wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, November 29, 2011

Bonus tambahan RM500

Salam semua. Dah hampir seminggu cuti sekolah, tapi tak rasa seminggu. Begitu cepat masa berlalu. Amat rugi bagi umat yang lalai. Semoga kita semua sedar akan tanggungjawab dan amanah sebagai khalifah dimuka bumi.


Sunday, November 27, 2011

seminggu lagi

Salam Maal Hijrah 1433

Pasti rmai yang tengok bola Malaysia lawan Bahrain. Keputusan 3-2 memang mengejutkan namun itu adat permainan. Jika kita sentiasa menjaga stamina dan permainan serta berusaha keras pasti akan berjaya dengan izinNya.

Cerita saya pula tak ada kena mengena dengan bola sepak. Cuma nak bercerita mengenai adik yang bakal berkahwin pada minggu hadapan. Alhamdulillah semua persiapan hampir selesai dan harapan agar semua berjalan lancar.

Adib dan Amni pun bukan main seronok dapat bermain dengan sepupu-sepupunya. Kalau duduk di Sungai Besar asyik dengan baba dan ibunya sahaja. Nanti saya akan upload aksi-aksi mereka juga k.

Disini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu meringankan beban tugasan sepanjang persiapan ini. selamat malam.... :)

Thursday, November 24, 2011

penat yang tak terhingga

Tak tahu nak kata apa. Penat betul nak buat persiapan kahwin. Bukan saya yang kahwin, tapi adik. Tiap tiap hari pasti akan keluar untuk beli barang. Bukan senang nak jadi senang. hehehe macam macam  perlu dibuat walaupun dah buat list. Petang tolong packing kerepek pula. Malam terus penat.

Walaupun penat, riadah bersama kawan-kawan tidak dilupakan. Lepas gian bermain sepaktakraw walaupun  hanya menggunakan kasut getah :)

Banyak yang ingin diceritakan, lebih pada Adib dan Amni yang semakin hari semakin aktif. Baba pun tak larat dah. :) Jumpa lagi.. salam

p/s: berminat klik disinic

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah pasukan bola sepak Malaysia!!!

Alhamdulillah syukur kepada pemain Malaysia yang telah berjaya menyumbang pingat emas untuk Malaysia. Tiada apa yang dapat digambarkan selain kegembiraan atas kejayaan mengalahkan tuan rumah Indonesia yang sememangnya hebat dan pantas.

Monday, November 21, 2011

Senarai pemenang REV UP & WIN CONTEST OCTOBER 2011

Alhamdulillah, syukur kepadaNya atas rezeki yang telah diberikannya.

Baru-baru ini Petronas telah mengadakan peraduan kepada pengguna motosikal yang menggunakan minyak 4T Petronas. Peraduan telah berlangusung selama 3 bulan bermula dari Oktober sehingga Disember.  Jika anda ingin menyertai pertandingan tersebut sila layari www.mesra.my.

Sunday, November 20, 2011

Selamat bercuti dari Sungai Besar-Tangkak-Nilai-Kajang-Ipoh

Salam

Dah rasa terlambat nak buat entri ini. Sebenarnya akhir-akhir ini banyak kerja yang perlu dilakukan. Ada ke esok nak cuti baru bagitahu kena masukkan data buku perpustakaan dalam tempoh 2 minggu? Orang dah nak balik kampung, adik ipar bertunang dan lain-lain lagi. Semua itu telah dirancang. Aduh masalah kalau dapat sekolah macam ini. Waktu murid tahun 6 dah habis UPSR tak ada pula nak buat.

Wednesday, November 16, 2011

Ku hadiahkan 3 lapisan emas buat isteriku

Salam semua. entri kali ini khas untuk isteri-isteri dan wanita-wanita sekalian. Mintalah pada suami anda emas-emas yang pasti mudah anda perolehi jika anda mengikuti langkah langkah yang akan saya berikan :)

Tuesday, November 15, 2011

Hey! I'm in the run for In Trend with Canon Photo Contest, check it out and support me! @CanonCameraMsia

Salam kengkawan blogger sekalian...

Hari ini saya cerita mengenai peraduan In Trend with Canon Photo. Peraduan ini semestinya ditaja oleh Canon Malaysia. Ini link FB Canon Malaysia. Banyak kategori peraduan yang ditaja oleh Canon. Jadi kali ini saya hanya masuk peraduan In Trend Canon sahaja.

Like saya!!!

Monday, November 14, 2011

Rombongan Janda Baik

Salam dan selamat pagi!!!

Cerita kali ini mengenai rombongan sekolah pada hari Sabtu (12.11.2011) ke Janda Baik, Pahang. Lawatan kali ini adalah ke Newera Organic Farm, Midvalley dan i-city.

Sunday, November 13, 2011

PROGRAM KESELAMATAN JALAN RAYA

Salam semua. Hari ini baru rasa ada masa untuk buat entri baru selepas Amni kena marah dengan baba kerana lagi sekali dia mengumpil keyboardkomputer riba babanya.

Entri ini adalah berkenaan program yang telah saya sertai pada hari Jumaat 11.11.2011 yang diadakan di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, Selangor. Sekolah di sekitar Sungai Besar yang terlibat adalah, SJKC Sin Min, SK Seri Makmur, SK Seri Utama dan kalau tak silap SK Panchang Bedena dan SK Sungai Limau juga terlibat. Bagi murid sekolah rendah, adalah berjalan kaki, sekolah menengah, berbasikal dan belia bermotorsikal.

Friday, November 11, 2011

Pendapat saya! blog boleh bah kalau kau


Assalamualaikum w.b.t


Terima kasih kepada denaihati.com kerana menemukan saya dengan blog www.yanmieonline.com untuk bersama-sama menyertai giveaway dari Kak Yan sebelum berakhirnya Tahun 2011 :)

Giveaway kali ini amat mudah dan senang kerana saya dan juga peserta yang lain cuma perlu memberi pendapata mengenai blog Kak Yan. Ini adalah komen saya berdasarkan pemerhatian saya. Harap Kak Yan tak marah ek. Seringkas yang boleh akan saya berikan pendapat sekupang dua ini dalam bentuk poin.

  1. Border itu petak sangat. Apa kata kalau kali ini bagi bentuk curve. Nampak lain dari yang lain
  2. Adakan kotak bagi title dibahagian sidebar agar nampak asing antara satu sama lain.
  3. Warnanya mendamaikan tapi saya rasa boleh diperbaiki lagi. Ikut citarasa Kak Yan.
  4. Kak Yan  tambah widget. Saya cadangkan shoutbox. Boleh blogger nak borak dan kongsi pengalaman. Lain
  5. Twitter tak nak masuk ke? Sekarang ramai guna twitter. Mudah dan senang :)
Itu sahaja bagi pandangan saya . Harap Kak Yan tak marah. Yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang buruk dari diri saya sendiri. Harapan agar semua selamat dan dilindungi oleh Allah s.w.t Amin



“Giveaway yanmieonline.com, menawarkan header blog hasil designer dari Budak Nakal

Thursday, November 10, 2011

pening kepala

Pening pening pening.. dari pukul 9.00 mlm sampai pukul 11 malam tak siap-siap gakmenu drop aku. Ingat nak tukar menu bar kepada menu drop agar nampak kemas dan senang untuk kawan-kawan yang berminat nak terus kepada satu topik dan tak perlu nak tengok semua.

Mata pun dah mengantuk. Rasa dah jumpa tetapi tak berkenan plak dengan widget itu. Kalau dah banyak widget berserabut pula kan. Lagi satu puncanya adalah broadband Celcom ini lambat. Maklumlah guna yang prepaid.

p/s: Hari ini Adib dan Amni ada buat perkara baru. InsyaALLAh esok akan saya update. Nak kena tidur awal, esok ada program Keselamatan Jalan Raya.. selamat malam semua..

Wednesday, November 09, 2011

Abang borek, adik rintik

Pertama saya ingin memberitahu bahawa peribahasa ini adalah ungkapan dari saya sahaja. Ini pun saya tak pasti sama ada betul atau tidak.

Ceritadqiemie hari ini mengisahkan anak-anak saya,iaitu Adib dan Amni yang bagaikan tak boleh dipisahkan dan tak boleh didekatkan. Ada sahaja aktiviti yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Ini kira pangkat budak baru nak naik. Memang betul pun. Abang dah nak masuk 4 tahun dan adik nak masuk 2 tahun.

Tadi kami sekelurga pergi menziarah rumah kak Yah, kerani sekolah kerana suaminya mengalami strok. Hampir 2 minggu Kak Yah bercuti untuk menjaga suaminya. Begitu besar pengorbanan seorang isteri, begitu juga dengan anak sulungnya yang telah berhenti kerja bagi bersama-sama membantu ayahnya.Alhamdulillah saya dimaklumkan bahawa suaminya beransur-ansur menunjukkan perkembangan yang positif. Semoga suami Kak Yah akan cepat sembuh. Amin

Dapat hadiah dari mohdzaid.com

Salam Aidil adha kepada semua pembaca. Bagaimana sambutan  Qurban anda? Saya tak sempat nak melapah lembu korban kerana tahun ini saya beraya di Kuala Kangsar. Petang itu dah balik Ipoh. Maklumlah cuti tak panjang..

Tapi entri hari ini bukan berkisarkan mengenai qurban tetapi lebih merupakan hadiah qurban dan lagi bermakna kerana akan diberi kepada isteri sempena hari lahirnya nanti.

Tuesday, November 01, 2011

Kaedah analisa pendapatan individu

Salam. Disini saya akan kongsikan bagaimana membina analisa kewangan dan pendapatan diri. Ini adalah penting bagi menjamin kehidupan yang lebih bermakna dan sejahtera. Saya akan lampirkan contoh borang tersebut. Anda boleh membuat analisa sendiri dan sebarkan maklumat ini k...


Cara-cara:

  1. Kirakan no II ( Family expenses/month). Ini adalah pendapatan bulanan kita.
  2. Kira no. I (Total Liquid assets). Simpanan tunai dan aset cair.
  3. Kemudian baru analisis jumlah yang diperlukan untuk keperluan harian. 8% adalah berdasarkan dividen ASB. Ia adalah jumlah simpanan yang perlu ada bagi setahun. no.III
  4. Jumlah setahun (no.III) - dengan no.I (Total Liquid assets) = SIMPANAN WAJIB ADA.
Itulah jumlah simpanan yang perlu kita ada bagi menjamin kehidupan seharian yang lebih bermakna.

p/s: Jika ada persoalan, klik disini

Contoh Pelan Takaful Simpanan Haji



P/S: Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut , anda boleh hubungi saya disini

Informasi Takaful Simpanan Haji



TAKAFUL HAJI MAA merupakan pelan yang memberi pampasan  yang tinggi kepada keluarga anda jika berlaku kematian atau untuk anda jika berlaku Hilang Upaya Kekal.Sumbangan anda hari ini dapat membantu anda dan keluarga di masa hadapan.Perlindungan Takaful Haji anda akan mengambil alih tanggungjawab anda sekiranya anda sudah tiada.

Disamping itu  pulangan  dari pelaburan wang simpanan anda  menjamin anda untuk menunaikan haji dalam tempoh yang singkat.Simpanan anda boleh dikeluarkan bila-bila masa tanpa menjejaskan perlindungan anda.

Kelebihan:

  1. Badal haji RM7000  bersama khairat akan diserahkan kepada keluarga anda jika kematian pra matang berlaku . 
  2. Pengecualian sumbangan  dinikmati jika anda mengidap salah satu daripada 46 jenis penyakit kritikal .
  3. Produk MAA Takaful adalah produk  patuh syariah.  
  4. Tiada unsur laps/polisi lupus walaupun anda terhenti untuk menyumbang. 
  5. Umur pernyertaan dilanjutkan kepada mereka yang berumur 69 tahun. MAA adalah satu-satunya syarikat takaful yang membuka peluang kepada  golongan ini.



Konsep Takaful Simpanan Haji


Apa itu Takaful
Pakatan tolong menolong dan jamin menjamin diantara satu sama lain dalam satu kumpulaan

Hadis Rasulullah S.A.W bermaksud :
Demi diriku yang didalam kekuasaan  Allah bahawa  sesiapa pun tidak masuk Syurga kalau tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit”
(Hadis Riwayat Ahmad)

TUJUAN
· Menjaga kebajikan masyarakat
· Mewujudkan keharmonian masyarakat
· Memupuk semangat saling bantu-membantu

CIRI-CIRI
· Tiada unsur Riba’
· Tiada unsur Maisir (Judi)
· Tiada unsur Gharar (Tidak Jelas)
· Adanya al-mudarabah (Perkongsian untung)

INSURAN HARAM
Majlis Fatwa Kebangsaan 1972 menfatwakan Insuran Konvensional HARAM kerana terdapat unsur-unsur gharar, maisir, riba’ dan ketidakadilan yang bercanggah dengan syariah.

Gharar :  Sesuatu yang tidak jelas atau tidak pasti dalam urusan jual-beli. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud : “Janganlah kamu membeli ikan di dalam air kerana perbuatan itu adalah gharar”.

Maisir : Perjudian iaitu semua perniagaan yang memperolehi keuntungan dengan cara ramalan.

Riba’ : Wang premium dilabur atau disimpan di dalam akaun institusi kewangan/ pelaburan yang mendapat  faedah tanpa mengikut hukum syarak.

Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’. Sesiapa yang mengulanginya (mengambil riba’) maka orang itu adalah penghuni neraka dan mereka kekal didalamnya”.
(Al-Baqarah 275)

Ketidakadilan : Pemegang polisi yang menamatkan  kontrak sebelum tempoh yang ditetapkan, tidak akan  mendapat    kembali wang atau hanya menerima sebahagian   sahaja.

KONSEP TABARRU’
Bermaksud membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha.

· Dilakukan secara sedar dengan niat membantu.
· MAA Takaful berperanan sebagai pengendali tabung tabarru’.
· Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru’.
· Tabarru’ juga akan dilaburkan dan keuntungan (jika  ada) akan dikongsi bersama.
· Beza tabarru’ dengan judi ialah JUDI mengharapkan keuntungan.
· Seseorang yang menghayati tabarru’ tidak akan mengurangkan sumbangannya kerana mengharapkan pahala, juga tidak akan menipu sewaktu membuat tuntutan kerana takutkan dosa.
· Tanpa tabarru’, urusan takaful sama seperti insuran konvensional.

MENGAPA PERLINDUNGAN TAKAFUL DIPERLUKAN

· Kita & keluarga sentiasa terdedah kepada musibah atau malapetaka, justeru untuk kembali kepada keadaan yang asal kita perlu berdoa kepada Allah, berusaha, berikhtiar & kemudian bertawakal untuk mendapat bantuan.
· Sebagai satu cara untuk berusaha & berikhtiar, sistem  Takaful boleh meringankan beban keluarga kita apabila musibah seperti kematian @ hilang upaya pencari nafkah berlaku. 

Hadis Rasulullah S.A.W bermaksud :
“Sesungguhnya engkau tinggalkan ahli warismu (anak, isteri dll) itu dalam keadaan  kaya, lebih baik daipada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan miskin, meminta-minta dan menjadi beban kepada orang lain”
(Hadis Shahih Bukhari)



Syarat utama untuk mengadakan insuran dalam lslam
ialah setiap peserta itu mestilah mewujudkan satu dana
iaitu Tabung TABARRU’ untuk membantu sesama
mereka.Tanpa  Tabarru’ perjalanan sesuatu insuran itu
akan menjadi muamalah yang rosak dan fasik.

(As-Syeikh Prof Dr.Yusoff al Qaradhawi)


PERUNTUKAN CARUMAN TAKAFUL HAJI

Caruman yang dibuat adalah berdasarkan jumlah peruntukan seperti berikut(contoh adalah berdasarkan caruman tahunan sebanyak RM1000.00)

 






Adam & Hawa

Simpanan Haji & Umrah


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...