wah! best!

Followers

Jom klik

Sunday, November 13, 2011

PROGRAM KESELAMATAN JALAN RAYA

Salam semua. Hari ini baru rasa ada masa untuk buat entri baru selepas Amni kena marah dengan baba kerana lagi sekali dia mengumpil keyboardkomputer riba babanya.

Entri ini adalah berkenaan program yang telah saya sertai pada hari Jumaat 11.11.2011 yang diadakan di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, Selangor. Sekolah di sekitar Sungai Besar yang terlibat adalah, SJKC Sin Min, SK Seri Makmur, SK Seri Utama dan kalau tak silap SK Panchang Bedena dan SK Sungai Limau juga terlibat. Bagi murid sekolah rendah, adalah berjalan kaki, sekolah menengah, berbasikal dan belia bermotorsikal.




Inilah dalam sejarah saya dan cikgu Mastora berjalan kaki bersama-sama murid mengelilingi pekan Sungai Besar. Perjalanan kami mengambil masa 1 jam. Inilah yang dinamakan sejarah takkan berulang :) penat tapi menyeronokkan. Mereka semua diajar cara yang betul semasa berada dijalan raya.

Sebelum berjalan kaki, kami diberi penerangan oleh seorang Sarjan mengenai tatacara, peraturan dan jenis-jenis kesalahan yang sering berlaku dijalan raya. Disamping itu ada pameran berkenaan tugas dan tanggungjawab polis di Malaysia.

Selepas kami semua berjalan kaki lebih kurang 2km, murid-murid berehat dan terus ke acara pertandingan mewarna. Alhamdulillah, murdi sekolah saya telah menjadi Johan dan tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut.

Akhir sekali murid saya telah berjaya memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu sebuah basikal. Wah memang tak sia-sia murid saya pergi. Banyak hadiah yang murid kami dapat. Dibawah ini saya sertakan gambar acara tersebut

Sarjan yang menyampaikan taklimat dan penerangan


Pertandingan mewarna


Gambar kenangan di Perhentian Bas Sungai Besar

Pemenang hadiah cabutan bertuah





Acara berjalan beramai-ramai


Cikgu Mastora bersama-sama murid(bukti kukuh)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...