wah! best!

Followers

Jom klik

Wednesday, May 09, 2012

TERIMA KASIH MUHAMAD AMMAR

Add caption
Alhamdulillah akhirnya saya telah memiliki no wakil MAA TAKAFUL dengan rasmi. Semalam saya telah mendapat nombor wakil dan juga kata laluan serta mempelajari bagaimana untuk mendaftarkan pencarum secara online.

Walaupun saya rasa terlambat untuk mendapat kesedaran ini, namun saya akan mewar-warkan kepada anda semua betapa pentingnya takaful dalam kehidupan di muka bumi ini. Dan ia telah berlaku kepada keluarga saya sendiri. Namun syukur kepada Allah kerana dengan izinNya saya dan keluarga masih dapat meneruskan kehidupan ini bersama.

Seterusnya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sepupu saya, Muhamad Ammar kerana menjadi pelanggan pertama saya. Sekarang ini pun saya sedang mengisi permohonannya secara online. Masih lagi dalam pembelajaran dan asyik tersangkut je. uhuhuhu


Sebagai maklumat anda, pelan ini menyediakan caruman yang rendah iaitu hanya RM50 dengan manfaat upah haji, penyakit kritikal, bayaran hospital dan pengecualian bayaran bulanan jika menghidap penyakit kritikal.

Janganlah anda menganggap bahawa takaful ini merupakan pembaziran kerana kita tidak tahu bila kita akan sakit dan mati. Jika tidak berlaku apa-apa,wang tersebut yang disimpan didalam akaun peserta akan diserahkan kembali kepada peserta tersebut. Ini boleh dimaksudkan sebagai tabung simpanan dan juga jangan lupa bahawa kita membantu kawan-kawan yang bersama-sama dalam program ini iaitu tabung tabaru'.

Jadi bagi umat Islam kita seharusnya mengambil perlindungan dalam bentuk takaful dan bukan insurans.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...