wah! best!

Followers

Jom klik

Sunday, August 07, 2011

Kedengaran Azan jam 5.00 pagi...

Salam semua dan selamat bersahur.. kali ini saya nak kongsi pengalaman berpuasa di perantauan. hehehehe tak jauh pun cuma Sungai Besar, Selangor je.

Saya dan isteri memang perasan tapi hari ini baru dengar dengan jelas. Tepat jam 5.00 pagi akan kedengaran azan. Itu tandanya nak menggerakkan penduduk disekitar bangun sahur. Tapi bahaya juga, kalau dah terbabas sedar-sedar dengar azan tak ke haru... tapi bagi yang dah biasa tak kisahkan. Itulah kelebihan di perantauan. Lain tempat lain caranya.

Dikampung saya kebiasaannya akan dipasang ayat Al Quran 5 minit sebelum habis sahur. Jadi kalau dah dengar orang mengaji masa itu cepat-cepat minum. Kononnya taknak dahaga, tetapi asyik buang air kecil pula...hehehhehe

Bagaimana dengan persiapan? Saya tiada apa-apa yang istimewa. Biasa sahaja, dah ada anak ini bapanya biasa-biasa sahaja. Namun disini saya ingin kongsikan ilmu yang saya dengar semasa di surau. Hayatilah ramadan dengan penuh taqwa... Jangan membazir dan jangan bermegah-megah dalam berbelanja. Ramadan ini bertujuan agar kita memperbaiki diri untuk lebih bertaqwa dan seterusnya mengamalkannya untuk bulan-bulan berikut. Amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...