wah! best!

Followers

Jom klik

Friday, December 23, 2011

Menu makan tengahari

Alhamdulillah, kenyang perut dengan nikmat rezeki yang Allah berikan. Terima kasih kaum ibu yang memasak pada hari. Menu pada hari ini adalah, dagingkari, paru goreng, sup bebola ikan, pucuk paku goreng, petai, sambal kuining, ayam masak merah, dan kerang rebus.

Selera sehingga menjilat jari.. selamat menjamu selera semua. Makanan yang baik adalah makanan yang sihat dimasak dari rumah.hehehe

Adib dan gambar Canon Powershot SX30 IS

Salam ....

Pagi ini saya akan meletakkan gambar yang dirakam oleh Ahmad Adib. Siapa Adib? Anak saya yang sulung dan baru berumur 3 tahun. Kanak-kanak memang suka meniru aksi yang dilakukan atau yang dilihat disekitarnya terutama ibu bapanya kerana merekalah yang paling hampir dan rapat dengannya. Tidak hairanlah kadangkala Adib suka membuat aksi Ultraman kerana itulah cerita kegemarannya. Jom kita lihat gambar yang dirakam oleh Adib.

pagi-pagi mengadap laptop

Thursday, December 22, 2011

Hadiah dari mohd.zaid.com

surat dari mohdzaid.com


Salam semua. Masih tidur lagikah? Semalam hujan lebat sehingga awal pagi tadi di Ipoh. Pasti semua tidur lena semalam: hehehehe

Hari ini saya nak cerita mengenai hadiah yang saya terima dari mohdzaid.com. Hadiah dah lama terima namun minggu lepas baru dapat ambil setelah balik ke rumah dan minggu ini baru dapat nak menaip disini :)

Ia adalah hadiah atas kemenangan pada entri ini. Hadiah yang saya terima adalah satu hosting EBIZ Beginner dan voucher minyak BHP RM10.00. Disamping itu business card mohzaid.com. Memang simple dan menarik. Tertanya-tanya juga bagaimana dia mendapat pendapatan dari berblog.

Hosting itu saya memang rasa bersalah. Ia sebenarnya hadiah untuk isteri, namun setelah menggunakannya dan isteri telah membeli domain, hosting tidak dapat digunakan. Sebabnya adalah tak reti nak design website!! Akhirnya hanya guna domain dan blogspot sahaja. :(

Voucher minyak telah digunakan. Saya memang pengguna minyak BHP setelah menggunakan kredit kad UOB. :)

Akhir sekali saya letakkan gambar dan juga ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak atas hadiah tersebut :)

Duit Baru Malaysia





Salam semua. Adakah anda dengar mengenai duit baru yang akan dikeluarkan oleh Bank Negara. Diatas adalah duit yang akan dikeluarkan pada 21 Disember 2011 (Rabu) dan ini adalah link untuk tayangan video.

Sekian

Wednesday, December 21, 2011

Cuti-cuti Teluk Batik #2

Salam semua.


Pernah pergi Teluk Batik?Mesti pernahkan terutama orang Perak. Dulu saya pernah buat entri mengenai Teluk Batik. Masa itu hanya Adib seorang sahaja. Sekarang dah masuk seorang lagi, iaitu Amni. Dalam masa yang sama, ada lagi seorang dalam perut :)

Tuesday, December 20, 2011

Sunday, December 18, 2011

Tempoh 15 hari untuk pilih SBPA atau kekal dalam SSM – Metro

PUTRAJAYA - Kira-kira 1.4 juta penjawat awam diberi tempoh selama 15 hari mulai 16 hingga 30 Disember ini untuk memilih kekal dalam sistem saraan lama atau menerima sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang menawarkan kenaikan gaji lebih baik.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah (gambar) berkata, selepas tempoh itu penjawat awam tidak lagi dibenarkan menukar sistem saraan dan mereka yang tidak memilih SBPA kekal dalam SSM (Sistem Saraan Malaysia) yang sedia ada.

“Berdasarkan penyusunan gaji, kita percaya sebahagian besar penjawat awam akan memilih SBPA yang menawarkan pelbagai faedah dan insentif lebih baik.

“Bagaimanapun kita tidak akan memaksa penjawat awam memilih SBPA kerana mereka yang bekerja dan perlu menentukan pilihan sendiri,” katanya pada sidang akhbar Pelancaran Pekeliling SBPA di pejabatnya di sini semalam.

Katanya, penjawat awam yang memilih SPBA berpeluang memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus mulai tahun depan dan pelbagai faedah lain.

Friday, December 09, 2011

Laju ke tak laju



Salam pagi Jumaat. Semoga kita semua dilindungi olehNya dan diberi keceriaan dan kesejahteraan. Pagi ini saya dah sembang pasal laju. Bukan laju kereta atau motor tapi kali ini kita nak lihat kelajuan internet rumah atau broadband anda.

Alhamdulillah, setelah meng'ayat' ibu untuk memasang WIFI TMNET, akhirnya rumah saya ada juga WIFI!!! Walaupun ibu saya mengambil pekej RM60.00 namun bagi saya sesuai untuk ibu melayari facebook, blog dan lain-lain.

Bukan selalu nak tengok youtube macam Adib. Asyik dengan Ultraman Max je.. Sekarang dah pandai cakap, nak duduk Ipoh tak nak balik Sungai Besar. hehehehe... Alhamdulillah, Adib juga dapat masuk pra sekolah pada tahun hadapan. Doa agar Adib menjadi orang yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan dunia. Amin

p/s: Jika anda nak tahu prestasi internet anda, sila klik DISINI.

update:

ni hasil dari YES

Thursday, December 08, 2011

Cuti-cuti kahwin

Salam semua. Apa cerita kali ini...? Tentulah mengenai musim kahwin! Alhamdulillah semua dah selesai dan disini saya ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada adik saya, Mohd Erwandy dan Fariha.

Tuesday, December 06, 2011

Jenis-jenis sakit kepala

Salam.

Hari ini baru rasa lega. Dari semalam sakit kepala teramat sangat sehingga terpaksa menelan ubat panadol dan  muntah. Semalam pun tidur diluar sebab teras panas dalam bilik. Apabila bangun pagi, masih lagi terasa sehingga keluar muntah kuning. 

Thursday, December 01, 2011

Pantun Semanis Kurma

Gigit jari terasa sakit,
Wahai isteri jangan mengukit

credit: Mr. Google

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...