wah! best!

Followers

Jom klik

Monday, October 03, 2011

MAJLIS HARI RAYA BERSAMA UPIN DAN IPIN DI SPACE U8

Salam... pagi-pagi dah tulis blog. hehehe semalam tidur lewat, balik lewat, makan lewat dan semuanya lewat sebab pergi beraya dengan Upin & Ipin di SPACE U8.


Jadi pagi-pagi ini nak bercerita mengenai majlis tersebut. Kami memang dah bergerak awal jam 9.30 pagi. Bawa dalam keadaan tenang dan kami sampai ke Shah Alam hampir pukul 11.00... nak jadi cerita kami tak tahu dimana SPACE U8. Nasib baik semasa kami singgah ke Studio Les' Copaque ada staff bahagian juru animasi sedang menunggu kawannya. Terima kasih banyak-banyak sebab bawa kami ke SPACE U8. Terima kasih tak terhingga.... rupa-rupanya bukan saya sorang, ada lagi 3 keluarga yang tak tahu dimana.

SPACE U8 adalah sebuah pusat membeli belah yang terbaru di Bukit Jelutong. Ia merupakan pusat membeli belah berkonsepkan mesra alam yang pertama di Malaysia.Dibawah lantai ada 200,000 tayar terpakai yang digunakan bagu tujuan memberi pengudaraan yang baik dibahagian bawah lantai, kipas besar dan bumbung lutsinar. (ini yang dikatakan oleh wakil SPACE U8)

Pada mulanya saya sangkakan ramai orang sebab buat kat shopping  mall tapi sebenarnya satu kedai pun tak buka. Kamilah (tetamu) yang merasmikan eco mall itu dulu. hehehe. Adib dapat 1 beg yang dipenuhi dengan hadiah dan gelang. Gelang tersebut digunakan sebagai bukti kami adalah ahli kelab dan boleh mengambil makanan secara percuma. Berbagai-bagai snek ada, nasi goreng, bihun goreng, lemang dan finger food.

Akhirnya dapat juga Adib dan kami sekeluarga bergambar dengan maskot upin dan ipin. Namun  Adib ini takut dengan orang, kalau tidak pasti ada agambar dia bersama maskot. Jasm 4 petang baru kami pulang dan terus ke GM Klang untuk membeli bahan-bahan berniaga ibunya. Tahu pukul berapa sampai rumah? 10.00 malam... uhuhuhuh.. ok ini ada beberapa keping gambar ... untuk tontonan..
Majlis Hari Raya Upin Ipin
Peminat...
pemandangan dalam space u8
Satu keluarga
cuba sandar pada upin & ipin
Pose Adib yang menarik

mmuuuaahhh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...