wah! best!

Followers

Jom klik

Friday, July 22, 2011

Pertandingan Bahasa Malaysia Peringkat Negeri Selangor ke 37

Salam semua.. apa kabar?? Semalam tak ada cerita kerana penat badan membawa murid ke SJKC Yuk Chih, Bestari Jaya. Ada Apa?? Ada pertandingan syarahan dan penyampaian hadiah ujian bertulis bahasa Malaysia peringkat negeri Selangor.



Murid sekolah saya dapat hadiah saguhati pada pertandingan bertulis.Murid dikehendaki menjawab 100 soalan dalam masa satu jam. Johan untuk pertandingan tersebut adalah dari SJKC Damansara, petaling Utama. Beliau mendapat 90% markah.

Disamping itu diadakan pertandingan syarahan peringkat negeri. Ini untuk memilih murid mewakili Selangor  ke peringkat Kebangsaan. Satu pengalaman yang baru bagi saya. Saya boleh duduk disitu dan merakam syarahan tersebut sehingga ke peserta 23. Saya juga dapat berkenalan dengan guru dari SJKC Taman Rashna. banyak input dan info yang saya dapat. Terima kasih cikgu!

Kesemua 23 peserta adalah wakil dari daerah masing-masing. Apabila telah pergi keperingkat negeri, sebutan dan intonasi murid memang betul-betul berbahasa Malaysia. Tiada kedengaran bunyi 'slang' cina cuma apabila menyebut Malaysia sahaja yang ada kadang kala berbunyi lain. Tak mengapa, usaha tangga kejayaan.

Tahniah kepada SJKC Batu Sebelas Cheras kerana berjaya menjadi johan dan akan mewakili Negeri Selangor. Saya juga rasa naib johan  SJKC Khe Beng dan tempat ketiga SJKC Subang akan mewakili Negeri Selangor. SJKC Khee Beng dan Subang merupakan peserta yang selalu menjadi johan peringkat negeri. Tahniah kepada guru-guru yang mengajar mereka.

Harapan agar murid-murid ini akan meneruskan minat untuk bersyarahan dan seterusnya menjadi johan peringkat kebangsaan. CHHHAAAYYYYYOOOKKKK.. :)

gambar pemenang dengan AJK

Murid saya

GB SJKC SIN MIN



p/s: banyak informasi UPSR BM yang saya dapat... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...