wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, June 26, 2012

Buku percuma di Pesta Buku

Salam. Hari ini ada pesta buku di Sungai Besar yang diadakan di Dewan Sri Bernam Sungai Besar. Kepada penduduk di sekitar daerah Sabak Bernam bolehlah singgah sebentar untuk melihat buku buku yang dijual dengan harga yang rendah. Bagi guru guru, apabila anda mendaftar nama di booth Cerdik Publication, anda akan dapat buku percuma!

Mula mula saya tak percaya sehingga saya bertanya banyak kali baru saya menulis nama dalam borang pendaftaran. Saya cuma mengambil buku matematik tahun 1 sahaja sebab yang lain tidak bersesuaian dengan saya. Dalam erti kata lain tidak ada kena mengena dengan subjek yang saya ajar.

Bagi guru guru terutama sekolah menengah memang banyak buku. Dari matematik, geografi, pendidikan Islam dan macam macam lagi.

Chiq Dina memang kaki buku, tapi hari ini sekadar melihat sahaja kerana tiada banyak pilihan. Adib dan Amni dah awal awal pegang buku. Kali ini Adib membeli buku sains pra sekolah. Nanti cikgu ibu akan ajar ler...

Amni pula beli video kak sue dengan harga RM 5.00 sahaja. Balik rumah terus pasang, dan baru tengok 20 minit, Adib kata boring... Ehmmm budak zaman sekarang. semua nak HD dan iPad. Tak rugi saya beli ;). Banyak aplikasi dalam iPad yang membantu Adib belajar secara tidak langsung.

Apa apa pun saya mencadangkan orang orang Sungai Besar untuk bersama sama melawat pesta buku ini yang akan diadakan bermula 24 Jun sehingga 26 Jun 2012.

 

Pamplet dari suratkhabar


Buku percuma dari cerdik Publication

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...