawa teleskop sendiri. -Bernama

Gerhana Bulan Penumbra. – Foto Wikipedia

Saturday, March 19, 2016

Roti Home made

Assalamualaikum. .. hari ini nak cerita pasal roti . Hahahaha baru2 ini chiq dina ada beli bread maker jenama panasonic. Yang beli orang lain ,yan gagal beria2 orang lain. saya ngan adib.
Nak sangat tgk roti home made... ptg Jumaat chiq dina buatkan. Buat dengan buku panduan yang disediakan. Tunggulah kami sehingga 5 jam... endingnya

Roti tak naik . Huahuahua

Sunday, March 13, 2016

Gerhana Matahari separa

Alhamdulillah.. dapat juga menunaikan solat gerhana. Walaupun tiada program khas untuk gerhana matahari , tapi panitia PI berjaya melaksanakannya. AMIN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...