wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, August 30, 2014

Cerita Hari Lahir Adib

Hari ini genap anak sulung berumur 6 tahun. Walaupun baba kena pergi sekolah untuk kelas LINUS (Program Masih Ada Yang Sayang ) tapi baba luangkan hari ini untuk Adib. Terima kasih kepada Auntie Sarah yang banyak sponsor pada hari ini. Makan tengahari dan Cheeky Tots.. bawa adib dan amni jalan jalan....

Thursday, August 21, 2014

HARI BERKABUNG NEGARA SEMPENA KETIBAAN JENAZAH TRAGEDI MH17

HARI BERKABUNG NEGARA SEMPENA KETIBAAN JENAZAH TRAGEDI MH17

Sukacitanya perkara di atas adalah di ruiuk.

2. Sebagaimana semua sedia maklum, ienazah mangsa tragedi MH17 akan sampai ke negara kita pada 22 Ogos 2014 (Jumaat). Oleh itu kerajaan Malaysia akan melaksanakan satu hari berkabung sebagai tanda rasa sedih dan menghormati kepada mangsa yang terlibat. lanya juga sebagai satu penghormatan negara kepada mangsa dan keluarga yang terlibat.
3. Sehubungan dengan itu, semua warga pendldikan dikehendaki mengikuti dan mematuhi perkara-perkara yang berkaitan dengan Hari Berkabung Negara ini meliputi perkara-perkara seperti berikut :-
3,1 Bendera Malaysia hendaklah dikibarkan separuh tiang (bendera Malaysia sahaja).
3.2 Bertafakur selama 1 minit 
   3,2.1 Waktu bertafakur antara pukul 10.45 hingga 11.15 pagi (bila iiba waktu bertafakur ltu sekiranya sedang mesyuarat, bersukan dan sebagainya maka hentikan untuk melaksanakan tafakur tersebut)
    3.2-2 Warga pendidik beragama Islam hendaklah membaca Al-Fatihah .
3.3 Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/ garang.

4. Walau bagaimanapun bagi menyelaraskan waktu bertafakur ini pihak tuan dicadangkan mengambil tindakan berikut: -
   4.1 Sentiasa merujuk radio dan televisyen pada waktu tersebut supaya kita dapat laksanakan ianya dalam masa yang sama.
   4.2 Jabalan, Pejabat pendidikan Daerah, sekolah dan institusi pendidikan yang ada kemudahan PA sistem, makluman bertafakur ini boleh disalurkan melalui  PA sistem tersebut.
4.3 Perlulah sentiasa mengikut perkembangan dan sebarang perubahan maklumat berkaitan Hari Perkabungan Negara ini dari radio dan televisyen serta media eletronik yang lain untuk maklumat terkini.
5 Mohon kerjasama semua pejabat pendidikan Daerah untuk menyebarluaskan maklumat dan tindakan ini kepada semua sekotah dan institusi pendidikan di bawah kawalan dan seliaan daerah masing-masing supaya semua perkara yang dinyatakan di atas dipatuhi. Kerjasama dan keperihatinan tuan dalam naf ini amai dihargai dan didahuluidengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian dimaklumkan. 

Tuesday, August 19, 2014

Uji minda #4

Bagaimana L menjadi lebih besar dari XL?













JAWAPAN: Angka Roman (Roman Numeric): L = 50, XL = 40






Monday, August 18, 2014

Jalan jalan cari makan | eight miles

Minggu lepas kami makan burger banjit di Ulu Kinta. Ni pun dapat tahu dari sepupu yang share gambar. Kedai berkonsepkan cafe sama seperti mat periuk.

Mula2 nak cari bukan senang sebab takde signboard dan kedai pun biasa sahaja. Namun semangat nak makan burger banjir sanggup berhenti satu persatu kedai.

Alhamdulillah akhirnya dapat berjumpa. Komen saya, kedai dah menarik... memang suka konsep mcm tu. Cara served sederhana sahaja. Kalau boleh guna le pinggan dan gelas yang sama semua.

Dari segi makanan, bagi saya ok dan bagus sebab ada di Ipoh. ;) Namun masih boleh diperbaiki. Kena buat kajian burger lagi. Hahahaa

Yang ramai datang pun rasa2 student. Sebab dekat dgn IPGM Ipoh pun...

Untuk keterangan dan lokasi boleh add mereka dalam Fb... eight miles

Wednesday, August 13, 2014

Uji minda #3

Soalan :
100 kaki diudara tetapi dibelakangnya tanah. Apakah ia?

















Jawapan : lipan terbalik

Tuesday, August 12, 2014

Uji minda #2

Pak Atan mempunyai 4 orang anak perempuan. Setiap seorang anak perempuan mempunyai seorang adik lelaki. Berapa orangkah anak Pak Atan.





















JAWAPAN: LIMA. Anak lelaki adalah anak bongsu merupakan adik kepada setiap seorang anak perempuan Pak Atan. Terim kasih.

Tuesday, August 05, 2014

Uji minda #1

Lebih banyak kamu bekerja,
Lebih banyak aku makan
Perutku bertambah kenyang,
Kerjamu bertambah senang

Apakah aku?














Jawapan : Pengasah pensel

Sumber : Ikim.fm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...