wah! best!

Followers

Jom klik

Wednesday, November 16, 2011

Ku hadiahkan 3 lapisan emas buat isteriku

Salam semua. entri kali ini khas untuk isteri-isteri dan wanita-wanita sekalian. Mintalah pada suami anda emas-emas yang pasti mudah anda perolehi jika anda mengikuti langkah langkah yang akan saya berikan :)


Sebenarnya tiada langkah-langkah cuma saya nak berkongsi kepada anda semua satu cerita yang berlaku semalam. Anda semua pernah menonton Tanyalah Ustaz di TV9? Kalau tidak, rajin-rajinlah tengok ek.

Balik dari sekolah petang semalam,  tanpa diminta isteri dah berikan air. Saya pun tak perasan, jadi saya ambil dan minum. Kemudian dia tersengih-sengih. Isteri saya pun cerita apa yang didengar dalam program Tanyalah Ustaz.

"Isteri memang mudah untuk dapat pahala. Jika isteri sediakan keperluan suami tanpa perlu suami meminta seperti air minuman, urutan dan sebagainya, si isteri akan dapat 3 lapisan emas, jika suami yang meminta dan isteri baru memberi, akan dapat 3 lapisan perak. Jadi yang mana isteri nak? Semestinya emas!!!! betul tak.

Pagi tadi sebelum pergi kerja, isteri dah bagi urutan di belakang badan. Apa lagi masing-masing tergelak. Tak apa dapat emas tu!!!! siapa nak bagi kan..

Jadi pada isteri-isteri , sila rajin-rajin memberi perkhidmatan yang terbaik buat suami dan rajin-rajin tengok tanyalah uztaz.. :)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...