wah! best!

Followers

Jom klik

Thursday, December 22, 2011

Hadiah dari mohd.zaid.com

surat dari mohdzaid.com


Salam semua. Masih tidur lagikah? Semalam hujan lebat sehingga awal pagi tadi di Ipoh. Pasti semua tidur lena semalam: hehehehe

Hari ini saya nak cerita mengenai hadiah yang saya terima dari mohdzaid.com. Hadiah dah lama terima namun minggu lepas baru dapat ambil setelah balik ke rumah dan minggu ini baru dapat nak menaip disini :)

Ia adalah hadiah atas kemenangan pada entri ini. Hadiah yang saya terima adalah satu hosting EBIZ Beginner dan voucher minyak BHP RM10.00. Disamping itu business card mohzaid.com. Memang simple dan menarik. Tertanya-tanya juga bagaimana dia mendapat pendapatan dari berblog.

Hosting itu saya memang rasa bersalah. Ia sebenarnya hadiah untuk isteri, namun setelah menggunakannya dan isteri telah membeli domain, hosting tidak dapat digunakan. Sebabnya adalah tak reti nak design website!! Akhirnya hanya guna domain dan blogspot sahaja. :(

Voucher minyak telah digunakan. Saya memang pengguna minyak BHP setelah menggunakan kredit kad UOB. :)

Akhir sekali saya letakkan gambar dan juga ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak atas hadiah tersebut :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...