wah! best!

Followers

Jom klik

Sunday, November 20, 2011

Selamat bercuti dari Sungai Besar-Tangkak-Nilai-Kajang-Ipoh

Salam

Dah rasa terlambat nak buat entri ini. Sebenarnya akhir-akhir ini banyak kerja yang perlu dilakukan. Ada ke esok nak cuti baru bagitahu kena masukkan data buku perpustakaan dalam tempoh 2 minggu? Orang dah nak balik kampung, adik ipar bertunang dan lain-lain lagi. Semua itu telah dirancang. Aduh masalah kalau dapat sekolah macam ini. Waktu murid tahun 6 dah habis UPSR tak ada pula nak buat.


Namun Alhamdulillah dengan niat dan azam dapat selesaikan petang Jumaat sehingga pukul 7.00 malam. Tak nak pening-pening atau teringat akan tanggungjawab yang belum selesai jika balik begitu sahaja. Kita nak balik enjoy.. tul tak?

Semua dah selesai dan seterusnya untuk persiapan adik kahwin pada 3 dan 4 Disember 2011. Dari Sungai Besar ke Tangkak adalah untuk menghadiri adik ipar bertunang. Majlis selesai jam 5.00 petang dan terus ke rumah Abang ipar. Selepas makan malam kami tumpang tidur di rumah kakak ipar di Kajang.

Esok pagi baru kami bertolak pulang ke Ipoh! dapat singgah McD dan makan sarapan paginya. Lama dah tak makan pagi di McD :) Jam 10.00 pagi baru sampai di Ipoh. Ini gara-gara GPS yang baik hati supaya ikut jalan lama. ( jimat tol katanya)

Sempat juga makan bersama ibu dan adik dan terus kerumah nenek kerana saya dapat tahu adik nenek jatuh dan mengalami strok. Bila jadi begini teringat akan anak dan isteri. Itu nekad tahun depan saya akan masuk Takaful Simpanan Haji. Tapi apabila sampai kami dimaklumkan bahawa adik opah telah ke hospital. Maklumat terkini memaklumkan bahawa opah su telah stabil. Alhamdulillah

Satu hari suntuk membwa kereta, kesannya baru terasa. Lenguh sungguh kaki ini. Teringat kereta auto.. senang sahaja. hehehehe Nasib baik mak ada beli urut kaki. Alhamdulillah lega... terima kasih juga kepada ibu yang tolong membantu memberi urutan refleksiologi kaki ek.. :)

Jumpa lagi. InsyaAllah nanti saya upload gambar..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...