salam semua...
kali ini saya menaip menggunakan netbook. lama dah tak menaip menggunakan netbook selepas rumah dipeah masuk pada bulan April.. Selalu kemaskini dengan ipad sahaja.
Entri ini nak cerita pasal makan. Baru baru ini Chiq Dina beli tepung magik dan cheezy sauce ari Kak Yong. Baru petang semalam sampai dan terus Chiq Dina terus masak udang goreng tepung bersalut cheezy sauce.
Masa barang sampai dengan poslaju, chiq dina teruja betul dan apabila buka.... kecewa sebab plastik tepung magik pecah...! nasib baik plastik poslaju itu kedap udara... nak salahkan siapa pun tak tahu. Namun syukur masih lagi ada tepung magik itu... :)
Tepung itu boleh dimasak dengan pelbagai jenis seperti ayam, cendawan, sotong, udang dan juga ikan.... Amni sampai nyaris nyaris nak tercekik kerana kerangupan ikan.
Cheezy sauce pula memang sedap. lebih kurang sama dengan KFC... cuma rasa ada terlebih masin. Mahu bertambah berat badan kalau makan tiap-tiap hari :)
Sesiapa nak order boleh PM... atau klik disini
No comments:
Post a Comment