Salam saya mula terjebak dalam dunia blog pada tahun 2010 dan ini adalah satu cara saya berkongsi cerita mengenai saya , keluarga , kerja dan dunia. Seorang guru yang mengajar LINUS tegar
Followers
Jom klik
Friday, August 12, 2016
Kayuh basikal lipat
Monday, August 08, 2016
Basikal lipat
Akhirnya berjaya juga keraskan hati membeli basikal. Dah lama aim.... Tp bila fikir balik macam membazir.
Namun sebabkan beli basikal Adib, terus bertanyakan basikal lipat atau folding bike. Mula2 was-was gak... Kena rujuk sifu peje aka faizal. Dia kata kalau dpt rege murah ok la.. walaupun dia minta survey dulu. Bagi saya kalau survey memang tak beli.
Terus angkat dan percuma botol air. Hahahaha. Jenama XDS AFB650. masa mula2 kayuh dalam kawasan taman dengan Adib. Takde rasa lenguh. Cuma nak set bagi selesa basikal tu je. Kadang2 rasa macam senget je handel... Pastu Jumaat ptg yang lepas dah try kayuh.
1st time kayuh guna gear tinggi sekali . Aduh jenuh nak kayuh. Tak laju. Hahahaha Ahad plak baru turun satu gear..memang terasa seronok. Dah mula laju. Hehehehe akan datang nak turun lagi 1 gear.
Kesan yang dapat... Peha sakit. Tapi tak sakit seperti berlari. Memang sesuai bagi orang yang bermasalah lutut. Kaki dah rasa seperti kuat dan tiada masalah sakit kaki. (Lepas ni boleh cari utk perut).
Kepada yang pertama kali nak kayuh... Saranan saya pilih la basikal road bike atau folding bike sebab senang dan selesa. Mountain bike pun ok juga tapi kena survey kawasan ... Kat jalan raya kena guna kedrat kuat lagi la ek. Sekian citer saya kali ni.
Sunday, July 17, 2016
Salam Aidilfitri 1437H
Selamat Hari Raya 2016M /1437H. Andai ada post yang terguris atau terasa, saya mohon ampun dan maaf. Sesungguhnya saya manusia yang lemah . Hehehehe
Apa tema tahun ini? Kami warna oren (jingga). Paling senang nak cam dari jauh. Warna ini pilihan anak sulung.... Adib. Aje layan je la..
Raya pun mcm biasa.. jem sikit-sikit. Ipoh - Kuala Kangsar. Dekat je.. pagi raya kat Ipoh dan tempat yang dituju rumah Opah. Semua sedara mara ada kat situ. Tu senang raya pertama kt Ipoh. Pasti petang baru Raya kat Kuala Kangsar. Sampai Raya ke 3...
Saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua dengan ucapan Maaf Zahir Batin.... Berhati-hati ketika memandu ek