wah! best!

Followers

Jom klik

Thursday, December 24, 2015

Cerita pokok tumbang

Hari ini Adib demam panas lagi. Tapi kami tak pergi klinik 1Malaysia... sebab malam semalam pergi ke Klinik 1Malaysia Kg. Tawas dah bagi ubat panadol sahaja. Jadi kami terus pergi ke Poliklinik Fair Park. Alhamdulillah panas pun surut.
Jadi masa sedang santai2 kt rumah ,teringat nk buka whatsapp... bada group family...terkejut apabila rumah mak dihempap pokok.  Udah apa perlu buat...tanya dulu kawan2 ktt.. Alhamdulillah. .. dapat tahu apa nk buat.
1st call 999... jawab dengan operator dan terus pass kepada JPAM. Masa telefon pun dh pukul 7 ... sebelum Maghrib. Lepas maghrib terus balik rumah mak.
Sampai2 pergi lihat tempat kejadian. Teruk gak. Ada ambil gambar. Sehingga post ini ditulis... takde pun pihak berkaitan datang. Begitu juga dengan JPAM. Takpe la.. bersangka baik. Mingkin sebab dah lewat. Esok harap2 ada yang datang untuk menyelesaikan masalah ini.

#tanggungjawabkitaamanahkita

Tuesday, December 22, 2015

Bilangan Minggu 2016

Assalamualaikum.

Sesi persekolahn telah ambil tiba. CIkgu-cikgu mesti sibuk nak menyiapkan RPT. Ini saya sediakan untuk tuan-tuan dan puan-puan  mendapatkan bilangan minggu mengajar disini.

Friday, December 18, 2015

Laman taman di atas bangunan

Assalamualaikum. ... hari ini cadang nak balik dah , tapi badan rasa tak sedap. Lagi - lagi apabila mak cadang balik esok sahaja.
Adib dan amni apa lagi ,aktiviti kesukaan mereka. ... berenang. Dalam masa menunggu tu ada juga berjalan -jalan di sekitarnya.
Baru perasan , suasana kat atas bangunan yang adik tinggal sama seperti kawasan rekreasi.  Ada tanam pokok besar , pokok kecil apa lagi , dan landskap pun cantik.
Jadi oklah kalau duduk kat kondominium dah siap suasana macam tu.

Thursday, December 17, 2015

Kedai Ustaz

Semalam berkesempatan untuk singgah Kedai Ustaz yang menyediakan pelbagai aksesori telefon. Memang ramai orang . Itu yang 1st time saya nampak.
Kedai ustaz ada 2 buah. Satu sebelah 7 eleven dan satu sebelah kedai makan. Ops lupa kedainya terletak kat Uptown Kota  Damansara.
Yang saya beli cover ipad biasa RM 6 , ipad mini mickey mouse RM25 dan paling best cable samsung pendek RM2. 
Jadi siapa yang nak cari boleh je pergi sana. Battery pun RM15. Belum tengok lagi rege untuk screen protector. Ramai orang buat.
Ok .. sekian cerita saya hari  ni

Saturday, December 12, 2015

Program Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia di padang Polo

Seperti biasa setiap pagi Sabtu pasti akan ke padang polo untuk jogging. Suka jogging kat sini sebab semangat untuk jog tinggi apabila semua orang jog. Tak kira anak- anak atau atuk. Itu yang seronok.
Hari ini special, sebab ada program pelajar-pelajar yang menganggotai PBSM yang memberi penerangan mengenai pertolongan cemas dan semakan tekanan darah.

* kalau boleh harap pelajar- pelajar ini fasih berbahasa melayu

Saturday, December 05, 2015

Aktiviti cuti sekolah

Cuti- cuti ni memang seronok bagi anak- anak. Jadi tahun ini memang tak pergi mana- mana sebab kena berjimat. Hehehehe jadi memandangkan chiq dina ada benih bendi...kami pun buat pelan-  pelan. Adib dan Amni belajar tanam dari A-  Z  Semoga lahir pokok bendi kami .hehheheh

Port Festival Ipoh

Tempat : Dataran Bandaraya Ipoh
Tarikh : 5 & 6 Disember 2015
Jom datang ramai2... mmg happening.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...