wah! best!

Followers

Jom klik

Wednesday, November 09, 2011

Abang borek, adik rintik

Pertama saya ingin memberitahu bahawa peribahasa ini adalah ungkapan dari saya sahaja. Ini pun saya tak pasti sama ada betul atau tidak.

Ceritadqiemie hari ini mengisahkan anak-anak saya,iaitu Adib dan Amni yang bagaikan tak boleh dipisahkan dan tak boleh didekatkan. Ada sahaja aktiviti yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Ini kira pangkat budak baru nak naik. Memang betul pun. Abang dah nak masuk 4 tahun dan adik nak masuk 2 tahun.

Tadi kami sekelurga pergi menziarah rumah kak Yah, kerani sekolah kerana suaminya mengalami strok. Hampir 2 minggu Kak Yah bercuti untuk menjaga suaminya. Begitu besar pengorbanan seorang isteri, begitu juga dengan anak sulungnya yang telah berhenti kerja bagi bersama-sama membantu ayahnya.Alhamdulillah saya dimaklumkan bahawa suaminya beransur-ansur menunjukkan perkembangan yang positif. Semoga suami Kak Yah akan cepat sembuh. Amin


Nak dijadikan cerita Adib dengan selambanya terus ajak kami semua makan selepas anak Kak Yah hidangkan makanan. Macam lapar sangat. Nampak perubahan dari pemalu kepada buat muka selamba. Cakap kuat-kuat plak. Cuma nampak tak boleh jauh dengan mak dan ayah sahaja.

Adik dia pula, akan ikut apa abang buat. Ingatkan bila perempuan, tak adalah ganas. Betul kata doktor Tharizah, akan ikut abang. Hari ini buat lawak, abis keypad latop ibu dicabutnya. Sama kes dengan laptop baba. Hehehehehe. Nasib baik dapat diperbetulkan. Tadi sebelum tidur boleh plak dia wrestling dengan abangnya.

Inilah kisah abang dan adik. Namun marah tetap kena marah. Baba tak nak anak Baba tak hormat orang tua dan jadi kurang ajar. Baba dan ibu sentiasa mendoakan yang terbaik.Amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...