Kanak kanak secara biologi tersedia dengan keupayaan berbahasa namun pada masa yang sama persekitaran memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasanya. Interaksi antara ibu bapa , pengasuh dan pendidik adalah perkara asas memberi kefahaman mengenai butiran maksud dipertuturkan.
Bilingualisma atau pembelajaran dua bahasa bermaksud kanak kanak mempelajari dua bahasa serentak sebagai contoh setiap ibu bapa kepada si kecil bercakap secara konsisten dua bahasa.
Kebiasaannya bilingualisma berlaku semasa kanak kanak mempelajari bahasa kedua selepas menguasai bahasa ibundanya iaitu apabila mereka bersekolah. Namun sejauh mana kanak kanak itu boleh menguasai bahasa bergantung kepada sejauh mana mereka didedahkan dengan persekitaran dapat merangsang perkembangan kedua dua bahasa .
Kerjasama dan organisasi sosial memainkan peranan penting kerana tanpa kerjasama sosial ( manusia dan persekitaran ) secara semulajadi kanak kanak itu akan merasa tidak selesa dan sukar meluahkan perasaan dan keinginannya dengan sempurna. Linguistik yang baik apabila tiada halangan antara idea atau pemikiran seseorang yang mempelajari sesuatu bahasa dengan pemahaman. Dalam erti kata lain, ibu bapa dan kanak kanak mestilah mempunyai keupayaan berkongsi kefahaman sama dalam memahami sesuatu perkara.
Sebagai contoh jika ibu mengajar anak berumur 2 tahun mengenai konsep bilangan atau nombor menggunakan bola pelbagai warna dan menggunakan bahasa kedua dalam pengajaran ada kemungkinan kanak kanak memahami apa yang cuba disampaikan oleh ibunya ialah warna bola an bukan bilangan bola. Dalam hal ini, jika good linguistik habit dikuasai kanak kanak, mereka tidak akan menghadapi masalah dan kesukaran dalam menerimanya.
Prinsip prinsip utama perlu difahami ibu bapa :
- Kanak kanak berpeluang mempelajari dua bahasa perlu dirangsang menggunakan kedua dua bahasa agar dia tidak ' hilang ' penguasaan salah satu dari bahasa itu.
- Elakkan bercakap bahasa rojak dengan kanak kanak kerana ini akan menyebabkan keliru dengan perbendaharaan kata dan struktur sesuatu ayat.
- Kanak kanak pu digalakkan ' membuat eksperimen ' sesuatu bahasa baru yang dipelajari. Jika ada kesalahan dalam penggunaan perkataan dan sebagainya, elakkan dari menyebut ' that's wrong ' sebaliknya terus membetulkan sebutan atau penggunaan perkataan dengan mengulangi kembali apa yang diperkatakannya.
- Galakan bercakap dengan rakan sebaya yang sama sama cuba menguasai bahasa kedua.
- Rangsangan dan galakan membaca buku kedua dua bahasa atau anda membacakan buku untuknya.
- Belajar melalui nyanyian dan lirik lagu kanak kanak yang boleh diperkenalkan secara berperingkat dalam kedua dua bahasa.
- Kenali minat dan kesukaannya dan cuba bercakap dengan bahasa ingin dikuasai apabila anak anda sedang melakukan sesuatu yang diminatinya.
- Kreatif menyediakan persekitaran dapat merangsang anak bercakap dalam bahasa sedang dipelajarinya
Info : BH| famili |18 September 2012
No comments:
Post a Comment