wah! best!

Followers

Jom klik

Thursday, October 13, 2011

blog Perkongsian Pintar

Salam semua. Apa kabar? Mesti ingat saya tukar blog. Tidak, blog ini menceritakan aktiviti saya di sekolah dan juga harian. Saya akan mengubah lagi satu blog saya ke arah blog perkongsian pintar.

Ia adalah blog untuk saya bertukar-tukar bahan dalam pemulihan khas dan juga mendapat maklumat dari kawan-kawan yang lain. Harap kita akan dapat menyebarkan ilmu-ilmu ke seluruh Malaysia. Wah nampak hebat, itulah kelebihan zaman sekarang dengan adanya internet dan blog. :)

Bagaimana tercetusnya idea ini? Ia adalah berpunca daripada cikgu-cikgu di sekolah yang menyambungkan pelajaran ke peringkat Ijazah. Pensyarah mereka meminta mereka membina sebuah blog dan dari situ tercetusnya idea saya untuk berkongsi ilmu mengenai blog dan juga bahan-bahan. Walaupun telah ramai cikgu-cikgu yang membina blog namun tidak mematahkan semangat saya untuk terus bersama-sama meningkatkan taraf pendidikan negara. :)

p/s: nama blog itu... http://cahayapintar.blogspot.com/

Harap kita semua akan dapat mengecapi kejayaan bersama serta membantu murid-murid menguasai 4M. InsyaAllah saya akan cuba untuk memuat turun dalam blog saya  dan saya berharap agar anda semua akan bersabar. Maklumlah baru nak belajar .... sekian...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...