wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, May 28, 2011

Scan blog anda

Salam semua. Baru singgah blog cikgu Aried. Suka juga masuk blog dia kerana banyak informasi bagi saya yang masih baru lagi dalam dunia blog.

Friday, May 27, 2011

Boikot Wordpress kerana Menghina Islam!!

Tadi baru buka FB saya dan ternampak Apis marah pada seseorang kerana menghina Islam. Dia guna nick Makcik Hajjah dot dot dot... malas aku nak sebut. Jadi aku pun cuba masuk blog itu tetapi tidak berjaya. Sehingga aku membuat carian di Google dan membaca blog seseorang yang merujuk kepada blog Mazidulakmal.com. Siapa tak kenal kan... jadi aku pun  masuk blog dia.

Thursday, May 26, 2011

BE dari Nuffnang

Salam semua.. hari ini sedih gak... baca cerita mengenai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Semoga Allah memberi petunjuk kepadanya.

Hari ini saya nak berkongsi mengenai Buffered Earning yang saya terima dari Nuffnang. Terkejut juga semasa membuka page Nufnnang saya. Sebelum ini asyik dengar dari blogger lain mengenai BE.

Kali ini saya dapat juga merasa.. 






BE saya kali ini dari Nippon Paint dan Trudy and Teddy LB.. Terima kasih!!! dan terima kasih juga pada Nuffnang

Wednesday, May 25, 2011

Hani Beriani Gam Sungai Besar

Petang tadi selepas menukar minyak hitam, kami sekeluarga telah pergi kedai Hani Restoran yang berada di belakang Billion Sungai Besar. Semalam baru saya perasan restoran itu. Puncanya ada kain rentang Yong Tau Fu dan Mee Bandung Muar. Akhirnya tercapai juga nak makan mee bandung muar. Nak tunggu Apai.. tak tahu bila dapat.. hehehehe

DOKUMEN STANDARD PRESTASI KSSR TAHUN 1

Kepada semua guru KSSR Tahun 1 yang belum mendapatkan Dokumen Standard Prestasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (SP KSSR), sila download dokumen tersebut di laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Semua dokumen tersebut dalam bentuk fail .PDF. Untuk memudahkan anda mendownload fail-fail tersebut anda hanya perlu
KLIK kanan pada mouse (tetikus) laptop/komputer dan  
KLIK pada SAVE LINK AS/SAVE TARGET AS di paparan yang akan keluar.
Untuk 5 Fail awal, anda perlu ubah nama fail kerana kesemuanya mempunyai nama yang sama iaitu PENGENALAN SP KSSR TAHUN 1.pdf.

Semoga dokumen ini dapat membantu semua guru KSSR yang dok pening-pening untuk menentukan BAND dan mentaksir murid-murid.

Diftong dan Vokal Rangkap

Mr Google
Salam... tadi di sekolah ada membincangkan masalah Bahasa Malasyia KSSR Tahun 1. Terdapat pertikaian antara guru mengenai perkataan PIALA. Jika anda, bagaimana anda akan membahagikan suku kata? Adakah PI /A/LA atau PIA/ LA??? Cuba bincangkan dengan guru BM anda ek? :)

Tutorial 'NewTab' untuk blogspot.

from mr google
Salam semua.. hari ini saya ingin berkongsi mengenai 'NEW TAB' windows. (betul ke??) Jika anda perasan, selalunya apabila kita klik pada link satu entri akan keluar pada tetingkap yang sama. Namun ada sesetengah pemilik blog yang saya dapati akan keluar satu lagi tetingkap bila kita klik pada linknya. Bagaimana ini terjadi??


Tuesday, May 24, 2011

IKEA BEDROOM STORY

Lagi satu pertandingan yang saya masuk.. Kawan-kawan semua kalau rajin dan minta dirajinkan... vote saya ek di IKEA Bedroom Story


Monday, May 23, 2011

Cara baiki Comluv untuk blogspot

Salam.... masalah ini telah lama saya hadapi. Berbagai-bagai cara telah saya lakukan. Namun masih tidak dapat diperbaiki sehingga saya berjumpa dengan kujie2.com. Selesai dah masalah saya... jadi disini saya sampaikan ilmu itu ek...

Sunday, May 22, 2011

Cara meningkatkan pendapatan Nuffnang

Salam. Saya ada bertanyakan kepada pihak Nuffnang bagaimana untuk meningkatkan pendapatan anda dalam dunia blog. Ini adalah jawapannya. Maaf saya tak dapat nak explain buat sekarang. Biasa lah.. anak-anak meragam dah... nanti saya akan tulis secara ringkas..

KEDAI DQIMIE DIBUKA!

Salam. Dengan ini dirasmikan bahawa KEDAI DQIMIE telah dibuka. Ianya adalah hasil dari isteri saya  yang mengisi masa sebagai surirumah. :)

KEDAI DQIMIE menjual barangan kanak-kanak dan juga craft. Jika berminat boleh melayari di http://kedaikudqimie.blogspot.com/.

BUSHA FOR SALE




Name:




Email Address:




LABEL

RIBBON

PYJAMAS

HAIR CLIP

BUSHA



No. Kod / Meter :




No. Telefon









This form powered by Freedback



BUSHA

SETIAP 1 HANYA RM10 SAHAJA
KANAK-KANAK 1-3TAHUN 
11KG-14KG

PYJAMAS FOR SALE




Name:


Email Address:




LABEL
RIBBON

PYJAMAS

HAIR CLIP

BUSHA

No. Kod / Meter :


No. Telefon






This form powered by Freedback




PYJAMAS GAP KANAK-KANAK

SETIAP BAJU  LIMITED 1 PASANG SAHAJA
BABY GAP
MADE IN MALAYSIA



Ribbon for sale




Name:



Email Address:


LABEL

RIBBON

PYJAMAS

HAIR CLIP

BUSHA


No. Kod / Meter :



No. Telefon






This form powered by Freedback




RIBBON


R1 (PUTIH /PINK/ KUNING)
1.5CM
1M- RM2.40
SET 3M - RM7

Saturday, May 21, 2011

Software blogwalking

Salam. Semenjak internet tak ada, saya jarang nak post dalam blog. Banyak perkara yang nak buat tetapi sebagai manusia biasa saya terlupa. Sekarang saya dah ingat. Jadi tanpa melengah lengahkan masa baik saya post kan perkara ini.

Tawaran Program Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa (CBTG TB) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)

Kementerian Pelajaran Malaysia memaklumkan bahawa Bahagian Tajaan Pendidikan telah membuka iklan Tawaran Program Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa (CBTG TB) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Sila klik di sini untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai tawaran tersebut.
Tarikh tutup permohonan tersebut ialah pada 31 Disember 2011.
Kepada sesiapa yang berminat boleh dapatkan maklumat lanjut di Laman Web Rasmi KPM.

p/s: Sumber dari Lamanwebinfo.com

Temuduga GST:Keputusan Temuduga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA Bilangan 1/2011

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengumumkan Keputusan Temuduga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA Bilangan 1/2011 yang telah diadakan pada 7 hingga 11 Februari 2011.
Menurut PEMBERITAHUAN di laman web rasmi KPM, keputusan ini boleh disemak di dalam Laman Web KPM mulai  4 Mei 2011.
Jadi kepada semua calon yang telah memohon, jangan lupa untuk check STATUS anda pada 07 Mei 2011.


Semak Status Anda Di Sini!

OBESITI@KEGEMUKAN


Sejak akhir-akhir ini ramai memperkatakan mengenai masalah kegemukan di kalangan pelajar. Disini saya ingin berkongsi maklumat yang saya dapat dari suratkhabar tempatan mengenai isu ini. Ini adalah maklmuat secara ringkas dan padat.


 

Antara punca :

  1. Tabiat permakanan yang tidak sihat seperti makan berlebihan serta makanan yang mengandungi mnyak dan karbohidrat yang tinggi.
  2. Tidak bersenam.
Kesan:

  1. Masalah jantung.
  2. Kencing manis
  3. Kemurungan dan kurang keyakinan diri
  4. Masalah pernafasan seperti asma dan masalah tidur.
  5. Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul
  6. Bertambah gemuk apabila meningkat umur.
Langkah pencegahan:

  1. Amalkan gaya hidup sihat.
  2. Makan buah-buahan , sayur-sayuran dan makanan rendah lemak.
  3. Makan secara sederhana.
  4. Bersenam dan banyakkan berjalan kaki
  5. Kira BMI (indeks jisim tubuh)untuk umur anda dan diplotkan setiap tahun.
  6. Pemeriksaan kesihatan secara tahunan.
  7. Dapatkan nasihat doctor atau pakar pemakanan / pegawai dietetic.

 

Nota: BMI =berat badan (kg) / tinggi (M) x tinggi (M)

Friday, May 20, 2011

Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor 2011

Salam .. semalam telah berlangsungnya pertandingan kawad kaki di Stadium Sungai Besar, Selangor. Tahun ini Daerah Sabak Bernam telah menjadi tuan rumah. Saya sebagai urusetia siaraya dapat merakam beberapa gambar semasa pertandingan tersebut. Pemenang kawad kaki bagi putera dan puteri adalah dari daerah Klang! Memang terbaik dan paling bergaya pun. Salute pada cikgu yang mengajar mereka.

Monday, May 16, 2011

Segmen Khas ar-rifke | Jom Review Blog Bersama Aried!

Jom review blog bersama aried dengan hanya copy paste sahaja ayat ini! Sama-sama kita lihat siapa yang bertuah dan mereka yang dipilih akan direview habis-habisan! Cepat sebelum terlambat! Copy ayat pendek ini dan paste segera di blog anda! Pastikan anda tidak termasuk dalam 20 top blogger melayu ini agar peluang berharga ini dapat dirasai oleh blogger-blogger lain juga. icon razz Segmen Khas ar rifke | Jom Review Blog Bersama Aried!

Sunday, May 15, 2011

blogger of the year

http://www.wwwow.my/Detail.aspx?cd=080511002358869

Salam semua. Saya nak bagitahu yang saya memasuki Digi WWWOW Awards untuk blog saya. Harapan saya adalah anda semua mengundi saya di sini ek. Minta kerjasama semua ek.. Peace no war!!!

Salih Yaacob kahwin lagi

Salam semua terkejut baca suratkhabar hari ini. Salih yaacob aka Abang Jam di Sinar FM akan berkahwin lagi. Dengan wanita yang berumur 24 tahun dan masih lagi menuntut di UiTM. Namanya Emi yang berasal dari Johor.

“100 Ucapan Menarik dan SMS Istimewa Hari Guru!!"

Terima kasih cikgu kerana menegur saya, kerana memberi nasihat kepada saya, kerana memberi perangsang kepada saya, kerana mengingatkan saya. Terima kasih.. terima kasih..  terima kasih... Hanya Allah yang dapat membalaskanya. Cikgu Wardah St Michael Ipoh 1996...dari Hasmardy bin Mohd hashim 1992-1996

Kahwin oh!! Kahwin Kenangan Terindah...

Tarikh Mula: 3/5/2011
Tarikh Tamat: 3/7/2011
Tempoh : 2 bulan
PERINGATAN: Anda Yang Tidak Kahwin Pun Boleh Join!! Just Write it out…
5 Kategori Hadiah Kontest Kahwin Oh!! Kahwin
1) Hadiah Utama : Sebuah alquran digital – infonya boleh didapati di alqurandigital2u.com + 3 keping Dirham Kelantan!!
2) Hadiah Top Refferer : 3 keping Dirham Kelantan.
3) Hadiah Top Commentator: 3 keping Dirham Kelantan.
4) Hadiah Top SERPs: 3 keping Dirham Kelantan.
5) Hadiah Gambar Kahwin Terbaik : 3 keping Dirham Kelantan.



Kahwin oh!! Kahwin teringat kembali kenangan semasa dulu. Terima kasih En. Ar-Rifke kerana membuat contest ini. Terima kasih juga kepada MyKahwin.my berbesar hati untuk menjadi sponsor kepada En. Ar-Rifke. MyKahwin.my   merupakan sebuah direktori perkahwinan terbaik dan banyak kelebihan di MyKahwin.my Bagi bakal pengantin adalah sesuai untuk menjenguk ke MyKahwin.my bagi persediaan perkahwinan. Terima kasih yang tidak terhingga.


Memandangkan saya telah berkahwin dan Al Hamdulillah mempunyai sepasang cahaya mata saya ingin berkongsikan pengalaman atau kenangan terindah saya bersama anda semua. Suka atau tidak saya tidak kisah. Kalau sudi baca , tak sudi jenguk-jenguk blog saya pun boleh juga.'peace no war!'

Perkenalan saya dengan isteri saya bermula semasa kami berkhidmat di Kem Gunung Semanggol. Waktu tersebut kami sekadar kawan kerana masing-masing telah mempunyai buah hati masing-masing. Namun saya hanya berkhidmat selama 9 bulan sahaja dan bertukar kerja ke bahagian Jabatan Pelajaran Negeri Perak.

Jika jodoh tidak kemana, pada tahun 2005 kami masing-masing kembali solo dan kawan-kawan di tempat kerja lama telah merancang untuk menjodohkan kami. Pada 15hb September 2005 merupakan hari bersejarah kerana kami telah bersetuju untuk menjadi kekasih. Namun halangan demi halangan sentiasa ada. Sikap panas baran saya dan sikap keras kepalanya membuat jodoh kami bertambah kuat.

Pada 25hb Disember 2006 kami telah mengikat tali pertunangan dan tempohnya adalah setahun. Setahun bak kata orang umpama 100 tahun tetapi bagi saya umpama 1 bulan! Zaman sekarang banyak perkara yang perlu diambil kira dan pergaduhan kecil sentiasa berlaku. Biasalah syaitan pasti akan menganggu untuk memecah belahkan kaum Adam.

Al Hamdulillah seperti yang saya katakan kalau jodoh tidak kemana, pada 30hb November 2007 saya telah sah menjadi suami kepada Noor Adina binti Abu Bakar dan bermulalah kehidupan sebagai suami isteri. Pada tahun 2008 kami telah dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Ahmad Adib Hakimi dan saya juga telah berjaya mendapat pekerjaan tetap. Pada tahun 2010 kami dikurniakan seorang puteri yang dinamakan Nur Amni Aqilah.Pesanan saya adalah semua yang berlaku merupakan dugaan kepada kita dan anggaplah ianya sebagai kenangan terindah kita....

Sebelum terlupa lawati juga 1tradezone yang menyediakan iklan perkhidmatan atau barang majlis perkahwinan. Sesuai dilawati oleh bakal pengantin dan juga butik andaman pengantin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...