wah! best!

Followers

Jom klik

Thursday, January 17, 2013

Ariel tv pun jadi mangsa

Semalam tiang dalam rumah pecah. Hari ini nasib baik bosnya datang dan tengok. Memang nampak sedikit terkejut. Mungkin tak sangka boleh pecah sampai macam itu. Lepas itu tak tahu apa mereka cakap terus Seorang abang bawa simen dan tampal. Itu selepas aku dan keluarga dah balik rumah.

Sebelum sampai rumah, aku dah terkejut lagi sekali. Artikel rumah aku ada ditiang rumah hadapan. Ingat ini rumah setinggan ke? Terus aku tanya ariel ini boleh digunakan ke. Seperti biasa, BIG man ( seorang lelaki yang aku rasa kepala mereka) kata boleh guna..boleh guna.. Nanti saya pasang di hadapan. Ok lah, sebab dah balik lambat, nak bersiap siap untuk solat aku masuk rumah dulu.


Lepas selesai kewajipan, aku buka tv dan ada gangguan sedikit. Aku rasa kena buat sesuatu. Nasib masa itu bos dia ada. Aku lihat secara dekat, sebahagian ariel ada yang telah patah. Kayu yang aku buat jadikan tiang pun patah!

Aku tanya bos dia ini macam mana? Terus bos dia tanya BIG man. BIG man cerita macam mana kejadian itu berlaku dan nanti dia akan GAM balik. Gila ke... Mana nak gam. Benda plastik. Tiup dek angin jatuh la,

Aku tak tahu akan datang macam mana. Nasib baik kereta tak ada di rumah kecuali motor sahaja. Kalau tak , kereta pun jadi mangsa. Kita tunggu dan lihat apakah kesudahannya. Walau apa pun berlaku, aku yakin itu kehendakNya dan ada hikmahnya.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...