wah! best!

Followers

Jom klik

Friday, June 29, 2012

Nikmat menjadi guru

Petang semalam baru balik mengajar tuisyen tahun 3. Bukan main perang kali ini. Saya memang jerit dan marah betul betul. Namun selepas selesai mengajar, tiba tiba rasa sesuatu dalam diri.

Inilah nikmat menjadi guru. Murid yang tak dengar cakap, tak bawa buku, saya akan marah. Itu pun masih lagi mereka bertahan. Umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Penat betul menjerit dan memberi arahan. Tak sampai 5 minit, bising datang kembali. Sampaikan cikgu kelas pun datang baru senyap.Hehehehehe nampak sangat saya tak garang lagi.

Rotan pun dah nak hancur. Saya memang tak suka merotan murid, tapi kalau dah selalu tak bawa buku, memang saya rotan. Hari ini menangis seorang budak. Tapi saya tahu rotan saya tak sekuat rotan cikgu lain.

Jadi kesimpulan dapat saya tahu bahawa tiap tiap hari saya akan menjerit dan marah. Kalau tak menjerit kepada murid, saya menjerit kepada anak. Itu yang saya perasan. Jadi patut saya dapat cikgu sebab tiap tiap hari boleh jerit dan bertegas dengan murid. Tapi murid sekolah rendah sahaja, kalau sekolah menengah mesti dah jadi apa apa pada motor atau kereta. Pendekatan mereka lain. Kalau kerja di bahagian lain contoh pentadbiran, takkan tiap tiap hari nak marah orang dewasa...

Inilah nikmat seorang guru yang tiada pada orang lain. Niat guru hanya satu, mendidik murid menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan masyarakat serta ibu bapa. Guru menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan agar matlamat modal insan akan tercapai. Harap murid murid akan memahami jika guru marah atau tegur. Untuk kebaikan kita semua.

Semoga Allah memberkati rezeki yang telah Kau berikan. Amin....

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...