wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, October 27, 2012

Transformer vs Ultraman

Hari ini kisah Ahmad Adib Hakimi. Minat pada Ultraman Tahap dewa. Boleh dikatakan semua nama Ultraman Adib tahu dan dapat bezakan Ultraman Ultraman yang ada dalam koleksi dia.

Kebanyakan koleksi Adib diberikan oleh Opah. Saya pun dah lupa mana yang pertama kali dibelinya. Kadangkala ada yang terbeli dua gara gara minat fanatik ya.

Contoh pakcunya beli Ultraman Max walhal Ultraman tersebut telah ada....Namun bila difikirkan kembali, minat ini boleh menjadi hobi beliau mengumpul koleksi Ultraman. Jadi sebagai bapa mithali saya akan terus berikan galakan dan lepas ini minta dia beli dengan duit sendiri.

Patung terakhir yang dimiliki dariopah adalah Ultraman zero...

Lagi satu , opahnya ada membeli baju Bumble Bee Transformer. Masa mula mula malu taknak. Tapi rupa rupanya minat habis. Lepas baju tersebut basuh, asyik pakai sahaja.

Baju dah dibasuh...pakai topeng sahaja

Kali terakhir, dipakainya semasa tidur. Nampak dah minat Transformer. Gara gara tak kencing sebelum tidur, baju itu terpaksa basuh lagi sekali. Sebab kencing semasa tidur.

 

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...