wah! best!

Followers

Jom klik

Thursday, July 14, 2011

Bahaya abang tolak adik

Salam semua... Syukur pada Allah nasib baik Amni tak jadi apa-apa. Kesian pada Adib kena marah dan kena cubit oleh babanya. Kisahnya bermula...
Semasa sedang melayan 999 Adib dan Amni bermain atas meja . Dah pesan pada Adib jangan main lompat-lompat tapi dia main juga. Apabila nampak abangnya main, amni pun main juga. Turun naik turun naik meja ruang tamu itu.
Akhir sekali ketika Amni di sudut meja, datang abang selamba tolak adiknya. Depan mata lihat Amni jatuh dengan kepala dahulu. Dah macam showdown. Kepala di lantai, badan kehadapan. Astaghfirullah...

Terus amarah datang dengan membelasah Adib aka pukul punggungnya. Ambil Amni dan selawat terus ke kepalanya. Al hamdulillah, tak ada apa-apa berlaku. Abang kena lagi lepas itu, kena cubit telinga... terus menangis.

Sekarang semua dah tidur, dengan maknya sekali tidur. Meja itu dah letak belakang. Harap Amni tidak apa-apa dan abang minta lah jadi seorang abang ... jangan buat adik macam itu lagi.. Amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...