wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, October 29, 2011

Program Perkhemahan Kokurikulum 2011

Bermula petang tadi , SJKC Sin Min dipenuhi murid-murid tahun 6 seawal 2.30 petang. Semangat betul murid-murid ini untuk perkhemahan. Ini adalah kali pertama saya di SJKC.

Kali ini saya ditugaskan sebagai ketua jurulatih Permainan Rakyat, senamrobik, Khidmas, dan pengacara Majlis Penutup. Alhamdulillah, banyak dapat belajar. Ilmu yang paling berkesan adalah praktikal.:)


Baiklah ini adalah entri yang pertama.InsyaAllah..akan ada gambar pada entri berikutnya :)

Wednesday, October 26, 2011

Hubungi ceritadqimie

Terima kasih kak jue sebab beri tutorial untuk bina satu borang untuk 'Hubungi Saya'. Dah siap apa yang saya nak. Borang itu ada diatas bawah member iaiti HUBUNGI DQIMIE. harap dapat membantu kawan-kawan yang ada pertanyaan dan cadangan

Perkongsian ilmu bersama cahayapintar.blogspot.com

Salam semua. Seperti yang sedia maklum, saya telah membina satu page di FB iaitu Perkongsian ilmu dimana saya akan berkongsi bahan-bahan berkaitan dengan pendidikan di Malaysia.

Bagi memudahkan kawan-kawan dan juga pembaca blog saya untuk mendapat maklumat terkini, saya 'create' satu bloglist khas untuk cahayapintar.blogspot.com diatas sebelah kanan.

Harap ianya memudahkan dan memberi maklumat kepada anda semua.

Sekian

Monday, October 24, 2011

"My Happiest Moment" with OLYMPUS PEN contest


My happiest moment and always happiest in my life is my lovely cute kids. Ahmad Adib Hakimi born on 30 August 2008 and Nur Amni Aqilah comes to my life on 08 June 2010. This picture taken on Hari Raya Aidilfitri 2011 and it always make me smile when I see it, cute faces make me laugh , and their naughty make me love them so much. As their grandmother said, "diamond umbrella"...Even Adib and Amni  play to 'hard', believe it that Baba always love you....So please don't be so naughty ok...!!! hope both of you will be a good person and success in life. Amin.

 Here Baba make special 'pantun' for both of you:
'diamond umbrella' gelaran Adib diberi
ganas dan selamba itulah Amni
membawa keceriaan dan kegembiraan kepada keluarga kami
rindu dan sayang tidak berbelah bahagi


Share your happiest moment with OLYMPUS! and lets join  NUFFNANG contest!



Click here for more information about the PEN Lite E-PL3.
Click here for more information about the Pen mini E-PM1.

Saturday, October 22, 2011

cerita jogging di pagi sabtu



Salam semua. apa khabar hari sabtu? Jom kita jogging adalah entri saya untuk mengajak semua pembaca meluangkan masa pada pagi ini untuk menambah kecergasan dan kesihatan. Jika hari biasa mungkin keberatan untuk kita keluar namun pada hari cuti inilah kita dapat meluangkan bersama-saSma keluarga. Betul tak?

Walaupun tiada taman , tiada kehijauan, namun Stadium Sungai Besar memberi ruang kepada saya dan keluarga untuk beriadah. Terima kasih kerana memberi penduduk menggunakan stadium untuk manfaat bersama.

Jom, saya nak pergi dah!!!! salam

Thursday, October 20, 2011

Sedia Bantu Khidmat Pelanggan KPM

Khidmat Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPKPM) merupakan Pusat Sehenti ( One Stop Centre) yang lebih sistematik dan bersepadu bagi mengendalikan pertanyaan, maklum balas dan menerima cadangan melalui telefon, emel dan laman web.

Waktu operasi      : Isnin - Jumaat
Masa                   : 8.00 pg - 5.30 ptg
No. telefon          : 03-77237070
Laman sesawang : www.moe.gov.my (e-ADUAN)





sumber: Program bersama KPM

PENEMPATAN LEPASAN KPLI AMBILAN JUN 2010 SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS)

Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat PENEMPATAN LEPASAN KPLI AMBILAN JUN 2010 SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) yang telah lulus temu duga boleh disemak di sini bermula 18 Oktober 2011. Tuan/puan yang membuat semakan diminta untuk menghubungi Jabatan/Bahagian sebagaimana yang tertera di ruang MAKLUMAN untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan tuan/puan.

Harap Maklum
 
sumber: www.moe.gov.my

Monday, October 17, 2011

“Kontest : Saya Nak Menang Hadiah”

jika diizinkan mendapat hadiah utama, apa yang perlu saya buat?
  1. membeli keperluan anak-anak iaitu lampin pakai buang untuk 2 bulan atau
  2. belanja keluarga makan dan berjalan-jalan. Bukankah musim cuti sekolah dah dekat. atau
  3. hadiahkan domain @ hosting untuk isteri sempena harijadinya pada November nanti atau
  4. melabur di ASB.
Jadi yang mana satu akan saya pilih? Tengok keadaanlah beb...:)


Andai dapat hosting atau domain dah tentu akan saya hadiahkan untuk isteri. Voucher KFC dah semestinya akan digunakan sebaik mungkin dengan membawa keluarga makan. Jika dapat kemeja dan CD ia adalah umpama hadiah yang amat bermakna kerana selepas berkahwin tak pernah beli CD atau kemeja. Maklumlah sejak ada keluarga, anak-anak yang diutamakan dahulu. Betul tak kawan?


Disini saya ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua penaja-penaja yang sudi membina peraduan yang mudah dan senang :
#SayaNakMenang













p/s: Saya dah 'like' FB DENAIHATInetwork , MohdZaidcom , UniversalMalaysiaDomestic dan Exabytes Network . Anda bila lagi? Berminat klik #SayaNakMenang diatas k.

Bahan Pelan Pelaksanaan LINUS

Salam... disini ada bahan untuk Pelan Tindakan LINUS. Sila klik disini... BAHAN LINUS

Sunday, October 16, 2011

Amek Kaw!

Salam semua... Hari minggu memang hari memenatkan. Inilah masa sehari penuh dengan anak-anak. Entah bagaimana ibunya yang 24 jam bersama anak-anak. Itu sebab syurga  di bawah kaki ibu.

Hari Makanan Sedunia 2012

Tahukah anda bahawa hari ini adalah Hari Makanan Sedunia (16 Oktober 2011). Saya baru tahu dari program Nasi Lemak Kopi O di TV9. Terus saya google dalam internet dan ianya disambut pada hari penubuhan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. 


Tujuan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan kesihatan dalam pemakanan. Jadi apa kata mulai hari ini kita cuba mengambil berat penjagaan makanan dalam keluarga kita. Sekarang ini pun di TV9 membincangkan mengenai diet kanak-kanak. Jom kita tengok TV ek :)

Saturday, October 15, 2011

tutorial link bergambar

Salam semua. Hari ini saya akan membantu anda semua bagaimana untuk membina link bergambar.

DALAM PEMBINAAN

Selamat malam semua. Bagaimana permainan bola negeri anda. Saya dimaklumkan dalam FB yang Perak telah kalah kepada Selangor. Tak ada rezeki nampaknya nak ke Bukit Jalil. uhuhuh.

Thursday, October 13, 2011

blog Perkongsian Pintar

Salam semua. Apa kabar? Mesti ingat saya tukar blog. Tidak, blog ini menceritakan aktiviti saya di sekolah dan juga harian. Saya akan mengubah lagi satu blog saya ke arah blog perkongsian pintar.

Ia adalah blog untuk saya bertukar-tukar bahan dalam pemulihan khas dan juga mendapat maklumat dari kawan-kawan yang lain. Harap kita akan dapat menyebarkan ilmu-ilmu ke seluruh Malaysia. Wah nampak hebat, itulah kelebihan zaman sekarang dengan adanya internet dan blog. :)

Bagaimana tercetusnya idea ini? Ia adalah berpunca daripada cikgu-cikgu di sekolah yang menyambungkan pelajaran ke peringkat Ijazah. Pensyarah mereka meminta mereka membina sebuah blog dan dari situ tercetusnya idea saya untuk berkongsi ilmu mengenai blog dan juga bahan-bahan. Walaupun telah ramai cikgu-cikgu yang membina blog namun tidak mematahkan semangat saya untuk terus bersama-sama meningkatkan taraf pendidikan negara. :)

p/s: nama blog itu... http://cahayapintar.blogspot.com/

Harap kita semua akan dapat mengecapi kejayaan bersama serta membantu murid-murid menguasai 4M. InsyaAllah saya akan cuba untuk memuat turun dalam blog saya  dan saya berharap agar anda semua akan bersabar. Maklumlah baru nak belajar .... sekian...:)

m.a.l.a.s

Sejak akhir-akhir ini malas sungguh nak update blog. Kenapa ? tak pasti apa puncanya. Namun yang pasti pendapatan dah kurang. Mulai esok pasti akan ada cerita yang akan saya sampaikan. Dah banyak idea datang, harap dapat berkongsi bahan dengan anda semua. Salam

Monday, October 10, 2011

Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti Tahun 2012

Salam 


Disini saya lampirkan cuti berganti bagi tahun 2012 yang diambil dari laman web KPM. 

Sunday, October 09, 2011

Budi yang baik dibalas baik

Salam.. apa kabar??? Selamat beristirehat dihujung minggu. Entri ini dah lama nak buat tapi sibuk berjalan. hehehe

entri yang ringkas ini ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu yang menghargai sumbangan kami yang memberi cenderahati atas kelahiran bayi sulungnya.

Tak sangka pula akan dapat KFC... Rezeki dari Allah, memang masa itu anak-anak nak makan KFC. Memandangkan tengah bulan yang sengket, isteri berjanji akan belanja pada bulan hadapan, namun saya bawa balik KFC tanpa saya tahu yang anak-anak saya nak KFC. Syukur Alhamdulillah...

Pepatah memang benar, buat balik dibalas baik. Janganlah kita risau kerana Allah Maha Mengetahui... Amin

Tuesday, October 04, 2011

Selamat Menyambut Hari Kanak-Kanak 2011

Salam kepada semua pembaca. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Kanak-Kanak kepada seluruh dunia. Itu ucapan ringkas dari saya. Saya tak suka nak ucap panjang-panjang, nanti melalut entah ke mana. Bagi saya biar ringkas tapi padat.
Hari ini sekoalh saya ada mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak. Bukan main suka saya tengok sebab mereka asyik bermain dan makan. Inilah dunia mereka dan inilah pengalaman paling berharga kanak-kanak. Tidak akan berulang kembali masa itu jadi gunakanlah masa yang ada ini untuk menimba pengalaman yang berharga.
Seperti biasa saya akan lampirkan beberapa gambar untuk tontonan. Ini adalah gambar sambutan di sekolah saya.

Monday, October 03, 2011

MAJLIS HARI RAYA BERSAMA UPIN DAN IPIN DI SPACE U8

Salam... pagi-pagi dah tulis blog. hehehe semalam tidur lewat, balik lewat, makan lewat dan semuanya lewat sebab pergi beraya dengan Upin & Ipin di SPACE U8.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...