wah! best!

Followers

Jom klik

Friday, January 18, 2013

Bantu membantu amalan mulia

Syukur padaNya kerana membantu saya melalui pengalaman yang baru pada hari ini. Tanpa izinNya pasti saya tak dapat melakukannya. Pagi tadi berlaku satu kemalangan sebelum lampu isyarat JPJ. Kawasan tersebut memang gelap dan nasib baik saya menggunakan laluan sebelah kanan.

Jam 6.50 pagi dan semasa memandu dikawasan itu saya melihat sebuah lori treler sedang hendak memasuki laluan jalan raya . Dari jauh dah nampak, saya ikut laluan kanan dan dalam masa yang sama saya nampak sebuah motosikal Yamaha Ego tersadai ditepi dan ketika itu juga nampak kelibat orang di atas jalan raya.

Terus saya dan Chiq Dina bertanya macam mana dan saya membuat keputusan untuk menghantar Chiq Dina ke tempat kerja dahulu dan mengambil no plate lori tersebut. Perlu hantar segera, nanti kena panggil dengan GB. Selepas hantar Chiq Dina terus saya pergi ke tempat kejadian.

Alhamdulillah dan nasib baik rakyat Malaysia masih prihatin. Ada beberapa penunggang motosikal yang berada disini mangsa tersebut. Saya tak dapat bayangkan bagaimana jika tiada orang yang menjaga dikawasan tersebut. Pasti kena lenyek seperti binatang.

Saya cuma dapat menjaga lalu lintas dan menelefon polis untuk memberi maklumat yang saya nampak. Kereta masa itu memang laju. Lori, kereta, motosikal kesemuanya memandu melebihi had. Pada pandangan saya la.

Saya pelik juga sikap pemandu Malaysia. Saya dah letak tanda amaran tiga segi tapi masih ada juga yang nak bawa laju. Bukan lelaki, tapi ibu atau mak yang sedang bawa anak ke sekolah. Harap lain kali kalau tak nak tergesa gesa, silalah siap awal dan mata tengok depan.

Selepas polis dan ambulans datang, saya pun bergegas ke sekolah dan saya memang masuk lambat hari ini. Hehehehe maklumat yang saya dapat , mangsa adalah pelajar sekolah menengah, seorang lelaki Cina dan memakai topi keledar setengah. Saya tak tahu sama ada dia melanggar lori yang parking ditepi atau bergesel dengan lori tersebut.

Jadi sebagai peringatan, berhati hati ketika memandu di jalan besar dan jangan memakai topi keledar setengah ek. Tu main skateboard boleh la.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...