wah! best!

Followers

Jom klik

Thursday, July 07, 2011

Xplorasi Klik Berita Harian

Salam semua. Apa khabar ? Harap semuanya sihat. Hari ini nak cerita mengenai Xplorasi Klik Berita Harian. Nak tahu??? Sila beli suratkhabar Berita Harian k!!! hehehe. Di sini saya cerita serba sedikit tentangnya...

 Peraduan ini dibahagikan kepada dua iaitu 'online' dan 'realiti'. Bagi online anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum anda dikehendaki menjawab soalan. Terdapat syarat-syarat dan peraturan yang diberikan. Jadi anda tidak perlu risau. Setelah anda mengisi maklumat diri, anda dikehendaki menyusun bola untuk mendapatkan petunjuk jawapan nanti.Terdapat enam petunjuk yang akan diberikan.
 Setelah selesai anda akan diberi 3 minit untuk menjawab soalan dan selepas itu akan anda akan diminta kod yang terdapat pada surat khabar pada hari tersebut. Soalannya lebih kepada BH iaitu sejarahnya, sisipannya, program-program yang diadakannya dan lain-lain. Pastikan anda menjawab dengan jawapan yang betul. Maksudnya jangan ada kesalahan dalam ejaan, akan dikira salah.

Bagi 'realiti' pula adalah peraduan mencari harta karun yang akan diadakan di Empire Shopping Mall pada 24 Julai 2011. Saya telah mendaftar bagi sesi pertama iaitu pukul 1.00 hingga pukul 2.00 petang. Kalau dapat masuk, ini adalah pertama kali saya masuk pertandingan mencari harta karun yang pertama!

p/s: Semoga berjaya kepada yang masuk !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...