wah! best!

Followers

Jom klik

Friday, October 31, 2014

Home Planner 2015

Salam semua. 2015 hampir tiba... Hari ini pun dah 12 Awal Muharram...setiap orang pasti ada azam dan semangat baru kan. Jadi apa kata kita tanamkan azam baru dengan lebih tersusun dengan diary  & home Planner yang menarik ini. Mungkin masih ada yang suka menulis dan menyimpan memori seperti dahulu kala... ( pernah buat tapi tak pernah simpan lama)....   Dibawah ni.. Senarai pakej...

Pakej 1:
Softcopy.
Lengkap semua ada seperti diterangkan di atas.

93 mukasurat.
RM25 sahaja!

Pakej 2:
Softcopy.
Boleh pilih templat sama macam tahun lepas iaitu perancang bulanan je, takde perancang harian.
21 mukasurat.
RM10 sahaja!

Pakej 3: 
Softcopy & Hardcopy.
Sama serupa dengan saya punya, boleh pilih wrapping paper yang ada dalam koleksi saya.
93 mukasurat.
RM100 sahaja! {Termasuk kos printing berwarna full pages, kertas, tabs, binding, cover depan belakang, laminate, postage etc}

Update : 1. Nursila (1st customer) 10Q for support





















Saturday, October 25, 2014

SALAM MAAL HIJRAH 1436

Salam Maal Hijrah 1436 dari saya dan keluarga . Azam tahun baru ini nak rajin baca Al Quran. Apa azam anda plak? Boleh komen kat bawah ni ek. Semoga tahun baru ini akan mempertingkatkan dan mengukuhkan hubungan kita denganNya dan sesama umat. Amin

Tuesday, October 21, 2014

Taksonomi Bloom | Membina soalan peperiksaan

Taksonomi Bloom 1


Taksonomi Bloom 2

Senarai lengkap 46 Penyakit Kritikal yang dilindungi

Credit to rancang wang wordpress

MAA Takaful adalah pengendali takaful pertama di Malaysia yang menawarkan perlindungan terhadap 46 jenis penyakit krtitkal. Berikut adalah senarai lengkap penyakit-penyakit tersebut:

1. PENYAKIT ALZHEIMER /GANGGUAN OTAK DEGENERATIF JENIS ORGANIK YANG TIDAK DAPAT DIPULIHKAN

Kemerosotan atau kehilangan upaya intelektual atau kelakuan tidak normal, seperti yang dibuktikan oleh keadaan klinikal dan soal selidik atau ujian-ujian standard yang diterima, yang timbul daripada Penyakit Alzheimer atau gangguan-gangguan otak degeneratif jenis organik yang tidak boleh dipulihkan, tidak termasuk neurosis, penyakit psikiatrik, dan sebarang gangguan organik berkaitan dadah atau alkohol, mengakibatkan kemerosotan besar fungsi mental dan sosial sehingga memerlukan penyeliaan Orang Yang Dilindungi secara berterusan. Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh pakar perunding berkaitan.

2. ANEMIA APLASTIK

Kegagalan sumsum tulang kronik secara berterusan yang mengakibatkan aplasia mutlak sumsum tulang dan memerlukan sekurang-kurangnya satu daripada rawatan berikut:

a) Pemindahan produk darah secara kerap;

b) Agen perangsang sumsum;

c) Agen imunosupresif;

d) Pemindahan sumsum tulang.

3. MENINGITIS BAKTERIAL

Meningitis bakterial yang menyebabkan keradangan membran otak atau saraf tunjang, mengakibatkan kesan buruk kekal neurologi yang dialami selama sekurang-kurangnya 30 hari dan menyebabkan ketiadaan upaya untuk melakukan sendiri sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian sama ada dengan atau tanpa penggunaan peralatan mekanikal, alat-alat khas atau alat bantuan dan pengubahsuaian lain yang digunakan untuk orang-orang kurang upaya. Bagi tujuan faedah ini, perkataan “kekal” hendaklah bermakna tiada harapan untuk pulih berasaskan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar perunding neurologi.

4. ANGIOPLASTI BELON

Bermakna menjalani Angioplasti Belon Arteri Koronari sebenar buat pertama kali atau memasukkan sten untuk membetulkan satu atau lebih arteri koronari yang telah menjadi sempit atau tersekat. Tidak termasuk prosedur-prosedur pemeriksaan menerusi arteri.

Bukti perubatan hendaklah termasuk semua yang berikut:

a) Bukti perubahan-perubahan ECG yang penting dan relevan (penurunan segmen ST sebanyak 2 milimeter atau lebih) dan

b) Bukti angiografi untuk mengesahkan lokasi stenosis.

Pembayaran di bawah klausa ini adalah terhad kepada sepuluh peratus (10%) daripada perlindungan Penyakit Merbahaya di bawah Sijil Tambahan ini tertakluk kepada jumlah bayaran maksimum RM25,000. Manfaat ini berbayar hanya sekali sahaja dan akan ditolak daripada Jumlah Dilindungi di Sijil Tambahan, yang seterusnya mengurangkan Bayaran Sekali Gus yang dibayar di sini.

Manfaat ini tamat setelah pembayaran satu Bayaran Terhad.

5. TUMOR OTAK TIDAK BERBAHAYA

Ketumbuhan bukan kanser dalam otak yang mengancam nyawa dan menimbulkan tanda-tanda peningkatan tekanan dalam tempurung kepala seperti papiloedema, gejala-gejala mental, sawan dan gangguan deria. Ketumbuhan mesti disahkan wujud menerusi kajian imbasan seperti CT Scan atau MRI.

Keadaan-keadaan berikut dikecualikan:

a) Sista

b) Granuloma

c) Malformasi dalam atau pada arteri atau vena otak

d) Hematoma

e) Tumor dalam kelenjar pituitari, atau tulang belakang

f) Tumor saraf akustik

6. BUTA

Kehilangan penuh dan kekal seluruh penglihatan kedua-dua belah mata yang tidak boleh dipulihkan. Pengesahan oleh pakar oftalmologi diperlukan.

7. PEMBEDAHAN OTAK

Menjalani pembedahan otak di bawah anestesia am untuk melakukan kraniotomi. Pembedahan Tebukan Bur dan pembedahan otak akibat kemalangan dikecualikan.

8. KANSER

Kanser ditakrifkan sebagai pertumbuhan sel-sel malignan yang merebak secara tidak terkawal serta serangan dan kemusnahan tisu biasa yang dianggap memerlukan rawatan atau pembedahan untuk menghalangnya (tidak termasuk prosedur endoskopi sahaja). Penghidapan kanser mesti disahkan oleh bukti histologi yang menunjukkan malignansi.

Keadaan-keadaan berikut dikecualikan:

a) Karsinoma in situ termasuk serviks

b) Karsinoma in situ duktus payu dara

c) Karsinoma papilari pundi kencing & Kanser Prostat peringkat 1

d) Semua jenis kanser kulit kecuali melanoma malignan

e) Penyakit Hodgkin’s peringkat 1

f) Tumor yang wujud sebagai komplikasi AIDS

9. KARDIOMIOPATI

Diagnosis muktamad oleh seorang pakar perunding kardiologi mengenai kardiomiopati yang menyebabkan gangguan fungsi ventrikular, disyaki melalui ECG tidak normal dan disahkan oleh gema kardiak, berpunca daripada berbagai sebab dan mengakibatkan kerosakan fizikal yang kekal sekurang-sekurangnya ke tahap Kelas III dalam klasifiksi kerosakan kardiak Persatuan Jantung New York.

Kerosakan fungsi Kelas III dan IV mengikut klasifikasi Persatuan Jantung NewYork adalah seperti berikut :

Kelas III – Sekatan Jelas – Pesakit merasa selesa semasa rehat tetapi akan merasai gejala-gejala Kegagalan Kardiak Kongestif apabila melakukan kegiatan kurang daripada yang biasa.

Kelas lV – Ketiadaan upaya untuk menjalankan sebarang kegiatan tanpa merasa tidak selesa. Gejala-gejala Kegagalan Kardiak

Kongestif wujud walaupun semasa rehat. Sebarang peningkatan kegiatan fizikal akan menimbulkan rasa tidak selesa.

Kardiomiopati yang berkaitan secara langsung dengan salah guna alkohol adalah dikecualikan.

10. PENYAKIT HATI KRONIK

Kegagalan hati peringkat akhir dibuktikan oleh semua yang berikut:

a) Jaundis kekal;

b) Asites;

c) Ensefalopati;

d) Hipertensi portal.

Tidak termasuk ensefalopati Wernicke dan kegagalan hati yang berpunca daripada penyalahgunaan alkohol atau dadah.

11. PENYAKIT PARU-PARU KRONIK

Penyakit pernafasan peringkat akhir termasuk penyakit paru-paru interstitial kronik.

Kriteria berikut mesti dipenuhi:

a) Memerlukan rawatan oksigen secara tetap disebabkan nilai ujian FEV1 kurang daripada satu liter secara konsisten. (Isipadu Pernafasan Paksa dalam saat pertama hembusan secara paksa)

b) Analisis Gas Dalam Arteri menunjukkan tekanan bahagian oksigen serendah 50mmHg atau kurang;

c) Dispnea sewaktu rehat.

12. KOMA

Keadaan tidak sedar diri dengan tiada tindak balas atau respons terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, yang berterusan sekurang-kurangnya selama 96 jam, memerlukan penggunaan sistem sokongan nyawa dan yang mengakibatkan defisit neurologikal, kekal selama lebih 30 hari. Mesti disahkan oleh pakar neurologi.

Koma yang disebabkan secara langsung akibat mencederakan diri sendiri, penyalahgunaan alkohol atau dadah adalah dikecualikan.

13. PEMBEDAHAN PINTASAN ARTERI KORONARI

Merujuk kepada pembedahan pintasan arteri Koronari dengan membelah dada (torakostomi) untuk membetulkan atau merawat penyakit arteri koronari tetapi tidak termasuk angioplasti atau prosedur lain menerusi arteri, tebukan atau laser.

14. ENSEFALITIS

Ditakrifkan sebagai keradangan teruk bahan otak, mengakibatkan kesan buruk kekal neurologi yang dialami selama sekurang-kurangnya 30 hari dan disahkan oleh pakar perunding neurologi. Kesan buruk kekal neurologi ini mesti menyebabkan ketiadaan upaya untuk melakukan sendiri sekurang-kurangnya tiga (3) daripada Aktiviti Kehidupan Harian sama ada dengan atau tanpa penggunaan peralatan mekanikal, alat-alat khas atau alat bantuan dan pengubahsuaian lain yang digunakan untuk orang-orang kurang upaya. Bagi tujuan faedah ini, perkataan “kekal” hendaklah bermakna tiada harapan untuk pulih berasaskan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa. Ensefalitis akibat jangkitan HIV dikecualikan.

15. AIDS DENGAN GEJALA PENUH

Tanda-tanda klinikal AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) mesti disokong oleh keputusan ujian antibodi HIV (Virus Kurang Daya Tahan Penyakit Manusia) yang positif dan ujian pengesahan Western Blot. Di samping itu, Orang Yang Dilindungi mesti mempunyai bilangan sel CD4 kurang daripada dua ratus (200) dan salah satu atau lebih kriteria berikut dipenuhi:

a) Kehilangan lebih 10% daripada berat badan dalam tempoh enam (6) bulan atau kurang (sindrom pembaziran);

b) Kaposi sarkoma;

c) Pneumosistik karinii pneumonia;

d) Multifokal leukoensefalopati yang semakin teruk;

e) Batuk kering aktif;

f) Kurang daripada satu ribu (1000) limfosit;

g) Limfoma malignan.

16. HEPATITIS VIRUS FULMINAN

Ini ditakrifkan sebagai nekrosis hati yang teruk hingga sangat teruk disebabkan oleh sebarang virus yang dengan pantas menyebabkan kegagalan hati.

Kriteria diagnostik yang perlu dipenuhi ialah:

a) saiz hati yang mengecut secara mendadak yang disahkan menerusi ultrasound abdomen;

b) nekrosis melibatkan seluruh lobul, meninggalkan hanya rangka retikular yang runtuh;

c) ujian fungsi hati yang semakin merosot;

d) jaundis yang melarat.

Jangkitan atau status pembawa Hepatitis B sahaja tidak memenuhi kriteria diagnostik.

17. SERANGAN JANTUNG (INFARKSI MIOKARDIUM)

Kematian sebahagian daripada otot jantung (miokardium) yang disebabkan bekalan darah tidak mencukupi dan dibuktikan oleh:

a) Sejarah sakit dada tipikal yang berpanjangan;

b) Perubahan baru dalam elektrokardiograf akibat daripada kejadian ini;

c) Peningkatan enzim kardiak (CPK-MB) melebihi tahap makmal yang diterima secara am sebagai biasa.

Diagnosis berasaskan ujian peningkatan Troponin T sahaja tidak boleh dianggap sebagai diagnosis serangan jantung.

Angina dikecualikan secara khusus.

18. PENGGANTIAN INJAP JANTUNG

Menjalani pembedahan jantung terbuka untuk menggantikan atau membaiki injap jantung akibat berlaku keadaan injap rosak atau tidak normal selepas tarikh pengeluaran atau tarikh pemulihan semula Sijil Tambahan ini.

Pembedahan membaiki, melalui valvotomi, prosedur menerusi arteri, pembedahan tebuk lubang atau teknik yang sama dikecualikan secara khusus.

19. HIV DISEBABKAN PEMINDAHAN DARAH

Orang Yang Dilindungi dijangkiti oleh Virus HIV atau AIDS dengan syarat bahawa:

a) jangkitan disebabkan oleh pemindahan darah yang diterima di Malaysia atau Singapura selepas Sijil Tambahan mula berkuatkuasa;

b) Hayat Diinsuranskan tidak menghidap hemofilia; dan

c) Hayat Diinsuranskan bukan ahli kumpulan berisiko tinggi seperti, tetapi tidak terbatas kepada, golongan homoseks, pengguna dadah melalui suntikan atau pekerja seks.

Pemakluman dan bukti kejadian adalah diperlukan dalam bentuk kenyataan daripada Pihak Berkuasa Kesihatan berkanun bahawa jangkitan berlaku secara perubatan.

20. KEGAGALAN BUAH PINGGANG

Kegagalan ginjal peringkat akhir dikesan sebagai kegagalan kronik kedua-dua buah pinggang untuk berfungsi dan yang tidak boleh disembuhkan, hingga memerlukan dialisis buah pinggang berkala atau pemindahan buah pinggang.

21. TERAPI LASER ARTERI KORONARI ATAU SEBARANG PROSEDUR KORONARI INVASIF YANG LAIN

Bermakna menjalani rawatan Laser atau artrektomi sebenar buat pertama kali untuk membetulkan satu atau lebih arteri koronari yang menjadi sempit atau tersumbat. Tidak termasuk prosedur-prosedur pemeriksaan menerusi arteri.

Bukti perubatan hendaklah termasuk semua yang berikut:

a) Bukti perubahan-perubahan ECG yang penting dan relevan (penurunan segmen ST sebanyak 2 milimeter atau lebih) dan

b) Bukti angiografi untuk mengesahkan lokasi stenosis.

Pembayaran di bawah klausa ini adalah terhad kepada sepuluh peratus (10%) daripada Jumlah Dilindungi yang berkuatkuasa di bawah Sijil Tambahan ini tertakluk kepada jumlah bayaran maksimum RM25,000. Manfaat ini berbayar hanya sekali sahaja dan akan ditolak daripada Jumlah Dilindungi di Sijil Tambahan, yang seterusnya mengurangkan Bayaran Sekali Gus yang dibayar di sini.

Manfaat ini tamat setelah pembayaran satu Bayaran Terhad.

22. KEHILANGAN PENDENGARAN/PEKAK

Kehilangan penuh pendengaran segala bunyi kedua-dua belah telinga yang tidak boleh dipulihkan disebabkan oleh penyakit atau kemalangan. Bukti perubatan dalam bentuk ujian audiometri dan ujian tahap bunyi mesti disediakan.

23. KEHILANGAN UPAYA BERTUTUR

Kehilangan upaya penuh untuk bercakap yang tidak boleh dipulihkan secara berterusan selama 12 bulan. Bukti perubatan untuk mengesahkan penyakit atau kecederaan kepada peti suara sebagai menyokong kehilangan upaya ini mesti diberikan oleh pakar (Telinga, Hidung, Tekak) yang berkenaan.

Segala punca berkaitan dengan keadaan psikiatrik dikecualikan.

24. LUKA TERBAKAR TERUK

Luka terbakar darjah ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) daripada permukaan badan diukur mengikut ‘Peraturan 9’ Carta Permukaan Badan Lund dan Browder.

25. PEMINDAHAN ORGAN UTAMA

Menjalani pembedahan pemindahan organ sebagai penerima salah satu daripada organ manusia yang berikut:

a) Buah Pinggang

b) Paru-paru

c) Hati

d) Jantung

e) Sumsum tulang

26. PENYAKIT NEURON MOTOR

Penyakit neuron motor yang tidak diketahui puncanya ditandakan oleh kemerosotan yang semakin teruk rangkaian kortikospina dan sel tanduk anterior atau neuron eferen bulbar. Ini termasuk kemerosotan otot tulang belakang, kerencatan bulbar yang semakin teruk, sklerosis amiotrofik lateral dan sklerosis lateral utama.

Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar perunding neurologi.

27. SKLEROSIS BERBILANG

Diagnosis muktamad oleh pakar perunding neurologi mengesahkan kombinasi berikut, yang telah berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan.

a) Gejala-gejala berpunca daripada trek (bahan putih) membabitkan saraf optik, stem otak dan tulang belakang, yang menghasilkan kesan buruk neurologi yang jelas;

b) Berbilang luka yang berasingan; dan

c) Sejarah ketara menunjukkan gejala-gejala dan kesan buruk neurologi tersebut yang melarat dan berulang.

28. DISTROFI OTOT

Diagnosis distrofi otot memerlukan pengesahan pakar perunding neurologi mengenai kombinasi 3 daripada 4 keadaan berikut:

a) Sejarah anggota keluarga lain yang turut terjejas

b) Persembahan klinikal termasuk ketiadaan gangguan saraf, cecair serebospina yang normal dan sedikit kemerosotan dalam tindak balas tendon

c) Elektromiogram yang tipikal

d) Keraguan klinikal disahkan oleh biopsi otot

Kanak-kanak dikecualikan daripada pentakrifan ini.

29. JANGKITAN HIV AKIBAT PEKERJAAN

Orang Yang Dilindungi dijangkiti oleh Virus Kurang Daya Tahan Penyakit Manusia (HIV) khususnya akibat kemalangan yang berlaku semasa menjalankan tugas pekerjaan biasa, dengan perubahan dalam serum kepada jangkitan HIV berlaku dalam masa enam (6) bulan dari tarikh kemalangan. Sebarang kemalangan yang mungkin menimbulkan tuntutan mesti dilaporkan kepada Syarikat dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh kemalangan berlaku dan disokong oleh ujian HIV negatif yang dijalankan dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh kemalangan.

Jangkitan menerusi sebarang cara lain, termasuk jangkitan akibat kegiatan seks, pemindahan darah atau suntikan dadah secara rekreasi DIKECUALIKAN secara khusus.

30. LUMPUH/PARAPLEGIA

Kehilangan upaya penuh dan kekal penggunaan kedua-dua tangan atau kedua-dua kaki, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, kerana kelumpuhan disebabkan oleh penyakit atau kecederaan, yang berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau penyakit.

31. PENYAKIT PARKINSON

Diagnosis muktamad Penyakit Parkinson oleh pakar perunding neurologi dan yang menyebabkan keadaan:

a) Tidak boleh dikawal dengan ubat

b) Menunjukkan tanda-tanda gangguan yang semakin teruk

c) Kehilangan upaya kekal Yang Diinsuranskan untuk melakukan tanpa bantuan tiga (3) atau lebih daripada Aktiviti Kehidupan Harian.

Hanya Penyakit Parkinson Idiopati dilindungi. Penyakit Parkinson disebabkan dadah atau toksik dikecualikan.

32. POLIOMIELITIS

Diagnosis muktamad oleh pakar perunding neurologi mengenai jangkitan virus Polio yang mengakibatkan penyakit kelumpuhan yang ditandakan oleh gangguan fungsi motor atau kelemahan pernafasan. Kes-kes yang tidak melibatkan kelumpuhan tidak layak menerima faedah ini. Punca-punca kelumpuhan lain (seperti sindrom Guillain-Barre) dikecualikan secara khusus.

33. HIPERTENSI ARTERI PULMONARI UTAMA

Bermakna hipertensi pulmonari utama dengan pembengkakan teruk ventrikal kanan yang dipastikan menerusi pemeriksaan termasuk pengkateteran kardiak, mengakibatkan kerosakan fizikal kekal yang tidak boleh dipulihkan hingga sekurang-sekurangnya ke tahap Kelas III dalam klasifiksi kerosakan kardiak Persatuan Jantung New York, dan menyebabkan Orang Yang Dilindungi tidak berupaya menjalankan pekerjaan biasanya.

34. STROK

Ditakrifkan sebagai kemalangan atau kejadian serebrovaskular yang menghasilkan sekuela neurologikal secara kekal, selama tidak kurang daripada enam bulan. Ia termasuk infarksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari sumber di luar kranium. Diagnosis mestilah berasaskan perubahan-perubahan yang dilihat dalam imbasan CT Scan atau MRI dan disahkan oleh seorang pakar neurologi.

Dikecualikan secara khusus ialah gejala-gejala serebral disebabkan serangan iskemia singkat, sebarang kemerosotan neurologikal hasil iskemia yang boleh dipulihkan, iskemia vertebrobasilar, gejala-gejala serebral disebabkan migrain, kecederaan serebral akibat daripada trauma atau hipoksia dan penyakit vaskular yang menjejaskan mata atau saraf optik atau fungsi-fungsi vestibul.

35. PEMBEDAHAN AORTA

Menjalani pembedahan menerusi torakostomi atau laprotomi untuk membaiki atau membetulkan aneurisme aorta, penyempitan aorta atau penyumbatan aorta. Untuk tujuan definisi ini, aorta hendaklah bermakna aorta di bahagian toraks dan abdomen tetapi bukan cabang-cabangnya.

36. PENYAKIT TERMINAL

Orang Yang Dilindungi mesti mengalami satu keadaan, yang pada pendapat perunding perubatan berkaitan, kemungkinan besar akan membawa maut dalam tempoh 12 bulan. Orang Yang Dilindungi mestilah tidak lagi menerima rawatan aktif selain daripada ubat untuk melegakan kesakitan.

37. SINDROM APALIK / KEADAAN TIDAK BERFUNGSI

Nekrosis kortex otak menyeluruh yang tidak menjejaskan pangkal otak. Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar neurologi dan keadaan pesakit mesti didokumentasikan selama sekurang-kurangnya satu (1) bulan.

38. PENYAKIT CREUTZFELDT-JACOB DISEASE (MAD COW DISEASE)

Sejenis penyakit neurologi yang menyebabkan kelainan pada sel otak yang dikenali sebagai enkefalasi spongiform. Perubahan sel otak ini akan menyebabkan gejala –gejala seperti berikut;

a) kekejangan otot atau menggigil yang tak terkawal

b) dementia ( kehilangan kemampuan intelektual ) yang berterusan

c) gangguan fungsi otak pada bahagian cerebellum

d) athetosis ( pergerakan luar kawalan bahagian badan seperti tangan, jari, kepala dan lidah)

Diagnosis penyakit ini mesti disahkan oleh Doktor Pakar Neurologi dan dibuat berdasarkan keputusan ujian seperti EEG, CT Scan, MRI dan pemeriksaan CSF( cecair dari tulang belakang )

39. MYASTHENIA GRAVIS

Sejenis penyakit autoimun (gangguan pada sistem imuniti badan) yang menyebabkan kelemahan otot-otot utama badan. Penyakit ini mesti disahkan oleh seorang Pakar Neurologi beradasarkan keputusan ujian EMG dan Tensilon Test. Keadaan penyakit ini mesti disahkan oleh Doktor Pakar Perubatan sebagai penyakit yang menyeluruh walaupun telah menerima rawatan perubatan atau pembedahan yang optima. Pesakit seharusnya mempunyai kehilangan fungsi yang kekal sehingga menyebabkan ketidakupayaan menjalankan sekurang – kurangnya 3 daripada aktiviti harian seperti yang tersenarai (dengan atau tanpa bantuan), bagi tempuh masa 6 bulan yang berterusan.

Myasthenia Gravis pada bahagian mata sahaja atau yang disebabkan oleh penyakit tiroid adalah tidak layak untuk tuntutan.

40. LAIN-LAIN PENYAKIT KORONERI ARTERI YANG SERIUS

Penyempitan Lumen pada sekurang-kurangnya tiga (3) arteri utama ( tidak termasuk daripada cabang meraka) ke tahap minimum 60 peratus atau lebih dibuktikan oleh arteriographi koronari ( tidak termasuk prosedur diagnostik tidak-invasif). Koroneri Arteri disini merujuk kepada Arteri Sirkumfleks, Arteri Koranari Kanan (RCA), Arteri Menurun Anterior Kiri (LAD) dan Stem Utama sebelah kiri (penyempitan 60% atau lebih kepada Stem Utama sebelah kiri akan dianggap sebagai penyempitan dua (2) arteri utama. Faedah ini boleh dibayar tanpa mengira sama ada sebarang bentuk pembedahan koronari arteri utama telah dilakukan.

41. SKLERODERMA PROGRESIF

Sejenis penyakit kolagen sistemik yang menyebabkan fibrosis pada kulit salur darah dan organ dalaman. Diagnosis penyakit ini mesti disahkan sebagai menyeluruh melibatkan jantung, paru-paru atau buah pinggang dengan bukti ujian darah dan biopsi.

Keadaan berikut adalah terkecuali dari tuntutan:

? Scleroderma Setempat

? Fasitis Eosinofilik ( sejenis penyakit fibrosis setempat)

? Sindrom CREST ( sejenis penyakit scleroderma yang tidak menyeluruh)

42. KECEDERAAN SARAF BRACIAL PLEXUS YANG MENYEBABKAN

Kerosakkan pada kesemua bahagian saraf Brachial Plexus akibat kecederaan yang menyebabkan kelumpuhan menyeluruh , kehilangan refleks dan hehilangan deria rasa di bahu lengan. Diagnosis mesti disahkan oleh Pakar Neurologi berdasarkan ujian EMG / Nerve Conduction Studies ( dijalankan tidak awal dari sebulan dari tarikh kecederaaan). Kecederaan yang sengaja dilakukan pada diri sendiri atau kecederaan semasa kelahiran adalah terkecuali dari tuntutan.

43. PENYAKIT SISTIK MEDULARI

Sejenis gangguan buah pinggang keturunan yang progresif dimana terdapat kehadiran rongga berisi cecair (sista) di dalam medulla, tubular atrophy dan interstitial fibrosis dengan manifestasi klinikal anemia, poliuria dan kehilangan buah pinggang natrium yang terus berkembang mengakibatkan kegagalan ginjal kronik.Diagnosis haruslah disokong dengan biopsi ginjal.

44. TRAUMA KEPALA UTAMA

Kecederaan fizikal di kepala yang menyebabkan kepincangan fungsi yang ketara secara kekal selama tempoh minimum tiga (3) bulan dari tarikh trauma atau kecederaan. Hasil kepincangan berfungsi kekal ini hendaklah disahkan oleh pakar neurologi dan mestilah mengakibatkan Hilang Upaya Kekal untuk melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan sebagaimana ditakrifkan.

45. HILANG KEUPAYAAN UNTUK BERDIKARI

Pengesahan oleh Doktor Perunding tentang Kehilangan Upaya Berdikari yang berterusan untuk tempoh sekurang-kurangnya enam (6) bulan dan mesti mengakibatkan Hilang Upaya Kekal untul melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian kehidupan sebagaimana ditakrifkan.

46. SYSTEMIC LUPUS ERYTHEMATOSUS DENGAN LUPUS NEPHRITIS

Merujuk kepada ketidakseimbangan imuniti pelbagai system, sejenis gangguan autoimun dikategorikan dengan perkembangan antibodi semulajadi, yang ditujukan berlawanan kepada beberapa antigen sendiri.

Di dalam konteks Sijil Takaful ini, SLE adalah merujuk kepada systemic lupus Erythematosus, yang melibatkan buah pinggang (Jenis 111 kepada Jenis V Lupus Nephritis, yang dipastikan melalui biopsy buah pinggang). Jenis-jenis lain discoid lupus dan hanya melibatkan haematology dan sendi dikecualikan.

Klasifikasi Lupus WHO

Kelas 1 – Perubahan Minima glomerulonephritis

Kelas 11 – Mesangial glomerulonephritis

Kelas 111 – Segmental Focal glomerulonephritis

Kelas IV – Diffuse glomerulonephritis

Kelas V – Diffuse glomerulonephritis

Friday, October 17, 2014

Karnival HalalTech Ipoh

Tempat : Kawasan Perindustrian Ulu Kinta
Tarikh : 17 - 19 Oktober 2014

Pada semua orang- orang Ipoh dan juga yang berdekatan dimaklumkan terdapat 1 karnival Halal. Pelbagai produk- produk halal dan toyibah dijual disini. Baru sahaja pergi dan pelbagai jenis makanan dijual disini disamping tudung dan pakaian.
Bagi saya karnival ini amat bagus untuk kita mengenali produk- produk makanan yang dihasilkan oleh umat Islam yang diyakini halal dan suci. Jom datang beramai- ramai

Monday, October 13, 2014

Cerita rumah | laman saya

Salam. Hari ini teringin update blog. Lagi2 ada pertandigan laman dengan susunatursioca. Kira ada rezeki...dapatlah hadiah. Hehehe sesiapa yang berminat boleh join gak. Sehingga Oktober k... dan samping itu saya suka juga untuk bertukar tukar pandangan dan idea... lagi- lagi DIY.
Laman ni saya dan chiq dina yang buat. Kami buat sendiri je. Takde upah orang. Jadi korang kena anggap dari sudut amatur je ek.

Pokok bunga semua adalah diambil dari rumah mak saya. Yang beli hanya rumput dan pokok herba. Ada 3 bahagian yang kami buat. Di hadapan terdapat 2 bahagian iaitu rumput dan pokok hiasan.  Di bahagian belakang pula dikhaskan dengan tanaman herba dan sayur- sayuran seperti daun pandan, pokok daun kari, lengkuas, dan serai.
Jadi korang tengok la hasil dekorasi husband and wife ek

Tuesday, October 07, 2014

Salam aidiladha 2014 / 1435 H

Salam Aidiladha dari saya dan sekeluarga. Tahun ini giliran rumah mak mertua. Disamping itu saya juga dapat membuat korban di rumah opah bersama-sama dengan saudara mara sebelah ayah. Alhamdulillah... dikesempatan ini saya mengucapkan Salam Aidiladha kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam khususnya dan kepada Jemaah Haji,  semoga mendapat haji mabrur.  Amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...