wah! best!

Followers

Jom klik

Friday, October 05, 2012

Gelagat anak dah sihat

Syukur Alhamdulillah apabila Adib dan Amni beransur pulih. Susah hati betul masa mereka demam. Suhu dah nak sampai 40 darjah celcius. Itu pun boleh kata Amni kurang darah... Inilah apabila perkhidmatan percuma diberikan. Mungkin ramai pesakit, tetapi ingatlah kerja itu ibadah. Buatlah kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Akhirnya kedua dua saya hantar ke klinik Nurul Huda dan kedua duanya kena masuk ubat dalam punggung. Doktor kata bahaya kalau demam terlalu tinggi. Nanti boleh menyebabkan sawan. Masa sakit dua dua diam sahaja. Tak aktif langsung.

Lepas makan ubat, Amni asyik buang air besar. Cirit dan panas lagi. Harap semua virus telah keluar. Hehehehe. Adib pula nak pergi sekolah. Di sekolah, bukan Adib sahaja demam, ramai lagi yang demam. Ashraf salah seorangnya. Itulah kalau dah musim demam, ramai yang demam.

Hari ini, suhu badan Adib dah ok, Amni masih ada lagi. Harap Amni juga akan sembuh. Amin

Update: masih lagi demam den suhu 38 darjah celcius ....

 

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...