wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, June 16, 2012

i Think di Sabak Bernam

Salam buat semua pembaca blog saya.

Hari ini pagi-pagi siap pergi ke sekolah kerana ada program i think di SK Dr. Latif Sabak Bernam. Jadual tunjuk bas akan datang jam 10.15 tapi sampai pukul 11.00 baru bas sampai. Jadi kam sampai jam 11.20 pagi. Amat mengecewakan, kami cuma datang untuk makan aiskrim dan makan tengahari sahaja kerana program tersebut telah sampai ke penghujung. Harap selepas ini pihak penganjur akan lebih prihatin.



Bertemakan memupuk minda masa depan, i Think adalah satu program kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Agensi Inovasi Malaysia. Terdapat 8 peta pemikiran i Think, suatu alat berfikir visual yang memudahkan murid memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.iTHINK.org.my untuk mengetahui secara lanjut tentang Peta Pemikiran.


p/s: komen saya, pandangan saya, harap program ini diadakan di setiap sekolah kerana masa terhad serta tiada orang yang memberi panduan kepada kami ketika kami sampai.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...