wah! best!

Followers

Jom klik

Wednesday, October 24, 2012

kecewa perbankan internet Bank Islam

Dari semalam saya nak top up UMobile dan sehingga tadi tak dapat dapat juga. Jika tidak dapat selalunya masalah coverage internet yang teruk dikawasan saya. Aduan dah buat, namun jawapan yang diterima hanyalah minta sabar. Kami sedang meningkatkan mutu perkhidmatan kami.


Hari ini dapat juga masuk dalam laman web namun saya kecewa akhirnya. Sistem perbankan internet mesti memerlukan liputan yang kuat agar dapat menggunakan perbankan internet dengan mudah.


Namun selepas saya dah hampir selesai membuat bayaran dan memerlukan i access code, saya kecewa lagi sekali. Mana tidaknya, saya dah request i access code tapi hampir 1 jam tidak ada terima mesej dalam telefon bimbit.

Andai kata saya tak daftar, selalu akan ada penyataan yang kita tidak mendaftar. Nak kata nombor telefon lain, saya tak pernah tukar lagi no telefon. Tukar syarikat telefon adalah. Akhirnya saya keluar begitu sahaja. Memang saya kecewa dengan perkhidmatan Bank Islam.

Bagaimana nak menaikkan nama Bank Islam andai perkara begini juga tidak dapat diatasi. Seterusnya saya menggunakan kad kredit Alliance Bank dan tak sampai 15 minit sudah selesai.

Harap pihak pentadbiran berkenaan yang membaca entri ini akan menambahbaik sistem perbankan internet.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...