wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, January 28, 2014

Cerita saya | Rumah kita 2

Salam. Apa kabor kome.? Teman harap memike semua sihat aje ek. Entri kali ni sambungan dari entri rumah kita. Hari tu cerita semasa rumah diawal pembinaan. Sekarang rumah dah siap. Semuanya kecuali tiang elektrik. Hehehehe

Ini pertama kali beli rumah. Jadi disini saya kongsikan pengalaman saya. Masa mula mula saya beli adalah kerana rumah yang menepati kehendak kami. Hargamasa tu tak tengok sangat kerana memang dah rancang untuk tidak buat apa apa hutang. Namun selepas loan dah lulus terdetik dihati dengan harga yang ditawarkan. Rasa macam mahal. Tapi saya dan chiq dina yakin ini pilihan terbaik kami. Kalau ikutkan harga sekarang,  baru dapat rumah semi d. Huhuhu tapi kami dapat sebuah. Alhamdulilah
Perkara kedua yang harus diberi perhatian adalah bayaran guaman. Kalau boleh carilah pemaju yang berikan bayaan percuma untuk rumah pertama. Bayaran rumah kami pun dah dekat rm 10k.
Perkara yan ketiga... jika dapat biarlah pemaju sediakan grill dan kabinet dapur. Adik pun ada beli rumah... kawasan di Botani Simpang Pulai. Pihak pemaju dah sediakan semua untuk rumah. Jadi adik teman tak yah fikir fikir nak cari kontraktor.
Keempat.. survey cukai tanah dan pintu. Ini rasa rasa ramai yang tak ambil perhatian. Bukan apa jangan terkejut jika bayaran cukai terasa tinggi. Ni dah tanya kawan di pejabat tanah. Pihak pejabat tanah akan kenakan bayaran mengikut keluasan tanah.  Jika lagi besar tanah..lagi mahal. Namun di KTT.. besar mana pun tanah, bayaran maksimum rm170. Bagi cukai pintu, mengikut kawasan . Jika kawasan bandar  selalunya mahal jika berbanding dengan luar bandar.

Setakat ini sahaja yang saya rasa kita perlu ambil perhatian. Tak lupa juga perkara baru yang saya dapat adalah keluasan tanah. Dalam S&P luas adalah 473 m2 tetapi geran baru 450m2. Saya dah telefon peguam dan dimaklumkan dengan jelas. Ya apa apa pembelian tanah elok ada peguam. Ini akan membantu anda. Sekian.... jumpa lagi.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...