wah! best!

Followers

Jom klik

Thursday, July 28, 2011

Komen anda mengenai najis bayi

Salam semua... apa khabar?? Sejak prepaid broadband habis tempoh, memang jarang update blog. Ini pun curi-curi dari broadband YES isteri. hehehehe

Monday, July 25, 2011

Kaki sakit gara-gara Xplorasi Klik Berita Harian

Salam semua. Apa khabar? pagi-pagi dah berceloteh.Semalam tak sempat, badan dah sakit-sakit. Semalam pegi ke Empire Shopping Gallery.Dari Sungai Besar ke KL dah ada jalan pintas.Guna lebuhraya LATAR. Sekarang masih lagi dalam percubaan, jadi tak perlu kena bayar tol. Memang mudah sebab tak 'jem' dan masih baru. Kalau tidak mesti beratur kereta kat area Sungai Buluh lagi-lagi hari Ahad.

Saturday, July 23, 2011

Senarai pemenang Xplorasi Klik Berita Harian

Salam semua. Ada berita gembira nak dikongsi bersama. Berita je ek.. yang lain tak leh k.. hehehe.Kalau siapa rajin masuk blog saya pasti pernah baca entri saya mengenai Xplorasi Klik Berita Harian.
 Keputusan telah keluar dan anda yang pernah bermain permainan ini bolehlah lihat keputusannya di Facebook.

kekejangan otot

Salam kengkawan semua. Pagi yang nak hujan ini saya nak bercerita mengenai kekejangan otot. Malam tadi, dengan sedap tidurnya tetiba saya terasa kaki kanan saya kejang. Wah! mau tak menjerit. dah lama kaki tak kejang ini.Tak ingat bila kali terakhir kaki saya kejang.

Friday, July 22, 2011

Pertandingan Bahasa Malaysia Peringkat Negeri Selangor ke 37

Salam semua.. apa kabar?? Semalam tak ada cerita kerana penat badan membawa murid ke SJKC Yuk Chih, Bestari Jaya. Ada Apa?? Ada pertandingan syarahan dan penyampaian hadiah ujian bertulis bahasa Malaysia peringkat negeri Selangor.

Tuesday, July 19, 2011

Jom melukis dengan Adobe Photoshop


salam semua. Sekarang saya sedang sibuk untuk mengubah bentuk blog saya. Terima kasih pada Belog cap ayam. Bagus tutorial yang diberikan. Kepada kengkawan yang ingin mencuba, boleh singgah belog dia ek.

Dari belog dialah saya sedang mencuba untuk membina lukisan saya sendiri. Saya ada membeli graphic tablet, jadi rugilah kalau tidak mencuba. Sesungguhnya memang susah nak melukis menggunakan pen tablet ini.

Jadi hari ini saya baru sahaja melukis burung twitter. tak berapa menarik. Sekarang sedang mencari mana-mana website yang boleh memberi info bagaimana nak melukis.

Kalau ada kawan-kawan yang tahu, tolong ajar ek. Masalahnya sekarang tak tahu guna peralatan yang diberikan. Cuma guna yang asas sahaja. :)

Untuk makluman , blog saya masih lagi dikira dalam pembinaan walaupun hampir 80% dah siap. Kalau ada cadangan atau aduan... silakan...:)

Sunday, July 17, 2011

Jom join saya

Kengkawan yang ada FB... jomlah join saya disini juga k. Leh meramaikan kawan-kawan blogger... :)


Proses Pengesahan bagi permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Khas 2011 bagi Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah yang berumur 46 dan 47 tahun


Sukacita dimaklumkan bahawa PROSES PENGESAHAN bagi permohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Khas 2011 telah dibuka bermula dari 13 Julai hingga 19 Julai 2011. Hanya JPN bagi setiap negeri, BTP dan BPG  sahaja yang dibenarkan mengesah dan mengakses sistem ini. Klik di sini. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) di 03-88841269 / 1166 / 1323 /1271 / 1272 / 1270.

Thursday, July 14, 2011

Bahaya abang tolak adik

Salam semua... Syukur pada Allah nasib baik Amni tak jadi apa-apa. Kesian pada Adib kena marah dan kena cubit oleh babanya. Kisahnya bermula...

Wednesday, July 13, 2011

Apabila murid suka menyanyi

Salam semua... dah tengahari kan...tapikan saya tak ada kelas. Dah dua hari berturu-turut murid menyanyi. Macam ada konsert.hehehehe...

Semalam murid tahap 1 membuat persembahan dan hari ini murid tahap2 pula. Ia dianjurkan oleh panatia muzik. Ianya sesuatu yang baik untuk mencungkil bakat-bakat murid. Bilik pemulihan memang dekat dengan dewan. Dari pagi tadi dengar murid-murid nyanyi. semuanya lagu cina.

Komen??? ada yang sedap didengar dan ada juga tidak. kalau sedap memang mendayu-dayu... hehehe tajuk lagu tak tahu la. Masa nyanyi pun memang kena dengan melodinya. Jadi sedap juga dengar. Sekarang ini pun dengar murid beri tepukan pada murid yang menyanyi.

Cuma masa saya lihat waktu rehat, penyanyi berdiri kaku. tidak menggunakan pentas sepenuhnya. Muka pun tak ada perasaan. Tak mengapa itu tugas cikgu muzik untuk melahirakan ekspresi penyanyi ek.. itu sahaja celoteh hari ini... tak tahu nak cerita apa.

p/s: Saringan LINUS masih tak siap juga...murid dibawa pergi tengok nyanyi.. ehmmm

Tuesday, July 12, 2011

Sambutan Hari Guru

Salam... lama tak update cerita saya ini. Jadi sementara masih ada lagi sisa sisa kuota broadband, tergerak nak bercerita mengenai sambutan hari guru di SJKC Sin min.

Sunday, July 10, 2011

Proses Sokongan bagi permohonan Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Khas 2011


Sukacita dimaklumkan bahawa PROSES SOKONGAN bagi permohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Khas 2011 telah dibuka. Hanya ketua jabatan di tempat bertugas pemohon PPG ambilan Khas ini sahaja yang dibenarkan menyokong. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) di 03-88841269 / 1166 / 1323 /1271 / 1272 / 1270.

PERMOHONAN MENGIKUTI PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI 2012/2013

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2012/2013 telah dibuka mulai 1 Julai 2011 sehingga 10 Oktober 2011. Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my atau http://www.moe.gov.my/bmkpm

Saturday, July 09, 2011

keBERSIHan

salam... apa cerita??? semua dok pakat-pakat buat post bersih.. aku pun nak juga lah...

bersih bermaksud mencuci sesuatu yang kotor sehingga hilang kotooran degil. Ini adalah maksud yang dibina dari saya. Mengapa kita perlu bersih? kerana Allah s.w.t tak suka pada kotor dan dalam Islam juga menggalakkan umatnya bersih agar kita sentiasa disukai dan disegani.

Bersih itu umpama putih yang tiada sedikit pun warna lain.. kita mati pun dengan kain putih. betul tak? Itu sebabnya kenapa kita perlu bersih.
Harap-harap semua umat manusia di dunia akan bersih fikiran dan minda untuk kesejahteraan semua. Amin

Thursday, July 07, 2011

Xplorasi Klik Berita Harian

Salam semua. Apa khabar ? Harap semuanya sihat. Hari ini nak cerita mengenai Xplorasi Klik Berita Harian. Nak tahu??? Sila beli suratkhabar Berita Harian k!!! hehehe. Di sini saya cerita serba sedikit tentangnya...

Friday, July 01, 2011

Siaran Langsung Pelancaran Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2011



Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan majlis Pelancaran Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2011 yang akan berlangsung pada 2 Julai 2011 di Padang Esplanade, Taiping, Perak. Acara ini akan disiarkan secara Live Streaming melalui Portal EduwebTV di alamat www.eduwebtv.com mulai jam 7.30 sehingga 9.00 pagi.

Marilah kita saksikan acara bersejarah ini yang merupakan larian terbesar yang disertai oleh murid-murid sekolah yang pernah diadakan di negara ini. Acara ini juga akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBR).

Akhirnya YES! berjaya dimiliki



Salam semua... apa kabar???? Ah kembali dalam dunia blog kerana adanya YES! Ya baru beli tadi. Setelah berbincang dengan isteri, akhirnya kami memiliki YES! Kelebihannya????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...