wah! best!

Followers

Jom klik

Monday, June 30, 2014

Kisah klinik kesihatan Kg. Simee

Hari ini entri pasal klinik pula. Kenapa? Sebab tuan blog kena g klinik hari ini juga selepas belakang badan sakit.  Dari hari Sabtu sehingga hari ini, masih lagi sakit. Tak pasti apa puncanya tetapi mungkin sebab kemas rumah.

Ramai sungguh umat hari ini. Dari jam 8.30 hingga sekarang, 9.37 belum lagi bertemu doktor. Harapan semoga dapat jawapan doktor yang positif..  cuma sakit biasa. Amin

Saturday, June 28, 2014

Tahniah Perak

Salam. Entri ini sepatutnya hari Rabu yang lepas. Tapi ini baru nak post . Last game untuk Liga Super, saya bawa family pergi menonton bola sepak Perak lawan Pahang di Stadium Perak . Masuk pun lewat gak, separuh masa kedua. Keputusan adalah Perak 3 Pahang 0.

Yang bestnya inilah kali pertama chiq dina tengok bola di stadium.  Ish ish ish. Begitu juga dengan Amni. Siap make up lagi..


Wednesday, June 18, 2014

Hari ini 1kwh

Hari ini selepas  habis kokurikulum, aku terus kerumah sebab telah berjanji dengan Mr. Lam untuk berbincang sesuatu. Beliau seorang yang bertanggungjawab sebab memang tepat 4.30 beliau sampai dirumah.
Tapi motif entri ni bukan berkenaan dengan Mr. Lam,  ia berkenaan dengan elektrik. Setelah 8 hari meter elektrik dipasang, aku menerima bil pertama dan bayaran yang perlu dijelaskan adalah 80 sen.  Itu asalah purata sebulan jika kita pernah menggunakan.  Hari ini meter elektrik dah bergerak ke angka 1... untuk pengetahuan 1kwh bersamaan 22 sen.
YEAH.... dah lepas dari 0.. tak perlu bayar elektrik. . Sebab kerajaan kan tanggung.

Thursday, June 12, 2014

Selamat Hari Lahir Jun 2014

Bulan ini dan hari ini, hari lahir mak aka opah.... rezeki saya dapat baucer rm50 dari Secret Recipe... terus cadang beli kek.

Petang tadi saya dan anak singgah sebentar ke AEON Ipoh Garden. .. dan pilihan Amni tentunya chocolate indulgence...

Selamat Hari Lahir buat ayah, mak, dan Amni... semoga panjang umur dan murah rezeki.. Amin

Monday, June 09, 2014

Kenduri di Johor Bahru

Salam...
Minggu ni saya dan keluarga singgah ke Johor. Kami bergerak dari Ipoh jam 9 pagi. .. berhenti di RNR Sg. Buluh dan RNR Ayer Keroh. ..lepas tu terus ke JPO
Jam 6.30 petang baru gerak ke homestay yang terletak di Tmn. Universiti, JB. Alhamdulillah. . Selamat sampai.
Malam tu pun ada majlis dirumah pengantin dan esoknya ada kenduri. Jom layan gambar

Klik sini untuk lebih gambar

Wednesday, June 04, 2014

Cerita saya | ubahsuai rumah

Salam.
Ni dah masuk 2 bulan dah selepas mendapat kunci rumah. Namun sehingga sekarang tak ada elektrik kerana belum mendapat surat kebenaran dari pemaju dan TNB.

Dalam tempoh dua bulan juga pelbagai cabaran dan dugaan yang datang. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Bermula dengan elektrik, grill dan seterusnya air. Kalau difikirkan boleh buat stress.

Jadi sebagai panduan, pertama pasang grill. Jika boleh buat survey 2 3 kedai la. Lagi cantik tunggu jiran buat ...dan tengok hasilnya. Kata orang lagi baik paku dari dalam sebab susah orang nak buka walaupun tak kemas.

Kemudian berkenaan dengan wiring. Alhamdulilah tak buat awal awal dan terima kasih kepada kawan saya Zahir ... yang banyak memberi cadangan yang menjimatkan.

Kemudian cat. Saya cat semula rumah dengan sendiri sebab cat yang diberi berhabuk apabila ditiup. Ni pun syukur iuga sebab pernah mengecat rumah mak. Tak ada le kekok cuma penat. Modal untuk 1 rumah pun rm600 ke rm700.

Setakat ini, itu sahaja yang saya buat. Ooo lupa pili air kt luar pun dah buat...

Harap pemaju dapat betulkan segala defect rumah kami.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...