wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, September 21, 2010

Tips Beli Hartanah



Berdasarkan panduan yang diberi dalam Berita Harian bertarikh 18 September 2010, apa yang penting adalah lokasi, lokasi, lokasi. Jadi sebelum kita membeli rumah perlu diberi perhatian tentang tujuan pembelian,lokasi, kewangan dan risiko. Sebelum menjadi tuan tanah, tanya pada diri sendiri apakah jenis pelaburan hartanah yang mampu meningkatkan nilai kewangan? Bolehkah wang terikat untuk jangka masa yang panjang? mampukah kita menjaga pemilikan dan penyelenggaraan walaupun aliran tunai tidak konsisten? apakah jenis pelaburan hartanah yang mampu menyumbang kepada dana persaraan? berapa banyak pendapatan yang dijangka selepas bersara? adakah modal jangka panjang atau pendapatan segera? akhir sekali sanggupkah kita menjadi seorang tuan tanah? banyak perkara yang perlu kita buat sebelum membeli rumah. Namun untuk menjadi seorang tuan rumah yang bertujuan untuk melaburkan hartanah sebagai pendapatan perlu memastikan bahawa aset tersebut mendatangkan pulangan. Sebagai permulaan kita perlu tentukan objektif,memulakan dengan pelaburan yang kecil untuk mengurangkan risiko dan yang penting lokasi.

tips kiraan yang diberi adalah seperti berikut:
ROI - Return on Investment
contoh adalah A membeli sebuah apartmen kos rendah dengan harga RM100,000.A menyewakan sebanyak RM600.00. Pendapatan sewa tahunan bersih adalah sebanyak RM6000.00. Oleh itu A akan mendapat pulangan kira-kira 6% atas pelaburannya (ROI).

Namun A pinjam di bank sebanyak RM90,000.00 selama 30 tahun pada kadar faedah 4% setahun. Bayaran ansuran adalah sebanyak RM430 sebulan dan caj penyelenggaraan sebanyak RM100. A untung (RM600 -RM530) RM70.00. Walaupun jumlahnya kecil tetapi sekiranya ROI dihitung, A mendapat 8.4% setahun. Kiraannya adalah

Pendapatan setahun bersih = 70 x 12 =RM840
Pelaburan modal = Bayaran muka = RM10,000
ROI =(840/10000) x 100 = 8.4%

Ini disebut Power of Leverage iaitu menggunakan wang orang lain untuk menjana wang lebih banyak.... ;)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...