wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, July 12, 2011

Sambutan Hari Guru

Salam... lama tak update cerita saya ini. Jadi sementara masih ada lagi sisa sisa kuota broadband, tergerak nak bercerita mengenai sambutan hari guru di SJKC Sin min.
Sambutannya tidak banyak berbeza dengan Sekolah Kebangsaan. Ia adalah makanan. huahuahuahua... sedih pun ada gembira pun ada. Kenapa? Sebab tak dapat makan tetapi dapat bawa jajan SATU BEG PLASTIK BESAR! hahahahaha.
Sebelum itu saya ditugaskan dibahagian perhiasan pentas. Tugas saya cuma menolak kerusi beroda untuk cikgu menyusun dan melekatkan potongan perkataan di dinding. Takkan saya nak buat, sebab dalam bahasa cina. Satu apa pun tak faham. Yang tahu bahagian atas sahaja iaitu nama sekolah.

Kami menyambut hari Guru (lewat) pada 8 Julai 2011. Pagi itu seperti biasa azimat dari Guru Besar dan juga PIBG sekolah la. Selepas itu ada pertandingan bola keranjang . Saya satu kumpulan dengan GB. Kami dapat tempat no.3 dan hadiahnya adalah 1 botol 100PLUS. :)

Selesai dari bermain, baru bermulanya operasi menjelajah kelas ke kelas. Begitulah kami (Guru Melayu) menyambut Hari Guru. Alamak lupa nak singgah bilik Ustazah hari itu. Masa itu penuh ngan kaum perempuan (kakak bahagian kebersihan sekolah). Jadi kami bermula dari kelas 6S. Kelas yang pertama biasanya akan makan banyak. Memang pun, abis Air coke, cappucino dan air gas lain saya minum. Selepas itu operasi mengambil jajan. Itu sahaja makanan yang boleh diambil. :)

Sehinggalah kami  pergi ke kelas 4J. Nasib baik ada murid melayu bawa laksa. Wah terus berhenti disitu untuk menjamu selera. Mana tahan dari tadi bau laksa cina. Saya dengan cikgu Yus yang makan dulu. Cikgu lain dah berjalan ke kelas lain. Lepas habis lepak di 4J kami sambung balik mengutip jajan. Sampai lah ke kelas 1J. Ada seksyen makanan halal dan makanan tidak halal. :)

Rupa-rupanya ada cucu Kassim disini. Maknya buatkan hotdog, keaw teaw goreng, roti, donut ... ehmmm menyelerakan...Sampai disitu sahaja perjalanan kami... dah tak larat dah nak makan. Satu beg plastik juga saya bawa. Sekali dengan 1 botol air Coke. :)

Sekian...

Nak tengok gambar??? klik disini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...