wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, May 04, 2013

Kejutan Hari Jadi

Salam. Hari ini nak siap untuk hadir taklimat SPR kali terakhir sebelum pilihanraya yang ke13 esok. Bila duduk jauh macam inilah.  Tiap petang Jumaat siap siap untuk balik ke Sg. Besar.
Memandangkan nak bertugas, jadi balik tu lambat sedikit. Nak kemas-kemas kelengkapan agar tak ada yang tertinggal. Jadi saya gerak dari ipoh jam 5.30 petang. Sepanjang perjalanan hujan rahmat turun menyejukkan muka bumi ini. Lagi satu, jalan penuh dengan kenderaan. Semua orang balik kampung kot. Hehehehe.
Sampai rumah jam 8 malam. Penat jangan  dicakap. Adib dari Ipoh dah tidur. Sampai Sg. Besar baru jaga. Amni yang sambut dulu.  Cakap pelat keluar dari mulutnya. Tak faham saya.
Selepas berehat, Amni dok cakap sesuatu. Rupa-rupanya ibu ada belikan kek. Surprise!!! ( bak kata Eric deko). Jadi adalah sambutan Hari Lahir saya yang ke 30 lebih. Hahahahha

Menu istimewa adalah mee kari. Nyummmmmmmmm

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...