wah! best!

Followers

Jom klik

Friday, October 26, 2012

Nasi mandy kambing di Ipoh


Semalam saya berpuasa sunat arafah bersama sama isteri. Jadi balik Ipoh, memang berhajat nak makan nasi Arab atau lebih dikenali sebagai nasi Yemen. Hari itu kami makan di restoran Malika Saba klik sini

Kali ini saya beli di sebuah restoran belakang sekolah saya dulu, St. michael, Ipoh. Namanya susah nak nyebut...tapi nanti saya update saya bagi tahu.

Memandangkan hujan yang lebat, jadi saya seorang sahaja yang pergi membeli. Tak makan kat situ, bawa balik.

Salah satu punca nak cuba nasi disitu kerana Abang Salim yang telah berkongsi gambar dalam FB. Saya pantang kalau bab makan ini, lebih lebih lagi dah dapat gaji. Hehehehe.

Komen saya..

 

Update: kad perniagaan Restoran Hadramaut Paradise

TERBAIK!

Berbeza dengan Restoran Malika Saba yang di uar uar kan sedap. Saya memilih Nasi Mandy Kambing. Walaupun saya lihat lebih kurang sama, tapi rasa disini sangat sedap . Satu pinggan RM 20.00 sahaja dan bagi saya satu pinggan boleh makan untuk 2 orang... Nasi banyak.

Lagi satu mereka telah sediakan sos, di Malika kami tak dapat sosnya. Tak tahu kenapa. Lagi pun masa itu kali pertama kami makan.

Tempat restorannya pun cantik dan kemas. Berbaloi kalau makan disana tapi tak kesampaian. Kalau anda singgah di Ipoh, cubalah. Tempatnya belakang St. michael dan berdekatan Sungai Kinta.

 

 

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...