wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, January 31, 2012

Pelaburan oh pelaburan


Sejak mendapat tahun bahawa ASB tidak halal seperti di laman web mufti Selangor saya memang mengambil berat berkenaan dengan pelaburan. Tak tahu kenapa setiap hari akan cari dan baca berkenaan dengan pelaburan secara Islam. Yang saya suka baca adalah dari laman web zaharuddin.net.

Saturday, January 28, 2012

Penat suri rumah





Penat betul hari ini. Semua perkara nak kena buat. Dari awal pagi sehingga lepas solat Jumaat. Asyik buat kerja sahaja. Nasib baik hari ini masih lagi cuti Tahun Baru Cina. Kenapa penat? Kalau nak tahu klik disini.


Awal pagi dah perlu hantar Adib ke sekolah. Tak sempat dia nak makan dirumah. Nasib baik mood Adib pun baik. Nak juga pergi kesekolah.

Balik sekolah pergi pasar, beli barang dapur, dan beli makan pagi. Siap makan pagi pergi sidai kain dan bawa Amni ronda-ronda. Sepatutnya saya buat semalam, tapi hari ini baru saya buat. Keluarkan duit ASB.

Friday, January 27, 2012

Chiq Dina pendarahan, baba kepanasan

gambar hiasan

Semalam jam 10.00 malam sebelum nak masuk tidur, isteri saya chiq dina tiba-tiba bagitahu bahawa dia mengalami pendarahan. Banyak pula darahnya. Sekarang isteri sedang mengandung anak ketiga dan telah memasuki 10 minggu.

Mula-mula ingatkan nak pergi esok sahaja tetapi memandangkan darah yang keluar makin banyak kami buat keputusan untuk pergi ke Hosptial Sabak Bernam. Kami sampai lebih kurang jam 10.30 malam. Nak dijadikan memang ramai orang hari itu. Tapi bukan sakit, cuma menunggu ahli keluarga yang berada dalam wad kecemasan. Chiq dina pun sama, selepas ambil tekanan darah, perlu masuk dalam bilik kecemasan dan terus kena masuk air. (diceritakan oleh chiq dina).

Thursday, January 26, 2012

kisah di pra sekolah Adib


Salam dan selamat pagi semua. Alhamdulillah dikesempatan cuti Tahun Baru Cina dapat juga saya menghantar Adib ke sekolah. Nanti nak kena beli cermin pandang belakang motor juga sebab masa hantar ada pula polis trafik yang jaga lalu lintas. Kadangkala hairan juga sebab side mirror motor saya dah beli kali kedua dan semuanya hilang disebelah kanan.

Wednesday, January 25, 2012

ASB tidak halal - Keputusan dari Majlis Fatwa Negeri Selangor

Ini berita terbaru yang saya dengar dan baca dari kawan FB. Saya pun masih lagi terdapat kekeliruan mengenai fatwa ini kerana:

Tuesday, January 24, 2012

Raya Cina di Teluk Batik, Perak

Salam dan apa khabar? Harap kita semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dikurniakan kecergasan untuk melakukan aktiviti harian. Syukur pada Allah s.w.t dengan izinnya dapat saya menulis pada hari ini. Jam 12.40 tengah hari saya selamat tiba di Sungai Besar, Selangor. Kesesakan pun berlaku di Jalan Teluk Intan-Hutan Melintang dan di Sabak Bernam. Tapi kesesakan yang tidak teruk. Jalan lain ok aje.

Cuti Raya Cina ini saya dan keluarga saya mengambil kesempatan untuk mengadakan satu 'gathering' di Teluk Batik yang diketuai oleh Abg Zura dan Acu. Walaupun pada awalnya terasa keberatan untuk pergi tapi akhirnya Alhamdulillah selamat. Orang yang pertama sampai adalah Abg Shukri yang datang seawal 8.30 pagi dan dimaklumkan masa itu pun dah ramai yang memenuhi kawasan Teluk Batik.

Saturday, January 21, 2012

Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Bercuti

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Buddha dan kepada kaum-kaum lain selamat bercuti dan berhati-hati dijalan raya serta rancangkan perjalanan anda....

Thursday, January 19, 2012

Kejohanan Merentas Desa MSSD Daerah Sabak Bernam 2012

Salam semua. Selamat menunaikan solat subuh. Pagi-pagi ini diharpakn semua kawan-kawan dah bersiap sedia untuk tugasan hari ini dan moga mendapat keredhaan dariNya.

Pagi ini saya ditugaskan menjadi hakim semak dicheck point 6 bersama seorang cikgu dari SMK Terap. Program ini diadakan di SK Sg. Haji Dorani dan semestinya larian ini melalui kawasan bendang. Satu suasana baru bagi diri saya. Harapan agar semua berjalan lancar dan dapat balik awal. hehehehe.

Sekian ....:) gambar akan diupload jika sempat ambil :)

terkini 26/1/2012: gambar yang sempat dirakam



Sunday, January 15, 2012

Jom amalkan cara hidup sihat.

Salam semua. Apa khabar semua blogger dan pengguna internet. Alhamdulillah saya sihat dan sekarang ini berada di rumah kakak ipar di Kg. Sungai Ramal. Pagi-pagi dah buka internet sebab semalam tak sempat nak buka.

Semalam sibuk dengan nak menghantar peraduan kreatif baba's dan juga mengmabil peperiksaan Asas Takaful di St. John, K.L. Bukan mudah ruapanya nak cari sekolah itu. Nasib baik dah ada GPS. Semua senang dan mudah.

Hari ini saya buka blog dan jumpa iklan jom sihat dari Kementerian Kesihatan dan terus saya klik. Rupa-rupanya ia laman web untuk amalkan tips cara hidup sihat. Dalam laman ini ada pelbagai info, tips, iklan dan hotspot serta kalkulator berat jisim badan.

Kepada yang berminat untuk aktiviti riadah boleh klik pada hotspot! :) Untuk layari laman tersebut sila klik disini

berat jisim badan saya :)

Wednesday, January 11, 2012

Alahan terbaru

Inilah alahan terbaru yang diterima. sejak 2 3 hari ini tak boleh tidur dengan lena. Sebelum datang masalah tidur, saya selalu sakit perut. Baca disini. Apabila perut dah ok, masalah tidur pula yang menjelma.

Masa sakit perut, jam 9.00 malam dah tidur. Sekarang jam dah pukul 1.00 pagi tak leh nak tidur. Dah cuba baca buku pun masih lagi tak leh nak tidur. Ditambah pula dengan ber internet, lagi lambatlah tidur.

Apabila nak tidur, tak boleh nak selari dengan anak-anak dan ibu. Mesti tidur dalam arah yang lain. 2 hari saya perasan, asal nak tidur jam 10.30, saya pasti kena berubah pelbagai arah, dan bila pejam mata, otak berfikir dan teringat kisah-kisah lama.

Mengenai mimpi lagi best, dah 2 hari mimpi ular. Yang bunuh ular isteri. Semalam mimpi ulat tedung, kelmarin mimpi ular sawa. hehehehe Isteri kata kalau perempuan mimpi ular, ada orang nak masuk meminang.

Apa-apa pun itu semua mainan syaitan. Harap sangat agar semua berjalan lancar dan selamat. :) Amin

Friday, January 06, 2012

Alahan oh alahan

salam kawan-kawan. Inilah penangan kali kedua buat diriku. Teringat semasa isteri mengandung Adib. Beginilah rasanya walaupun ingatkan cuma sakit biasa.

Minat pada benda masam-masam seperti tomyam memang teruja. setakat isteri masak, cuma boleh makan untuk tengahari sahaja. Malam mesti nak makan kat luar.

Minggu ini asal petang terus sakit kepala dan hari ini senak ulu hati. Wah seksanya kalau dapat alahan budak ini. Ibunya rileks sahaja menjahit.

Harapan agar semuanya selamat. Amin

Thursday, January 05, 2012

Selamat Datang 2012

Salam semua. Selamat Tahun Baru 2012 saya ucapkan kepada semua teman-teman walaupun terlambat nak postkan entri ini kerana masalah talian internet.

Harapan agar tahun ini menguatkan diri kita dan mendekati Yang Maha Esa. Semoga kita semua mendapat keredhaan dan kenikmatan dariNya. Amin

p/s: Alahan yang teruk sedang dialami.

Sunday, January 01, 2012

mandi manda Ulu Chepor

Salam semua... Selamat Tahun Baru 2012. Sempena Tahun Baru 2012 saya mendoakan semoga kita bertambah kuat iman dan taat kepada Allah s.w.t.

Disini saya ingin memperkenalkan anda semua tempa-tempat menarik di Perak. Salah satunya adalah di kawasan Ulu Chepor, Chemor yang merupakan kawasan perkelahan yang masih lagi segar dan sejuk airnya. Untuk makluman anda ini dulu tempat 'port' ponteng sekolah namun sekarang tidak lagi setelah tempat ini telah diuruskan dengan baiknya oleh penduduk kawasan tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...