wah! best!

Followers

Jom klik

Thursday, November 15, 2012

Seluar levis 511 slim fit

Alhamdulillah.... Akhirnya tahun ini dapat juga seluar levis yang baru. Terima kasih Chiq Dina yang sudi menaja seluar pada saya tahun ini. Hehehe

Puncanya adalah kerana tertinggal seluar di rumah sebelum balik kampung. Bayangkan hanya ada satu seluar sahaja . Itu sebab Chiq Dina yang belanja.

Sebelum itu saya pergi ke Jaya Jusco Ipoh, sebab tahu ada satu butik levis disitu. Namun memang kecewa dengan kedai itu. Semua jenis yang biasa dan tiada yang terkini. Boleh salesgirl itu kata model ini hanya untuk luar negara sahaja.

Memandangkan perlu ada seluar jadi beli seluar sementara dahulu di Giordano. Kalau bukan sebab terpaksa memang tak beli. Lagi pun kami pergi malam selepas Maghrib.

Kesannya, baru pakai sehari dah rasa tak selesa sebab bukan cutting yang saya minat. Nak jadi cerita, kami pergi ke Ipoh Parade sebab UMobile tak boleh nak BIS. Lepas pergi U Mobile kami pergi ke ke kedai Levis dan memang paling seronok sebab di hadapan kedai itu pun dah ada seluar yang saya nak.
Terus sambar dan yang perlu saya lakukan sekarang, turunkan kebuncitan perut. Seluar dah saiz 36! Hahahahaha



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...