wah! best!

Followers

Jom klik

Monday, November 14, 2011

Rombongan Janda Baik

Salam dan selamat pagi!!!

Cerita kali ini mengenai rombongan sekolah pada hari Sabtu (12.11.2011) ke Janda Baik, Pahang. Lawatan kali ini adalah ke Newera Organic Farm, Midvalley dan i-city.



Pagi subuh hujan turun dengan lebatnya, menyebabkan jadual bergerak pukul 6.00 pagi tertunda ke pukul 6.45 pagi. Sepanjang perjalanan hujan turun renyai-renyai tapi lebat. Sampai k destinasi pertama jam 10.00 pagi. Kami, Cikgu Osman, Cikgu Yus dan saya tidak melawat ke ladang tersebut kerana tak bayar duit masuk. hehehe jadi kami ronda2 lah.

Tempat itu memang dalam dan suasana seperti di Cameron Highland. Ada sungai, masjid pun dekat , sekolah pun ada, restoran masakan melayu pun ada. Oklah kawasan itu cuma kita tak tahu nak pergi mana dan hujan , jadi kami cuma lepak di masjid dan sekitar sungai. Saya lihat banyak tempat untuk berkelah dan tapak perkhemahan. Jadi jika ada sekolah-sekolah yang inginkan kelainan, boleh datang kawasan itu.

Di Midvalley kami sampai jam 5.00 petang. Disini kami bermain bowling dengan en Lan gak. Tak banyak aktiviti membeli belah, maklumlah tengah bulan.

 Jam 8.00 mlm kami sampai di i-city Shah Alam. Berderet-deret bas tersusun rapi disini. Maklumlah bulan rombongan. Macam-macam ada disini, Memang pokok lampu bertaburan disana sini. hehehehe. Bolehlah kalau nak bawa keluarga berjalan-jalan.

Jam 12.15 malam baru kami sampai di sekolah. Penat tetap ada, tapi pengalaman tetap menarik. Cuma harap agar disediakan bas yang sempurna. Bas yang kami naik macam dah uzur sahaja. :) Ada gambar yang disediakan... selamat membelek gambar ek
Bas Jengka

Aliran sungai membelai batu....

Bersama-sama pisang pink

Dalam lagi tu...

Hujan lebat.. air pun deras




chalet yang disediakan




i city, Shah Alam




Gambar kenangan




China town walk

snow walk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...