wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, May 26, 2012

New ipad dah nak sampai

baru tadi check track ipad baru saya dan selamat berada di Malaysia pada hari semalam 25hb Mei 2012. Sekarang sedang menanti abang pos laju hantar sekolah. Harap harap hantar hari ini. boleh melepas geram setelah semalam kereta dah ambil rm330. uhuhuhuh Wayar sensor rosak. Nasib baik tak jauh dari rumah lagi.

Selepas ini, jika bukan barang milik kita janganlah kita buat tanpa kebenaran tuan empunya. Jadi sekarang saya serah kembali kereta tersebut kepada tuannya. Sekarang saya cuma ada LC135 sahaja. hehehehehe ok gak.. lama tak konvoi pun.

Adios ambigos.. salam

Thursday, May 24, 2012

Track shipment new ipad


Salam. Syukur pada Allah. Baru tadi lihat laman web Apple untuk mengetahui status terkini ipad 3 yang baru saya order.

Sekarang ipad 3 telah pun dihantar dari China ke Kuala Lumpur oleh DHL Express. Untuk makluman, kilang Apple berada di China dan di Malaysia cuma ada kedai sahaja. Jadi disebabkan saya telah menulis graving, kemungkinan hari Isnin baru sampai.

Setakat ini saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan penghantaran yang disediakan. Harap esok ipad 3 sampai di Sungai Besar ;)

maklumat lengkap dari DHL Express

tunggu ipad 3rd generation

Semalam baru sahaja order ipad secara online. Itu pun jenuh fikir beribu-ribu kali. Dalam kepala nak ambil aje Galaxy note. Tapi selepas membuat analisis antara samsung dan apple akhirnya keputusan muktamad dan saya pun order secara online.

Kenapa online? sebab ini adalah kali pertama saya membeli produk apple, jadi saya berminat nak letak graving pada ipad saya. Graving itu apa? Tulisan yang kekal ( dengar kata tulisan titanium) di belakang ipad 3 tersebut. Saya tulis nama saya dan nama blog saya ;)

Sekarang saya dok mencari accesories untuk ipad. hehehehe bukan senang gak nak ada ipad. Masuk peraduan tak pernah dapat pun.  Jadi beli aje dulu. Lagi satu saya boleh guna dalam kelas pemulihan. Nak tunjuk gambar kan senang. Maklumlah laptop dah tak ada. OOO banyak cerita nak tulis.. nanti ada ipad saya boleh update selalu

Ok saya nak kuar... saya rasa saya dah merapu banyak. selamat malam

Saturday, May 19, 2012

KEPUTUSAN E GTUKAR BAGI GURU

Dimaklumkan bahawa keputusan EGtukar guru bagi Kementerian Pelajaran Malaysia akan diumumkan pada hari ini, 19 Mei 2012. Sila layari laman web



p/s: Semoga mendapat khabar berita yang baik dan tahniah saya ucapkan. Bagi yang tidak berjaya, simpati saya ucapkan namun yakinlah Allah lebih Mengetahui dari kita... pasti ada hikmahnya. Amin

Wednesday, May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU 2012

GURU INOVATIF MELONJAK TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Tema guru pada tahun ini amat memberi cabaran kepada semua guru-guru di Malaysia agar sentiasa berusaha menggerakkan minda dan idea agar dapat melahirakan insan modal kepada generasi akan datang.

Sebagai seorang guru, cabaran dan dugaan dalam mengharungi sistem pendidikan begitu terasa namun kecintaan kepada murid agar dapat menjadi pemimpin pada masa akan datang menghapuskan penat dan lelah semua guru -guru.

Dikesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia khususnya guru-guru saya di St. Michael Ipoh (1986 -1997). Terima kasih cikgu...

Saturday, May 12, 2012

Selamat hari ibu... tiap-tiap hari ibu ;)

Seperti yang sedia maklum hari ini diisytiharkan bahawa  Hari Ibu namun setelah mendengar  ceramah Ustaz Idrus bahawa umat Islam tidak digalakkan menyambutnya jadi saya tak membuat ucapan  kepada ibu saya.

Wednesday, May 09, 2012

TERIMA KASIH MUHAMAD AMMAR

Add caption
Alhamdulillah akhirnya saya telah memiliki no wakil MAA TAKAFUL dengan rasmi. Semalam saya telah mendapat nombor wakil dan juga kata laluan serta mempelajari bagaimana untuk mendaftarkan pencarum secara online.

Walaupun saya rasa terlambat untuk mendapat kesedaran ini, namun saya akan mewar-warkan kepada anda semua betapa pentingnya takaful dalam kehidupan di muka bumi ini. Dan ia telah berlaku kepada keluarga saya sendiri. Namun syukur kepada Allah kerana dengan izinNya saya dan keluarga masih dapat meneruskan kehidupan ini bersama.

Seterusnya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sepupu saya, Muhamad Ammar kerana menjadi pelanggan pertama saya. Sekarang ini pun saya sedang mengisi permohonannya secara online. Masih lagi dalam pembelajaran dan asyik tersangkut je. uhuhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...