wah! best!

Followers

Jom klik

Tuesday, January 31, 2012

Pelaburan oh pelaburan


Sejak mendapat tahun bahawa ASB tidak halal seperti di laman web mufti Selangor saya memang mengambil berat berkenaan dengan pelaburan. Tak tahu kenapa setiap hari akan cari dan baca berkenaan dengan pelaburan secara Islam. Yang saya suka baca adalah dari laman web zaharuddin.net.



Memang tidak boleh disalahkan pada satu-satu pihak sahaja kerana Allah telah memberi saya akal dan fikiran tetapi saya tidak menggunakannya untuk menyelongkar dan mencari kebenaran. Baru kini saya sedar dan syukur pada Allah s.w.t kerana memberi kesedaran dan pengetahuan serta hidayah kepada saya. Semoga Allah mengampunkan dosa saya dan seluruh umat Islam atas kejahilan yang datang dari diri sendiri.

5 tahun saya belajar di Universiti dalam bidang perniagaan tetapi saya rasa saya tidak menggunakan kepakaran saya dalam kehidupan seharian saya. Jadi disini saya ingin mengingatkan diri saya dan juga pembaca agar melabur dalam perniagaan yang berlandaskan syariah agar kita mendapat keredhaanNya.

Dari hasil pembacaaan saya, dapat disimpulkan bahawa pelaburan berlandaskan Islam mempunyai kriteria-kriterianya iaitu:

  1. Mempunyai ahli panel syariah.
  2. Berkonsepkan Mudharabah.
  3. Keuntungan berdasarkan peratus (%) dan bukan nilai kertas.
  4. Pelaburan bermaksud lebihan simpanan dan tidak dibenarkan melalui pinjaman. ( jika anda perasan tiada Bank berlandaskan Islam yang memberi pinjaman pelaburan)
  5. Wajib ada Aqad.
  6. Mempunyai satu tempoh yang ditetapkan. contoh pelaburan untuk jangka 5 tahun.
p/s: Ini adalah hasil yang saya dapat berdasarkan pembacaan saya di internet. Jika para pembaca mempunyai maklumat lain harap dapat dikongsikan bersama.

Disini juga ingin saya kongsikan kategori pelaburan yang berlandaskan Islam:

  1. Amanah Saham Bank Islam
  2. Saham Bank Rakyat
  3. Tabung Haji
  4. Public Mutual Islamic
  5. Takaful 
  6. Syarikat yang mempunyai panel syariah.

* UNTUNG DUNIA UNTUNG AKHIRAT, CARILAH REZEKI YANG BERKAT

Link untuk rujukan anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...