wah! best!

Followers

Jom klik

Saturday, May 07, 2011

Pasukan Rondaan Sukarela KTT (Kampung Tersusun Tasek)

Salam.. memandangkan kes kecurian yang meningkat di kawasan perumahan saya maka hari ini telah ditubuhkan
Pasukan Rondaan Sukarela KTT
Tahniah diucapkan kepada Penduduk KTT kerana berjaya menubuhkan skuad yang memang terbaik!!!. Walaupun terdapat pelbagai desas desus ketika ingin menubuhkannya namun bagi saya ia adalah satu langkah yang bijak dalam membasmi atau mengurankan kadar jenayah di tempat kita.

Pada pukul 10.00 pagi de hadapan kedai Makan Cikgu Ros ( kalau tak silap) telah berlangsungnya perasmian Pasukan Rondaan Sukarela KTT. Sesuatu kejayaan bermula dengan satu langkah. Pedulikan apa orang kata atau kata-kata yang menakutkan dan menggerunkan. Ini adalah kampung kita dan kita berhak untuk menjaganya.

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.. semangat begini yang harus ditanam dan disemai ke dalam generasi muda agar masyarakat dan negara bertambah padu dan kuat dalam menangani segala rintangan yang berlaku. 

Semalam saya telah bersama-sama dengan mereka sehingga jam 6.00 pagi. Alhamdulillah tiada yang berlaku dan apa yang saya dapati ianya dapat mengukuh semangat keukwahan antara generasi pertama sehingga ke empat. Namun saya dapat rasakan semangat untuk melanyakkan pencuri yang umpama lipas kudung masih menebal didalam diri masing-masing. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya pasti akan jatuh ke tanah jua. Ko tunggu la ek pencuri!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...