wah! best!

Followers

Jom klik

Sunday, September 28, 2014

Pertandingan mewarna di Angsana Mall

Pagi tadi Adib ada pertandingan mewarna di Angsana Mall. Ini adalah salah satu acara yang diadakan sempena Hari Kraf Malaysia. Pada yang berminat boleh pergi ke Angsana Mall sehingga 3 Oktober 2014. Ada pelbagai baju batik dari seluruh Malaysia.  Ukiran kayu dan bekas tembikar juga ada dijual.

Thursday, September 25, 2014

PENETAPAN HARI CUTI UMUM BAGI NEGERI PERAK

2.  Dengan ini dimaklumkan bahawa tarikh 27 November 2014 (Khamis) adalah Cuti Umum Negeri Perak bersempena Hari Ulangtahun Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Magfur-Lah Perak.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Sumber : PPD KUALA KANGSAR 

Sunday, September 21, 2014

Cerita malam kahwin #khairulfatin

Biar gambar berbicara. Disamping itu diucapkan Selamat Hari Lahir kepada Farisha dan Irdina. Semoga menjadi anak yang solehah. AMIN

Cerita rumput | DIY

Apabila minat dan semangat nak buat itu datang, tengah hari pun sanggup buat kerja. Itulah yang berlaku pada musim cuti sekolah ini. Tanam rumput.
Dah lama survey dan bertanya harga untuk pasir dan bata. Sekali jumpa 1 kedai hardware Mikardo di Chemor yang menjual dengan harga RM 45 sahaja. Jika tidak paling murah rm50 bagi 1 ela. 1 ela adalah 1 skop buldozer. Apabila dah beli, elok pula jumpa rumput kat jalan Kuala Kangsar dengan harga RM 2.50 . Kualiti peratus tutup 80 - 90 %.
Jom saya bagi tips DIY tanam rumput. Idea ini  dari laman sesawang, facebook dan bahan bacaan yang lain serta nurseri di ipoh. Dalam banyak- banyak tips, saya suka dengan kedai porcealin Jalan Kuala Kangsar.   Antara langkah- langkah yang saya buat :
1. Lapikkan plastik hitam dan membuatkan lubang kecil supaya air boleh keluar. 
2. Taburkan pasir dan buangkan batu- batu kecil supaya senang untuk kita memotong rumput. Tujuan adalah untuk membuatkan kawasan rata dan sama tinggi.
3.Setelah selesai membuat tapak, baru boleh letakkan rumput. Saya beli dan letakkan rumput rapat- rapat kerana saya dah lapik plastik. Jadi lepas ni susah la rumput jahat dari tanah akan naik. Kecuali jika burung dan angin yang membawa benih rumput liar.
4. Selesai sudah....

Saturday, September 20, 2014

DIY plastik cermin tingkap rumah

Salam semua . Cuti sekolah pun nak habis. Dapatlah duduk rumah sendiri masa cuti sekolah. Namun apabila duduk rumah sendiri 1 hari suntuk, baru perasan. Tingkap yang berwarna hijau (tinted) masih boleh dilihat dari luar.
Jadi mula la membuat research, dan akhirnya membuat keputusan untuk tintedkan tingkap secara DIY. Senang je sekarang... pergi je Mr. DIY. Dah lama perhatikan dan kami pergi DIY di Ipoh Parade. Itulah DIY yang luas dan besar di Ipoh.
Harga plastik tingkap itu RM22.00 . Lupa plak berapa panjang dan lebar. Untuk tingkap rumah saya, boleh letak sebanyak 10 cermin. Yang ke 10 itu..tampal separuh- separuh. Sebab tak cukup untuk 1 cermin.
Bahan- bahan yang diperlukan, pisau, gunting, scraper, pembaris, pensil dan penyembur sabun.
Mula mula bersihkan cermin dengan penyembur dan bersihkan dengan scraper.  Kemudian letakkan plastik tinted dan ambil ukuran. Selepas itu potong.
Setelah dapat potongan yang sesuai, jangan lupa buka lapik plastik. Korang pernah tengok kedai tinted pasang kat kereta tak? Sama le prosesnya. Ada selapis plastik nipis yang perlu dibukakan. Selepas itu spray air sabun ke plastik yang hendak ditampal.
Dah spray, kita tempek plastik ke cermin dan gunakan scraper untuk membuang air sabun dan udara antara plastik dan cermin. Memandangkan buat sendiri, nak perfect tak dapatlah. Asalkan cermin tersebut tidak telus dari luar ke dalam rumah. Jadilah. Saya memerlukan 3 roll untuk membuat tigkap di dapur dan bilik stor. Asalkan matlamat tercapai. .saya puas hati

Selamat Pengantin Baru #khairulfatin

Dikesempatan ini along sekeluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kerol dan fatin. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Sabar dan kuatkan semangat dalam menghadapi cabaran dan liku liku kehidupan dalam rumahtangga.  Amin

Sunday, September 14, 2014

Cerita modem TP Link dan kilat

Salam semua. Apa khabar? Memang terasa apabila tiada internet di rumah. Bukan main susah nak update blog, facebook, ig dan lain lain lagi. Dari hari Khamis malam Jumaat sehingga hari ini baru ada internet. Punca apabila adib hanya tutup suis plug dan tidak mencabut kabel internet.
Malam itu dah perasan internet tak ada. Esoknya terus pergi ke TM Point di Ipoh dan perkara yang tak nak berlaku.. Telah berlaku. Modem dah tak boleh guna.
Pagi Jumaat itu terus ke Yik Foong... Lubuk IT dan terus ambil modem jenis TP Link. Itu pun lepas tanya Bad Ah Siong. Ingatkan dah selesai. Sampai rumah tak boleh juga ada internet. Modem berfungsi seperti biasa tetapi tiada capaian internet. Terus buat aduan pada TM dan dalam masa 24 jam akan ada kontraktor yang datang untuk pemeriksaan.
Hari Sabtu pula dalam sibuk nak bertanya berkenaan dengan rumput, kontraktor itu telefon. Tapi tak angkat sehingga saya telefon kembali. Janji datang hari Ahad jam 10 pagi. 
Hari ini dia datang , dan kata ini masalah modem.( setting) . Oleh kerana produk ini bukan dari TM akan dikenakan bayaran RM30.00 . Mak ai.. Benda nak set je. Jadi saya pun kata tak apa...
Pergi telefon kedai 5G, dan dia suruh set di kedai Ipoh Parade. Salesman itu cuma set balik yang baru dan hanya tukar vci... Terus cuba dikedai dan internet boleh digunakan. 
Smpai rumah terus pasang.... Tapi masalah yang sama juga terjadi. Tergerak nak set sendiri. Beria ria pasang laptop dan modem sebelah menyebelah... Kabel plak terus ke modem... Baru nak buka dah ok. Alhamdulillah...jadi cara penyelesaian... Saya tak pasti. Kemungkinan kabel...
Jadi boleh sibuk sibuk ambil gambar.... Untuk letak dalam IG... Follow saya #hasmardy



Friday, September 05, 2014

Chicky Tots | Hari Lahir Adib

Masa hari lahir adib yang ke 6 auntie bawa adib dan amni ke chicky tots. Ia terletak dihadapan AEON ipoh Garden. Kalau nak masuk, masuk dari pintu hadapan dan terletak berhampiran dengan DIY.

Tempat ini memang sesuai untuk kanak-kanak bermain. Kawasan yang selesa. Harga plak rm20 seorang bagi hari cuti umum dan rm15 untuk hari biasa.  Jika datang jam 8.30 malam, akan dapat diskaun 20%.

Buah larah dan durian bukit

Sejak chiq dina kerja atas bukit...selalu bawa balik buah buahan. Hari ni special sebab ada buah larah. Tak pernah makan pun. Tapi durian memang besar. Sedap...

Thursday, September 04, 2014

14 penyakit berkat

1.  Hasad dengki dan mengumpat
2. Berhias secara berlebihan.
3. Datang lewat tanpa kebenaran.
4. Menggunakan masa kerja untuk hal-hal peribadi.
5. Curi tulang, melalaikan tugas.
6. Banyak beralasan yang tidak munasabah.
7. Angkuh dan sukar bekerjasama.
8. Menipu dalam tuntutan perjalanan dan kerja lebih masa.
9. Menggunakan kemudahan untuk keperluan peribadi.
10. Pencampuran bebas antara lelaki dan perempuan.
11. Pulang sebelum masanya.
12.  Memberi dan menerima rasuah.
13. Tidur pada waktu kerja.
14 bertindak tanpa mengikut arahan ketua.

* sebagai rujukan. Sumber dari FB

Tuesday, September 02, 2014

Salam merdeka yang ke 57

Salam dan tahniah kepada Malaysia yang menyambut merdeka ke 57. Semoga Malaysia akan terus aman dan mengekalkan budaya Malaysia.
Hari Ahad tersebut sempat bawa keluarga meraikan kemeriahan sambutan merdeka di hadapan stesen keretapi Ipoh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...