wah! best!

Followers

Jom klik

Friday, October 05, 2012

Penantian oppa gangnam style

Aura apa pun tak tahu, tetapi oppa gangnam style telah merebak keseluruhan dunia. Tarian yang seakan akan menaiki kuda telah merasuk hampir seluruh masyarakat di dunia dari kecil hingga ke besar. Yang tua tak pernah lagi tengok. Hahahaha buang tabiat kalau tergila gilakan tarian ini.

Semalam di tv 9 selepas berakhirnya berita jam 8 malam, ada disiarkan klip video seorang bayi yang akan duduk diam dan senang diberi makan selepas menonton klip video PSY. Jika tidak dipasang, pasti akan meronta ronta. Tetapi selepas bapanya menayangkan klip video tersebut, terus senyap dan makan seperti biasa.

Begitu juga hal di sekolah ini, dari murid tahun 6 sehingga tahun 1 pasti akan menyanyi dan membuat tarian gangnam style. Walaupun mereka berbangsa Cina, tetapi dunia sekarang melampaui batasan sempadan. Tidak kisah apa pun maksudnya dan pasti tidak faham akan lagu yang mereka nyanyikan, namun kerana sedap dan menjadi kegilaan, lagu tersebut dinyanyikan bersama sama.

Itulah kesan dari globalisasi. Ada yang membawa kebaikan dan ada juga yang membawa keburukkan jika tidak dikawal.

 

2 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

macam2 yea.. ada aje yang ikut jika mcm ni.. :-(

hasmardy said...

itulah pentingnya pendidikan agama dan kasih sayang ibu bapa ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...