wah! best!

Followers

Jom klik

Sunday, November 30, 2014

Main buih belon

Pagi ni bawa diaorang pergi padang polo. Riadah di padang polo pun jam 9.30 pagi. Memang lewat tapi sebab dah janji pergi je.
Asal ajak main bola tapi ibunya belanja main belon buih. Banyak kiosk yang dibuka disini untuk permainan belon.
Harga 1 bekas kecil rm2... ok la.. kalau besar lagi lambat habis. Huhuhuhu

Thursday, November 27, 2014

Guli oh guli

Salam. Korang ingat lagi ke zaman kanak2. .. masa saya tahun 80 an... tahun rock kapak..yeah yeah !!! Masa tu senang kot nk cari guli  kedai runcit pun ada. Main pun ngan sepupu sepapat... siapa yang hebat, dapatlah guli yang banyak.
Kenangan tak boleh lupa bila adik yang ambil bawa balik kampung ... lepas tu abis.. sebab dia kalah. Tu la... cepat zaman berlalu.
Sekarang zaman adib. Memang akan bagi dia rasa permainan yang melibatkan psikomotor. Biar aktif dan selalu support games yang dia nk ceburi.






Thursday, November 20, 2014

Tabika Kemas Perak Berselawat

Pada hari ini telah diadakan program  Tabika Kemas  Perak Berselawat di Stadium Indera Mulia Perak. Penyertaan seramai 1580 murid tabika dari seluruh Perak telah berjaya mencatat sejarah apabila Malaysia Book Of Record mengesahkan sebagai penyertaan yang paling ramai bagi kategori Tabika.
Adib pun menyertai dan dalam pertandigan mewarna mendapat tempat ke 10 dari 100...Alhamdulillah

Thursday, November 06, 2014

Terima Kasih Nuffnang

Alhamdulillah...  dari berblog ini dapat juga rezeki yang tak disangka. Terima kasih Nuffnang ... nak lagi gempak tak reti... jadi terima aje la dengan blog yang dah berusia 3 tahun ni...

Wednesday, November 05, 2014

Mudahnya mengemas rumah

Alhamdulillah.... saya baru terima hadiah dari susun atur sioca..ni hadiah dari cabaran bulan september dan oktober- laman / garaj.
Saja masuk sebab kebetulan memang baru buat laman dirumah sendiri. walaupun tahu laman saya ni baru berusia 3 minggu..
Rezeki juga saya kerana dalam ramai2.... saya antara pemenangnya. Nak jadi cerita memang chiq dina pun berkenan nakkan buku ini.
Terima kasih kepada susunatursioca dan juga penaja. AMIN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...