wah! best!

Followers

Jom klik

Sunday, January 27, 2013

Man Burger Lava dan meatball IKEA

Alhamdulillah dan tahniah buat Cikgu Marzuki di atas perkahwinan dua orang anaknya pada hari ini. Tak sangka saya, terus dua orang sekali. Memang best kenduri kat sini. Ini kerana lauk yang dihidangkan bebas tanpa catuan.hehehehe faham ke? Lauk, daging, ayam, sotong dan dalca. Memang sedap betul.

Selepas itu, kami pergi ke kedai Tupperware .Hajat untuk ke cawangan Kuala Selangor namun telah tutup. Kemudian kami bercadang untuk ke Shah Alam tetapi terus ke Damansara. Memang tak pernah akan pergi ke Damansara sebab tak reti jalan rayanya. Seronok duduk kawasan bandar, semua ada. Dapat saya menyelesaikan hutang piutang saya. :)

Tuesday, January 22, 2013

Bau terbakar dalam bilik ~ teman pengganti

Salam semua. Pasti ada yang telah lena pada waktu ini. Saya pula sebelum tidur teringin nak menceritakan apa yang berlaku agar menjadi iktibar dan ingatan pada saya dan anda semua. JANGAN sesekali membuka penghawa dingin bersama peralatan yang lain!

Selepas makan malam dan ketika nak tidurkan amni dan adib, saya rasa mata ini berat sekali. Jadi saya bercadang untuk melelapkan mata sebentar sebelum menunaikan solat Isyak.

Dah dapat tidur, bukan senang nak buka mata. Sehingga saya terbau benda terbakar. Dengan mata yang berat saya bangun juga sebab nak menunaikan solat. Saya mencari dimana datang bau terbakar. Sehingga saya dapati di soket bilik tidur.

Allah Maha Besar. Dia mengetahui segala galanya. Nasib baik saya tidak tidur lena. Sekurang kurangnya dapat saya menggunakan deria bau untuk terus bangun. Jika tidak mungkin kami sekeluarga telah tiada dan tiada teman pengganti.

Saya terkejut juga bagaimana soket tersebut cair. Saya menggunakan pelbagai soket untuk memasang penghawa dingin dan Air Purifer. Namun isteri telah menutup Air Purifier sebelum tidur. Mungkin aliran elektrik masih ada dan tidak dapat mengalirkan kepada tempat yang sepatutnya, menyebabkan soket menjadi cair.

Jadi jika boleh asingkan soket untuk penghawa dingin dan biarkan ia menggunakan secara sendirian. Jika berlaku api kecil, saya rasa tak sampai 5 minit bilik akan terbakar. Ini yang saya lihat semasa pihak NGO datang memberi penerangan tentang kebakaran.





Friday, January 18, 2013

Jamuan Istimewa SJKC Sin Min, Sungai Besar

Hari ini saya mendapat jemputan khas sempena pertukaran sekolah saya ke SK Kampong Banting, Sabak Bernam. Jamuan khas dan istimewa ini juga adalah jamuan bagi menyambut Tahun Baru Cina pada tahun 2013.

Kalau anda nak tahu, makan memang macam macam. Tu yang paling suka. Alhamdulillah saya dijemput hadir. terima kasih! Menu kali ini lagi hebat. Tapi apakan daya, perut tank kecil sahaja. Hehehehe

Terima kasih juga kerana memberi hadiah yang istimewa kepada saya. TUPPERWARE menjadikan hadiah lagi bermakna :) siap ada angpau lagi....hehehehehe

Terima kasih juga saya ucapkan kepada warga SJKC Sin Min kana memberi pengalaman selama 2 tahun berada di SJKC. Satu cabaran, satu semangat, satu matlamat dan satu budaya baru yang dapat membentuk budaya kerja yang lebih mantap.

Ok akhir sekali saya ingin mengucapkan GONG XI FA CAI kepada warga Cina khusus warga SJKC SIN MIN.













Bantu membantu amalan mulia

Syukur padaNya kerana membantu saya melalui pengalaman yang baru pada hari ini. Tanpa izinNya pasti saya tak dapat melakukannya. Pagi tadi berlaku satu kemalangan sebelum lampu isyarat JPJ. Kawasan tersebut memang gelap dan nasib baik saya menggunakan laluan sebelah kanan.

Jam 6.50 pagi dan semasa memandu dikawasan itu saya melihat sebuah lori treler sedang hendak memasuki laluan jalan raya . Dari jauh dah nampak, saya ikut laluan kanan dan dalam masa yang sama saya nampak sebuah motosikal Yamaha Ego tersadai ditepi dan ketika itu juga nampak kelibat orang di atas jalan raya.

Terus saya dan Chiq Dina bertanya macam mana dan saya membuat keputusan untuk menghantar Chiq Dina ke tempat kerja dahulu dan mengambil no plate lori tersebut. Perlu hantar segera, nanti kena panggil dengan GB. Selepas hantar Chiq Dina terus saya pergi ke tempat kejadian.

Alhamdulillah dan nasib baik rakyat Malaysia masih prihatin. Ada beberapa penunggang motosikal yang berada disini mangsa tersebut. Saya tak dapat bayangkan bagaimana jika tiada orang yang menjaga dikawasan tersebut. Pasti kena lenyek seperti binatang.

Saya cuma dapat menjaga lalu lintas dan menelefon polis untuk memberi maklumat yang saya nampak. Kereta masa itu memang laju. Lori, kereta, motosikal kesemuanya memandu melebihi had. Pada pandangan saya la.

Saya pelik juga sikap pemandu Malaysia. Saya dah letak tanda amaran tiga segi tapi masih ada juga yang nak bawa laju. Bukan lelaki, tapi ibu atau mak yang sedang bawa anak ke sekolah. Harap lain kali kalau tak nak tergesa gesa, silalah siap awal dan mata tengok depan.

Selepas polis dan ambulans datang, saya pun bergegas ke sekolah dan saya memang masuk lambat hari ini. Hehehehe maklumat yang saya dapat , mangsa adalah pelajar sekolah menengah, seorang lelaki Cina dan memakai topi keledar setengah. Saya tak tahu sama ada dia melanggar lori yang parking ditepi atau bergesel dengan lori tersebut.

Jadi sebagai peringatan, berhati hati ketika memandu di jalan besar dan jangan memakai topi keledar setengah ek. Tu main skateboard boleh la.



Thursday, January 17, 2013

Caruman rm300 simpanan perlindungan rm500,000

Alhamdulillah akhirnya sijil polisi selamat tiba ke tangan saya. Dari bulan 5 tahun lepas, dan baru hari ini saya dapat. Lama betulkan. Rupa rupanya ada masalah teknikal semasa awal saya masuk.

Saya mencarum RM 300 sebulan melalui potongan gaji. Kenapa buat potongan gaji? Sebab dah tahu akan bayar tiap tiap bulan dan tak perlu fikir untuk membayar :) mula mula memang rasa berat, tapi Alhamdulillah Allah telah memberi jalan keluar dari kesusahan. Apa caranya? Berdoa padaNya dan baca surah Al Waqiah.siap bagi tips hehehehe

Pernah tak anda fikirkan jika anda telah tiada di dunia pada masa keluarga sedang membesar? Yang sekarang ini pun saya payah nak buat simpanan. Bukan tak buat, tapi pasti akan menggunakannya kerana keadaan memerlukan. Jika saya tiada, apa dan bagaimana Chiq Dina nak menyara Adib dan Amni. Itu yang membuat saya tersebar dari lamunan dan bercadang membuat simpanan melalui Takaful.

Sebenarnya ada pelbagai cara kita nak melabur. Unit Trust, ASB, emas dan lain lain lagi. Namun saya ambil takaful juga kerana dengan sedikit caruman, saya mendapat manfaat yang besar jika saya meninggal pada waktu muda. Setiap tahun akan ada kenaikan gaji, jadi akan datang saya nak melabur dalam Unit Trust pula. Hehehehe

Plan yang saya ambil ini dikenali Takaful Simpanan Haji. Ia bermaksud jika saya meninggal dunia ( PASTI) satu hari nanti, waris saya tak perlu susah payah nak buat upah haji kerana telah ada peruntukan untuk membuatnya dari MAA Takaful.

Saya mencarum RM 300 sebulan dengan perlindungan RM 1/2 JUTA! Tak ke ini dinamakan manfaat yang berbaloi balai. Jika saya simpan di tempat lain, dan saya meninggal dunia, mungkin duit tersebut sebanyak itu sahaja dan terpaksa digunakan pada masa itu dan akhirnya tiada simpanan untuk hari kemudian.

Jadi jika anda belum mempunyai takaful, saya merayu anda ambil lah. Ada 12 syarikat Takaful di Malaysia dan anda boleh pilih yang mana anda suka. Yang penting anda ambil. Maklumat yang perlu anda tahu :

1. Jumlah perlindungan. Kemudian baru tengok pada manfaat yang lain seperti bayaran hospital, penyakit kritikal dan waiver.

2. Berapakah jumlahnya simpanan jika tiada apa apa yang berlaku. Jangan lupa tanya ini walaupun ia adalah hanya ilustrasi. Dari sini anda boleh bajet simpanan hari tua anda. ini juga boleh buat perbelanjaan untuk menunaikan Haji.

Itu sahaj cerita hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca nukilan ku ini.





Ariel tv pun jadi mangsa

Semalam tiang dalam rumah pecah. Hari ini nasib baik bosnya datang dan tengok. Memang nampak sedikit terkejut. Mungkin tak sangka boleh pecah sampai macam itu. Lepas itu tak tahu apa mereka cakap terus Seorang abang bawa simen dan tampal. Itu selepas aku dan keluarga dah balik rumah.

Sebelum sampai rumah, aku dah terkejut lagi sekali. Artikel rumah aku ada ditiang rumah hadapan. Ingat ini rumah setinggan ke? Terus aku tanya ariel ini boleh digunakan ke. Seperti biasa, BIG man ( seorang lelaki yang aku rasa kepala mereka) kata boleh guna..boleh guna.. Nanti saya pasang di hadapan. Ok lah, sebab dah balik lambat, nak bersiap siap untuk solat aku masuk rumah dulu.

Tuesday, January 15, 2013

Wordless Wednesday | Teknik mengajar membaca oleh Nabi Muhammad s.a.w



Habis batu sepak dibuang

Salam....

Kali ini entri peribahasa ciptaan sendiri yang dipetik dari peribahasa asal iaitu habis madu sepah dibuang.hehehehe Sejak akhir akhir ini, banyak sangat ketidakpuasan atau lebih dikenali dengan GERAMJI. Sebagai penulis amatur, blog adalah tempat sesuai untuk meluahkan hati dan perasaan agar dapat menjadi panduan kepada yang lain jika kes yang sama berlaku.

Monday, January 14, 2013

Air purifier Super 8 untuk kereta

Minggu lepas saya ada mencuba membeli produk dari Groupon . Groupon adalah salah satu pembelian maya yang menawarkan diskaun bagi barangan tertentu pada waktu tertentu sahaja. Alat ini dah lama saya cadang nak beli selepas saya telah mencuba untuk air purifier untuk bilik.

Nak jadi cerita, saya ni rajin juga melihat groupon dan terjumpa iklan untuk air purifier kereta. Ia adalah jenama dari Super8. Kalau tak silap ini kali kedua iklan ini disiarkan. Itu yang saya terus membeli. Harga asal adalah RM 88 tapi selepas diskaun hanya RM 48.00 sahaja.

Produk Ini pun saya dah survey dan ini sahaja yang paling murah dan sesuai bagi pengguna kali pertama. Alhamdulillah pagi tadi air purifier selamat dihantar ke sekolah. Bagus juga sebab hantar menggunakan Sky Net dan kos penghantaran adalah percuma.

Jika anda lihat produk ini, memang ringkas. Saya dah cuba buka bahagian dalam dan hanya ada satu papan cip sahaja. Balik sekolah saya telah letakkan di dalam kereta dan rasa setakat ini ok. Harap produk ini dapat menyedut dan menyahkan bau yang tidak menyenangkan dan memberi udara segar dalam kereta.

Sunday, January 13, 2013

Mardyna shoppe ~ keyakinan adalah kepuasan

Alhamdulillah. Akhirnya kami dapat membina satu perniagaan maya yang selama ini menjadi impian kami. Sebelum ini memang Chiq Dina rajin berniaga. Macam-macam jenis perniagaan yang dijualnya. Bermula dari kain sampaikan ke makanan. Semua dia bedal. Hehehe

Namun kali ini Chiq Dina membina satu perniagaan yang bercirikan makanan dan barangan. Ini saya memang dapat melihat kesungguhan dan keyakinan dalam dirinya dan membuat saya untuk membantunya.

Lagi saya pun suka perniagaan seperti ini. Antara jenis makanan yang dijual adalah produk dari Iran seperti peanut barley candy, pati delima, cuka kurma, cuka epal, badam, kismis dan lain lain. Ini merupakan makanan Yang digemari oleh Rasulullah s.a.w. InsyaAllah, akan disertakan juga pelbagai makanan yang lain. Habatus Sauda pun ada juga .

Disamping itu, kami juga mempromosikan barangan Tupperware. Ini memang tak dapat dinafikan kualiti barangan tersebut. Nak cakap lebih lebih pun tak boleh, sebab saya tahu ramai yang telah mengenali produk ini. Disini kami akan menawarkan harga yang menarik untuk anda.

Jadi jangan lupa like page kami ~ Mardyna Shoppe







Saturday, January 12, 2013

online Indonesia di okezone.tv

Jauh perjalanan luas pemandangan. Memang benar dong! hehehehe sejak masuk sekolah baru dah bertambah ilmu dunia IT aku. Ini adalah yang terbaru dan membuatkan aku menjadi penagih cerita Indonesia. hahaha Terima kasih cikgu Hamadi !

Wednesday, January 09, 2013

Bau busuk di rumah sebelah

Salam. Hari ini baru tahu dari mana datangnya busuk yang amat meloyakan selama ini. Ia datang dari sebelah rumah kosong. Ia adalah bau bangkai anjing! Uuuwuwwwweeeekkkkk korang boleh bayang tak seekor anjing yang besar telah lama mati dan sekarang tidak dapat dikenal pasti warnanya kerana telah berulat.

Cerita bermula selepas balik dari sekolah dan nampak orang membersihkan kawasan rumah sebelah. Rumah tersebut baru sahaja dibeli oleh tuan rumah sewa saya. Jadi saya pun bertanya nak repair rumah ke. Pekerja adalah warga Indonesia. Dia mengangguk dan memberitahu ada anjing mati.

Terkejut saya, selama ini tak tahu pula itu bau bangkai anjing. Semua pekerja tak berani nak masuk sebab terlalu busuk. Kecuali seorang yang bernama Mat. Dialah yang tolong menyucikan kawasan tersebut. Siap minta serbuk kopi dan penyembur nyamuk lagi. Habis kopi cap kapal api aku. Hahahahaha bukan rezeki saya.

Malam itu sembang dengan bos mereka. Masa nak buang bangkai pun guna kereta sorong dan tarik sahaja. Tak boleh nak tengok, nanti 10 hari tak makan. Kalau ada bau bangkai, cepat cepatlah pergi periksa ek. Takut dah jadi ulat, seorang pun tak lalu nak buang.





Monday, January 07, 2013

Madu Zafran madu asli ke tidak

Kali ini kali kedua masalah yang sama terjadi. Sebelum ini madu 1Malaysia sekarang madu Zafran. Tak tahu sama ada masalah peti ais atau madu tersebut bukan madu asli. Sampai masanya akan bertukar menjadi putih dibahagian bawah dan akan nampak ketulan halus berwarna putih.

Ini saya beli di Arked Man. ( ucapan takziah diatas pemergian anak lelaki. Al Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama sama orang yang soleh). Sebelum ini saya suka menggunakan madu Naqiu. Tapi kali ini saya nak cuba Madu Zafran. Ini kerana lebih besar dan banyak dari Madu Naqiu.

Saya baca diskripsinya dan tertulis disini madu asli. Ok takper, saya cuba. Apabila tinggal separuh saya lihat strukturnya dah bertukar. Keesokan harinya dah bertukar putih dibahagian bawah. Anggapan saya mungkin terlalu sejuk. Jadi saya letak di luar seharian dan hasilnya, mulut penutup dihurungi oleh semut.

Orang kata kalau madu asli takkan ada semut. Jika yang dicampur dengan bahan lain seperti gula, pasti semut akan datang. Jadi persoalan, adakah ia madu asli seperti yang tertulis dalam label atau hanya untuk mengaburi mata pengguna. Entahlah... Mungkin saya silap dan saya minta pihak berkaitan akan membuat pemantauan.


P/s: lebih baik beli produk Islam yang ada sijil halal.



Sunday, January 06, 2013

BE pertama 2013~ Anmum Materna Planning

Alhamdulillah.... Setelah masuk tahun 2013 saya mendapat satu BE baru dari Anmum materna Planning. Terima kasih Nuffnang kerana memilih blog ini...Iklan ini berkisarkan kepada pasangan yang merancang untuk mendapat cahaya mata . Jadi jika anda nak berbulan madu hehehehe... Klik iklan tersebut dan anda akan dibawa ke laman Anmum dan anda dikehendaki mendaftar dan bermain permainan yang disediakan. Jika anda berjaya mendapat markah tertinggi, anda akan di beri hadiah MISTERI.... ( saya pun tak tahu) tapi yang pasti hadiah penginapan.

Menang giveaway Habatus Sauda dari AHS blog

Alhamdulillah tadi dapat email dari kak Azleen. Saya adalah salah seorang pemenang giveaway yang telah diadakan pada bulan Oktober 2012. Terima kasih kak!

Syaratnya amat mudah. Kalau nak tahu sila klik sini. Tapi apakan daya, peraduan ini telah tamat. Hehehehe

Halia pun boleh jadi barang curi

Pagi tadi jam 10.30 pagi saya dan keluarga pergi ke pasar Sungai Besar untuk membeli barang basah ( ikan, udang, sotong dan lain lain) untuk menu minggu ini. Sebelum itu saya sempat membersihkan kereta dari membasuh sehingga polish. Bukan senang , hampir 2 jam jugak. Maklumlah seorang sahaja yang buat.

Saya memang tak ikut sekali masuk ke dalam pasar. Sekadar tunggu di kereta bersama sama adib dan amni. Hari ini banyak kereta. Tanggapan saya kerana hari Ahad baru orang membeli di pasar. Semasa menunggu dalam kereta saya dengar orang menjerit kuat. Tapi saya tak jelas apa yang disebutnya.

Friday, January 04, 2013

Tiga hari persekolahan satu surat amaran

Entri ini entri panas. Ini kerana cerit paling terkini yang membuat saya tertarik untuk menaip sebelum melelapkan mata.

Pagi tadi Chiq Dina hantar pesanan ringkas mengadu bahawa GB tak benarkan anak bawa semasa bekerja. Chiq Dina kerja sebagai pembantu pengurusan murid pendidikan khas. Waktu kerjanya 7 pagi hingga 4 petang.

Adib satu sekolah dengan ibunya. Habis sekolah jam 12 tengah hari Adib akan lepak dengan ibunya di kelas pendidikan khas. Murid pendidikan khas pula tamat jam 1 petang. Semalam ibunya ada menceritakan perihal adib yang membuat bising dan bermain di gelanggang.

Hari ini, pagi pagi lagi Chiq Dina dipanggil ke pejabat bersama seorang lagi kawannya. Rupa rupanya mereka kena tegur kerana anak. Katanya mengganggu PnP pendidikan khas dan membuat bising. Tak ada amaran atau teguran, terus dapat surat amaran yang pertama yang ditandatangani dan dihantar ke PPD.

Mak ai, eksyen nya.... Terus dapat gelaran GB berlagak. Bagi saya takkan 2 kanak kanak kecil itu boleh membuat bising satu sekolah. Ada juga kanak kanak yang terdiri anak cikgu dan murid yang belum pulang berada di sekitar sekolah itu. Siap masuk dalam bilik guru. Tidak pula ditegurnya. Lagi satu sepatutnya bagi amaran terlebih dahulu. Ini seperti tiada budi bicara.

Saya tak tahu sama ada GB mempunyai masalah lain atau menopous atau datang bulan. Tapi saya tahu dia mempunyai 10 orang anak dan sudah bercucu. Sepatutnya dia lebih memahami sikap seorang wanita dan seorang ibu.

Betul jika dia melakukannya kerana skop kerja tapi jangan memandang rendah dengan penjawatan di bawah. Tanpa orang bawah, dia tidak akan dapat melaksanakan kerja dengan sempurna. Disamping itu, beliau sepatutnya menegur orang bawahannya yang rajin mengulat dan tiada di pejabat. Sampaikan nak pos surat pun suruh Chiq Dina. Takkan nak jadi kaki bodek. Kerja tak habis, tapi dapat Anugerah Khidmat Cemerlang. Ini tanggungjawab dan amanah. Jika tak buat dan laksanakan dengan betul, menjawablah di sana nanti.

Keputusannya, saya akan menukarkan Adib ke sekolah saya yang bagi saya terbaik dan low profil. Tak banyak karenah dan tiada masalah. GB adalah lelaki. Esok nak bertanyakan dengan guru pendidikan khas, jika ada kekosongan akan minta Chiq Dina tukar sekolah saya juga.

Kenapa? Sebab GB Eksyen itu kata dia boleh buat surat untuk PPM yang nak tukar. Katanya lagi Kerja bank pun tak boleh bawa anak.( memangla... Swasta tak sama dengan kerajaan). Kalau susah sangat nak jaga anak, berhenti. Rezeki Allah bagi GB... Isteri saya baru je dapat kerja setelah dua tahun menjadi surirumah. GB kan pernah dapat surat ditukarkan, kenapa tak tukar pula?

Ini luahan.... Tak perlu ambil serius... Kadang kala geram dengan sikap begini. Namun pengalaman bekerja dengan orang atasan perempuan memang begini. Ikut prosedur.... Tapi bab yang tiada kepentingannya.

P/S: pernah pegawai perempuan PTPTN meninggikan suara dalam perbualan telefon semasa terdapat kesilapan dalam transaksi pembayaran.

Tuesday, January 01, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Semoga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya dan bertambah kekuatan kerohanian agar menjadi khalifah yang terbaik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...