wah! best!

Followers

Jom klik

Monday, April 27, 2015

GEG IPOH

Assalamualaikum

Hari ini saya menghadiri GEG Ipoh. Ia dianjurkan oleh Frogasia dan Google Malaysia bagi guru- guru serta pentadbir yang berminat unuk pelajari tentang goggle.
Dan ini kali pertama saya ke SK Rapat Jaya. Nasib baik guna google maps semasa nk datang . Jika tak pasti saya pun dah ikut jalan yang salah.
Kali ini saya pelajari penyediaan PdP di laman Frog vle,  gmail dan google drive.  Memang OWESOME.
Wakil dari google pun hadir. Dari 8.30 hingga 2.30 memang dimanfaatkan sebaik-baiknya.  Harap lepas ini akan diadakan lagi GEG  MEET UP INI....

Apa saya belajar di GEG Ipoh hari ini?

Sesi 1 – 8.30am – 10.30 am

Membina SITES VLE. Saya ditunjukkan bagaimana membina SITES di dalam VLE-FROG. Antara  WIDGET yang dipelajari

Widget Menulis – Ab Text, My Notes

Widget Gambar, Video, Animasi, Bunyi – Media, Embed Websites

Widget Aktiviti – Text Activity, Quiz, Form, File Drop, Link To File, Scorm

Selain itu juga, kita menggunakan DATA VIEWER untuk melihat aktiviti pelajar termasuk sudah selesaikan aktiviti atau tidak

Kamijuga diterangkan bagaimana menggunakan dan membezakan fungsi SHARE dan ASSIGN.

Sesi 2 – 10.45 – 12.00

Saya belajar bagaimana menukar THEME di dalam email.

Fungsi TO, CC, BCC yang jarang orang tahu. TO ialah kepada siapa kita tuju email tersebut, CC ialah seperti salinan kepada dan BCC ialah salinan kepada tetapi tidak diketahui oleh TO atau CC. Macam salinan kepada secara sulitlah tu.

Dan saya juga pelajari cara bagaimana untuk MANAGE CONTACT. Rupa rupanya ia amat penting!

Sesi 3 – 12.15pm – 2.00pm

Google Slides | Google Drawing | Google Doc

Kami mempelajari  penggunaan asas Google Drive dan seterusnya penggunaan GOOGLE DOC. Menarik dalam aktiviti ini ialah kami membina satu Doc kosong dan kongsikan kepada semua guru melalui email yang mereka daftar kehadiran. Oleh itu, semua guru akses dokumen yang sama. Sambil makan tengahari guru-guru di minta menyambung cerita yang telah  ditugaskan. Sungguh sporting semua guru kerana mereka berjaya memasukkan elemen kelakar dan membuat kami semua ketawa. Cikgu lelaki ramai kali ini dan sebab itulah banyak unsur-unsur kelakar.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...